Posts

Showing posts with the label Private

The Year

The pain really hurts, the wound leaves scars, it take times to vanish. Has it? Too much in this year. But not pointing to anyone. Yet pointing to myself, alone thinking with wishful thinking.... ---------------- Dulu ada kekuatan sebab ada sokongan, tapi bila sokongan itu retak ditampal, retak ditampal sampai memberi kesan lohongan yang sangat besar, sokongan itu harus tidak digunapakai? Cantik dilihat dipermukaan, namun punya lubang-lubang jurang yang merbahaya. Terkedu, apa yang perlu dilakukan? ----------------- Kalau kepala kemudi tersalah arah, jangan disalahkan anak buah, kerana anak buah menurut kata sahaja... Satu jari menuding keluar, empat jari lagi menuding ke arah diri sendiri. Apa betul tindakan kita... ----------------- Cermin tahun semasa tidak sama dengan cermin tahun lepas... tetapi membawa impak cermin pada masa akan datang. Mengharap lakarannya dibawah lembayungMu Ya Rabb.. Ya Aziz Ya Jabbar Ya Rahman Ya Rahim Pimpin kami tidak tersasar.  -Love4...

Surat untuk Bulan

From: ummi- Nota kasih, rindu, cinta Dari suara halus insan istimewa Lalu selalu kubaca-baca Dengan iringan doa padaNya Selamat pulang walau dimana Kerna Padanya, ada janji perjalanan bersama Terhadap kasih, rindu, cinta KekasihMu yang Agung dan PadaMu yang Maha Agung - 2mei2013- From: abah- Cinta... Kau hadir di kala ku kesunyian. Kau ketuk pintu hatiku lalu mengajarku erti KASIH. Kasih... Kau hadir di kala cinta mengetuk pintu hatiku lalu mengajarku erti RINDU. Rindu... Kau hadir di kala emosiku bergelora lalu mengajarku erti CINTA. -24april2005-

Pada hari ini, suatu hari di bulan April 2011....

Image
Lama betul Chome tak jenguk sini.. pun tak kemaskini blog, fuuuhh.. Rasa macam-macamlah nak tulis. Rasa -rasa jer.... Hari pun dah malam. Memang, kalau tak dimulakan sesuatu, sampai bila pun ia akan di takat yang sama. Maka, marilah .. Malam ini terasa sungguh hati ingat pada 4H.. Ummi sayang kamu semua!! Paling comel, kacak, bijak, penghibur duka lara Ummi.. dan buah hati Ummi !!!   Along Hafizuddin                                                                                  Angah Haziq Alang Hakim Achik Haikal

Menjelang pertengahan Ramadhan..

Fuuuuu... Hari ini 14 Ramadhan.. Kejap nyer masa berlalu.. Tapi Chome pun dok sibuk gak dengan bibik menggodeh tart nenas yang orang minta.. Ha ha.. buat untuk seronok-seronok.. tapi penat gak lah.. MENGANTUK weih... Apa pun.. target kena siapkan kuih tart nih sebelum 1September.. Tak mahu dah buat pada penghujung Ramadhan. Please.... Chome pun dah order kelongsong lontong dengan pakcik di Singapura. Yeehaa! Raya tahun nih dapatlah merasa 'lontong hijau' .. Cheh.. bukannya sebelum-sebelum nih tak buat pun lontong hijau, sajer nak gak yang keluar daripada kelongsong aluminium tuh.. arghh.. teringat kan arwah nenek.. Kalau nenek ada sure tak lepas lontong hijau ini tiap pagi lebaran. Kalau lambat, tengahari cari lontong hijau memang dah tinggal daun pisang sahaja lah.. Amik bau jer.. Planning tahun ini kami berhari raya di Muar. BALIK KAMPUNG la la la.... Apapun nak beraya sakan tak boleh juga, sebab Along ada seminggu sahaja untuk persediaan mental dan fizikal menghadap...

Tutur kata..

Chome terkesan dengan posting Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat oleh Abu Saif @ http://www.saifulislam.com/ " Bodoh! Degil! Kamu memang macam tu! " Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak. Selalu juga keterlanjuran bahasa yang dilontar kepada anak-anak, termuntah tanpa berlapik. Kekadang kewarasan akal terbatas dek oleh kemarahan yang memuncak. Mangsanya, anak-anak yang cuba memahami perasaan orang tuanya dalam terkulat-kulat. Aduh.. Chome?... Memohon semoga setiap patah perkataan yang ku katakan tidak memperkatakan yang sia-sia terhadap anak-anakku.. PERKATAAN ITU IBARAT DOA . Jika baik perkataannya, maka manafaat yang akan diterima. Semoga anak-anak jiwanya subur dengan nilai-nilai positif. Jika buruk perkataannya, padahnya terlihat pada keti...

Glove baru!

Hoo yea!.. Tengahari yang jem sesangat tadi pergi ke Pertama Complex. Buat apa?.. Ni lah padahnya beli barang tak bertanya pendapat dulu.. Dungg.... Ceritanya begini, 2 hari yang lepas...... konon-kononnya nak bagi terkezut sikitlah, he he he.. kita berjaya beli glove baru gitu.. memandangkan glove yang lama pun dah sebek sangat dan atas faktor keselamatan juga. Tapi, masa pergi pilih memilih tu, almaklum tangan kecik sangat.. saiz glove sangat terhad. Maka, dengan terdesak kepada keadaan masa dan kehendak, Chome pun beli pada ciri-ciri full leather, gripping tip top, warna hitam atau putih, suit pada tangan Chome dan semestinya murah! Oiitt.. mana nak dapat ek? Alkisahnya.. Chome yang kelam-kabut nih pun beli pada ciri-ciri tersebut kecuali warna biru! Yaks!!!.. (beli lah jugak). Tup, tup keluar dari kedai M, Chome pusing ke belakang masuk kedai N. Ha ha.. Kedai N ada jual mengikut spec yang dikehendaki!!! Padan muka! Chome pun beli lah jugak!! (Hilang akal tul) Dalam perjalanan pulan...

Masa itu emas..

Lama dah Chome tak update blog.. hu hu hu.. sampai background blog pun dah jadi huru-hara. Apapun, kenalah susun semula.. jenuh juga.. Searching and googling.. Taaa daa.... Beberapa hari lagi, Malaysia akan bercuti sempena Sambutan Tahun Baru Cina (13-15Feb2010). 4 hari bercuti tu! Jadinya, pengisian cuti kali ini, dipenuhi dengan berKem di Laman Nur Bestari, Ulu Yam Selangor sempena Kem Kecemerlangan Diri . Apa tugasan Chome? Hee..:) Macam biasa.. tukang masak. Masak sedap-sedap yer!! 3H sudah tentu ikut. Cuma Haikal sahaja yang kena dok umah.. Maaf yer Achik, tak boleh lagi, tunggu Achik besar dan dah bersekolah seperti Along, Angah dan Alang tau. Masa tengahari begini, Chome teringat-ingat nak makan Nasi Khabsa kat Restoran Ar-Rawsha di belakang Jalan Ampang. Uit.. sedapnya! Bila nak masak ek? Nak curi masa lah, pada Selasa ini, InsyaAllah. Sebabnya, sempat juga ber google mencari resepi Nasi Khabsa ini. Sesiapa nak resepi Nasi Khabsa, sila layari CBR! Chome. Lapar!!!

PaNas aDA SkIT...

Hmmm.. Camner nak tulis ek? Kot kalau pandai rasanya memang dah pandai dah.. Kata takder pengalaman, rasanya umur dah lebih lagi dah.. Ambil kesempatan ke??? Tak sengaja??? Malas nak patah balik??? Nak jimat minyak??? Nak jimat masa pasal dah lambat??? Hello.. hello.. hello... ALASAN tak boleh diterima... Itulah .. masalah kalau perkara 'kecil' tak pandang 'BESAR'... Bukan tak pesan, dah kan..... Border 40's... apa nak buat, nasib lah kau... (Kata member...) Rasa nak lelong kan ajer HELLMETT tu. Uiks.. sapa nak beli??? Lelong, lelong... Lak ling............................ Nak bercucuk tanam, realitinya, tanah kompos dah order tapi tak sampai-sampai lagi. Tapi sudah bercucuk tanam secara online, malangnya semua dah mati.... Hu hu hu....

Sana-sini

SANA - SINI SIBUK LAGI.......

Terusik

Image
2 malam adik menangis, ummi rindu pada adik.... kenapa sayang ummi?