Pagi dah bersiap terus gi breakfast dulu, lepas tu naik bus jer nak ke sana sebab naik bas dekat depan hotel jer berbanding naik MRT kena jln jauh sikit. Tapi sistem bus yg sangat bagus tak perlu menunggu lama. Naik bad dalam 35 minit sampai dah kat station Sentosa tu. Kat sana diberi pilihan samada nak naik LRT atau cable car, so harga tiket cable car agak mahal berbanding LRT, baik naik LRt jer lah, anak² dah biasa pun naik cable car harga LRT $4 seorang sedangkan cable car $29 dewasa dan $19 kanak (hahaha leh jimat skit). Sampai tempat tujuan terus masuk USS, memandangkan hari ni hari Isnin takl adalah ramai bebenar orang kat sini pagi lagi ni. Kengkawan cerita yang paling best masuk kat transformer the ride, so kitorang terus pergi ke sana dulu. Terus jer masuk memang tak ramai orang lagi dan tak lama menunggu, dah dapat masuk mak aii memang macam real Join OPTIMUS PRIME and the AUTOBOTS as you become a freedom fighter in the ultimate 3D battle against the forces of evil. Bila dah keluar Kakak Hasya sampai nangis. Emm yang aqil lak syok sakan, dapat rasa macam real. Dah keluar emm bukan kata budak² mak² dan bapak² budak pun suka macam ni. Lepas tu kitorang jalan pergi masuk Sesame Street the spaghetti space chase, yang ni kanak² macam Hasya memang sukalah, watak² kartun dia dalam tu. Dah masuk situ, mana² mainan yang ada kat luar leh naik. Tengok show pukul 11.45 Sesame Street Stage Show..... dah habis show tu masuk kat area Madagascar.. jadi kanak² ribena jadinya kita kat sini. Anak² lagilah... naik lak rider madagascar : a crate adventure pusing² mesti ada main sembur² air punyalah. Dah kepenatan berhenti minum dulu, emm makanan halal tak banyak pilihan bebenar. Nasib baik ada bawa bekalan roti dan sebagainya, botol air kena bawa kat sini sebab toilet tak ada air. So kena isi dalam botol kalau nak ke toilet.
Dah kenyang perut masuk ke Shrek 4D Adventure, naik rider jugak, yang ni pun best jugak. Anak² punya excited kat sini tapi paling tak tahan bila setiap kali keluar dari tempat ada kedai jualan yang menjual pelbagai barangan mengikut watak kartun tu... ha kalau dia dah berkenan dah pegang emm dah dipujuk² tak mahu letak jugak belikan ajalah kalau berpatutan, tapi kalau ikutkan tak berbaloi beli ngan harga $ disini. Dah habis tu masuk show donkey live lak, Sing along with Shrek’s sidekick Donkey as he hosts this interactive ‘live’ show, yang paling best dalam ramai² Kakak Hasya di panggil ke depan, dia rilek jer ummi lak yang risau nanti kena tanya tak tahu jawab kang... nasib baik tanya soklan simple² jer... Whats your name, you are from where?... do you like waching donkey?... soklan tak boleh blah, did you married? do you have boyfriend. hahaha nasib baik kakak hasya boleh jawba semua tu.... tang tanya married she said no, tang tanya boyfriend pun she said no....
Habis di situ pergi show kat Water World, show dorang pun memang best di beri pilihan nak kena basah ke tidak, emm duduk kat tempat kering ajalah kalau gitu. Lepas tu masuk lak ke Jurasic Park Rapid Adventures. Yang ni orang dah ramia queue, agak lama beratur ambik masa 1.30 jam sampai bosan anak² tapi dah alang² beratur naik jugak. yang ni dah maklum awal naik akan basah. bila nak beli baju hujan tu nampak orang ramai tak pakai pun so tak adalah beli, Naik memang best lah, tapi kuyup gak lah kena air masa dah nak last tu, kasihan aqil kasut basah. Emm tapi kalau pakai baju huan pun basah gak kasut dah air masuk dari bawah. Emm kasihan kat aqil orang lain tak basah kat kasut baju dan seluar jer sikit... tapi yang penting best.
Keluar² dari situ perut dah lapar sungguh, nak gi makan nampak lak rider lain anak² sibuk nak naik, lepas daripada tu barulah gi makan. Cari restoren halal, emm makanlah kat situ berehat dan isi perut, lepas tu boleh sambung semula...
Seterusnya anak² nampak roller coster, ajak naik. Ayahnya dah la takut, ummi nya pun sama. Itupun kitorang pilih yang paling pendek jer, aduh hai perut yang dah kekenyangan naik lak roller coster, turun² rasa macam nak terkeluar semua. Anak² boleh gelakkan ayah dan ummi nya. Oh !! tak da lah nak naik roller coster lagi. Ada lagi satu yg lebih panjang. Memang tak kan naiklah jawabnya. Lepas tu pergi lak Ancient Egypt... rupa-rupanya roller coster gak, memang tak naik la, sebab bila di tanya budak² yg jaga tu ckp dlm 10 minit... ish lagi tak nak. So tak masuk yang tu... bergambar dan lepak² jer kat luar tu. Kemudian pergi ulang naik transformer tu, kali ni sampai 2x masuk baru puas hati, dah kebetulan petang dah pun org dah tak ramai so bolehlah dapat macam tu, Kalau hari minggu nak dapat sekali masuk queue lebih sejam. Dah keluar tu rupanya ada lagi yang kitorang tak masuk so sempat lagi masuk lak Light Camera Action, last sebelum balik tengok show street entertainment.
Dan last sebelum balik, asyik anak² jer beli barang dia Ummi pun nak jugak, shopping la sikit sebagai cenderahati... so bye bye USS tak tau bila boleh datang lagi...
Balik naik MRT jer, lepas tu balik singgah beli makanan siap² dah tak larat nak jalan dah malam ni. Penat sungguh seharian di USS. Baru yang tu jer belum pergi yang lain² lagi.





















