20 January 2014

Selamat Pengantin Baru Mira

Awal2 bulan ni adalah bulan yang paling sibuk buat diriku, terutamanya nak menguruskan majlis perkahwinan adikku Mira, daripada pergi mengajak kenduri, sampai ke hari langsungnya. Nak buat camana dah aku kakak sulungnya, memandangkan ayah aku tak berapa sihat kasihan lak nengok mak aku nak uruskan semua terpaksalah aku dan adikku Ujang bertungkus lumus menguruskan semua sekali. Alhamdulillah selamat semuanya dan Syukur pada Mu Ya Allah semuanya berjalan dengan lancar. Dari Hari Majlis Akad Nikahnya pada 10/01 sehinggan hari bersanding pada 11/01 dan hari bertandang ke rumah lelaki pada 12/01. Jadi layan gambar jer...

 Majlis Akad Nikah

 Majlis Berinai 


 Majlis Berarak dan Bersanding

Acara Potong kek
 Bertandang ke rumah Lelaki

 Orang-orang kuat...
Bersama Mak dan Adik Beradik
Bersanding di rumah Pengantin Lelaki

16 January 2014

My Birthday....

Alhamdulillah, sekarang dah mencecah umur ke 38 tahun... huhuhu sudah tua dah, nak cecah ke 4 series dah ni, macam tak caya jer kan. Walau apapun syukur padaMu Ya Allah kerana aku diberi kesempatan hidup di dunia ini. Celebaration birthday pun sempoi jer, memandangkan pada tarikh 8 Januari aku nak balik kampung dulu dan abg balik kemudian, maka celebrate pada 7 Januari malam tu... tak kisahlah janji dia ingat. Jadinya abg bawa kami makan² di Victoria Station Damansara. Itu jer yang paling dekat ngan rumah. Janji celebrate.... Terima kasih tak terhingga kepada hubbyku...









06 January 2014

Happy New Year...

Walaupun agak lewat tapi still nak wish happy new year gak... moga tahun ini memberi keberkatan dalam hidup berjaya dunia dan akhirat dan satu lagi harapan nak membesarkan lagi cabang perniagaan yang diceburi.... Amin

Di awal tahun ini juga agak sibuk dengan persiapan Majlis Perkahwinan Adikku Mira. Akulah yang agak sibuk sedikit untuk membantu mak aku menguruskan segala hal memandangkan ayah ku tidak berapa sihat. Semoga semua berjalan dengan lancar hendaknya.

Di tahun ini juga anak-anak ku still bersekolah di Tadika yang sama iaitu Q-Dees dekat ngan rumah jer. Masa sekolah mula buka pergi gak la sekolah. Rupanya first and second day tu Orientasi untuk student baru. Jadi second day anak aku tak yah ke sekolahlah jawabnya. Boleh tambah cuti lagi sebab mula sekolah 6 Januari ni.