26 December 2014

Hari Inovasi 2014

Tahun ini, lagi sekali IT JKMKL masuk pertandingan Inovasi JKMM bagi Kategori Teknolgi Maklumat dan Komunikasi (AIICT).... last year masuk dan menang JOHAN ingatkan this year boleh lah tarik diri, tapi rupanya bila dah menang maka berterusan kena fikirkan Inovasi yang ict yang seterusnya untuk di pertandingkan. So nak tak nak masuk jugaklah.... kali ni tak pikir menang atau kalah sama macam last year... janji masuk. Rupanya terpilih gak projek kitorang dalam 5's short listed. So kena present la jawabnya. Dan pada 18 November baru keputusan akan diumukan...

Suprised lagi sekali projek kami terpilih dan mendapat tempat ke 3. Alhamdulillah tak sangka lak.. Apa² syukur.... kali ni berjaya memenangi duit RM1500.00, trofi dan sijil penghargaan. So dah 2 tahun berturut² dah ni. Harap² tahun depan tak yah la masuk lagi... penat bila nak menyiapkan projek, documentation and presentation...






05 December 2014

Jalan-jalan ke Singapura : Last Day

Pagi ni bangun terus mengemas dan check out teruslah, tapi semalam dah kepenatan anak² bangun agak lewat sikitlah. Dah bersiap terus keluar, sebab flight petang boleh jenjalan pagi ni lagi tapi tak boleh lamalah, tumpang simpan beg kat hotel jer dulu. Dah breakfast kat kedai makan yang sama ajalah lepas tu nak shopping sikit, pergi jalan kat Bugis Street, yang best pergi malam, tapi dah tak larat semalam so pergilah pagi ni. Sampai sana ala-ala Petaling Street KL jer pun lebih kurang, kalau nak beli keychain, fridge magnet dan segala macam cenderahati kat sini lah, harganya cenderahati 3 brg $10, kalau RM25.80... bila Kakak dan Aqil nampak benda² macam tu semua nak di belinya. Pandai lak tu nak bagi kawan² dia, t'shirt pun banyak ada gak 3 helai $10 tapi tak berapa eok kainnya nipis sangat. Nak yang elok standard harga sehelai $10 tapi yang tu kira oklah. Dah membeli sikit² jer, nak buat apa shopping kat sini baik shopping kat Malaysia. Pergi jalan² area situ jer banyak mall yang besar².... windows shopping jer, dah tengahari balik ke hotel, ambik beg terus ke airport lak, makan tengahari kat Airport Changi, lepak² kat situ sementara nak tunggu flight.
Bye-bye Singapore.... see u next time...








24 November 2014

Jalan-jalan ke Singapura : Day 2

Hari ni kitorang pergi ke Universal Studio Singapore (USS) 

Pagi dah bersiap terus gi breakfast dulu, lepas tu naik bus jer nak ke sana sebab naik bas dekat depan hotel jer berbanding naik MRT kena jln jauh sikit. Tapi sistem bus yg sangat bagus tak perlu menunggu lama. Naik bad dalam 35 minit sampai dah kat station Sentosa tu. Kat sana diberi pilihan samada nak naik LRT atau cable car, so harga tiket cable car agak mahal berbanding LRT, baik naik LRt jer lah, anak² dah biasa pun naik cable car harga LRT $4 seorang sedangkan cable car $29 dewasa dan $19 kanak (hahaha leh jimat skit). Sampai tempat tujuan terus masuk USS, memandangkan hari ni hari Isnin takl adalah ramai bebenar orang kat sini pagi lagi ni. Kengkawan cerita yang paling best masuk kat transformer the ride, so kitorang terus pergi ke sana dulu. Terus jer masuk memang tak ramai orang lagi dan tak lama menunggu, dah dapat masuk mak aii memang macam real Join OPTIMUS PRIME and the AUTOBOTS as you become a freedom fighter in the ultimate 3D battle against the forces of evil. Bila dah keluar Kakak Hasya sampai nangis. Emm yang aqil lak syok sakan, dapat rasa macam real. Dah keluar emm bukan kata budak² mak²  dan bapak² budak pun suka macam ni. Lepas tu kitorang jalan pergi masuk Sesame Street the spaghetti space chase, yang ni kanak² macam Hasya memang sukalah, watak² kartun dia dalam tu. Dah masuk situ, mana² mainan yang ada kat luar leh naik. Tengok show pukul 11.45 Sesame Street Stage Show..... dah habis show tu masuk kat area Madagascar.. jadi kanak² ribena jadinya kita kat sini. Anak² lagilah... naik lak rider madagascar : a crate adventure pusing² mesti ada main sembur² air punyalah. Dah kepenatan berhenti minum dulu, emm makanan halal tak banyak pilihan bebenar. Nasib baik ada bawa bekalan roti dan sebagainya, botol air kena bawa kat sini sebab toilet tak ada air. So kena isi dalam botol kalau nak ke toilet.  

Dah kenyang perut masuk ke Shrek 4D Adventure, naik rider jugak, yang ni pun best jugak. Anak² punya excited kat sini tapi paling tak tahan bila setiap kali keluar dari tempat ada kedai jualan yang menjual pelbagai barangan mengikut watak kartun tu... ha kalau dia dah berkenan dah pegang emm dah dipujuk² tak mahu letak jugak belikan ajalah kalau berpatutan, tapi kalau ikutkan tak berbaloi beli ngan harga $ disini. Dah habis tu masuk show donkey live lak, Sing along with Shrek’s sidekick Donkey as he hosts this interactive ‘live’ show, yang paling best dalam ramai² Kakak Hasya di panggil ke depan, dia rilek jer ummi lak yang risau nanti kena tanya tak tahu jawab kang... nasib baik tanya soklan simple² jer... Whats your name, you are from where?... do you like waching donkey?... soklan tak boleh blah, did you married? do you have boyfriend. hahaha nasib baik kakak hasya boleh jawba semua tu.... tang tanya married she said no, tang tanya boyfriend pun she said no....

Habis di situ pergi show kat Water World, show dorang pun memang best di beri pilihan nak kena basah ke tidak, emm duduk kat tempat kering ajalah kalau gitu. Lepas tu masuk lak ke Jurasic Park Rapid Adventures. Yang ni orang dah ramia queue, agak lama beratur ambik masa 1.30 jam sampai bosan anak² tapi dah alang² beratur naik jugak. yang ni dah maklum awal naik akan basah. bila nak beli baju hujan tu nampak orang ramai tak pakai pun so tak adalah beli, Naik memang best lah, tapi kuyup gak lah kena air masa dah nak last tu, kasihan aqil kasut basah. Emm tapi kalau pakai baju huan pun basah gak kasut dah air masuk dari bawah. Emm kasihan kat aqil orang lain tak basah kat kasut baju dan seluar jer sikit... tapi yang penting best.

Keluar² dari situ perut dah lapar sungguh, nak gi makan nampak lak rider lain anak² sibuk nak naik, lepas daripada tu barulah gi makan. Cari restoren halal, emm makanlah kat situ berehat dan isi perut, lepas tu boleh sambung semula...

Seterusnya anak² nampak roller coster, ajak naik. Ayahnya dah la takut, ummi nya pun sama. Itupun kitorang pilih yang paling pendek jer, aduh hai perut yang dah kekenyangan naik lak roller coster, turun² rasa macam nak terkeluar semua. Anak² boleh gelakkan ayah dan ummi nya. Oh !! tak da lah nak naik roller coster lagi. Ada lagi satu yg lebih panjang. Memang tak kan naiklah jawabnya. Lepas tu pergi lak Ancient Egypt... rupa-rupanya roller coster gak, memang tak naik la, sebab bila di tanya budak² yg jaga tu ckp dlm 10 minit... ish lagi tak nak. So tak masuk yang tu... bergambar dan lepak² jer kat luar tu. Kemudian pergi ulang naik transformer tu, kali ni sampai 2x masuk baru puas hati, dah kebetulan petang dah pun org dah tak ramai so bolehlah dapat macam tu, Kalau hari minggu nak dapat sekali masuk queue lebih sejam. Dah keluar tu rupanya ada lagi yang kitorang tak masuk so sempat lagi masuk lak Light Camera Action, last sebelum balik tengok show street entertainment.

Dan last sebelum balik, asyik anak² jer beli barang dia Ummi pun nak jugak, shopping la sikit sebagai cenderahati... so bye bye USS tak tau bila boleh datang lagi...

Balik naik MRT jer, lepas tu balik singgah beli makanan siap² dah tak larat nak jalan dah malam ni. Penat sungguh seharian di USS. Baru yang tu jer belum pergi yang lain² lagi.





















Jalan-Jalan ke Singapura : Day 1

Pepagi lagi dah bangun bersiap nak ke KLIA2, dalam 6.50am En.Ipin dah datang nak hantar kitorang satu family nak naik bas kat Paradigm Mall, kali ni memang adventure sikit, bawa anak² naik bas sampai ke KLIA2, lepas tu dah masuk luggage semua ada 1.30 jam lagi nak flight, lepak minum kat cafe dulu. Baru seronok cuti dan bersantai. Dah time boarding masuk. Flight ke Singapura dalam sejam jer, tapi dah airportnya besar rasa macam jauh sangatlah. Dah sampai airport Changi, emm pepandai sendiri cari direction nak ke MRTnya, sebab booking hotel tu dekat dengan MRT Station. Nak ke MRT Station tu kena naik ERL yang disediakan percuma jer naiknya. Mak aii besar lah MRT Stationnya, dah survey kengkawan yg datang jln sini, katanya kalau kat sini lebih baik ambik kad MRT Tourist Card, untuk tempoh 3 hari kena bayar $30 sorang dewasa, nasib baik bebudak free tapi still dia bagi card nak keluar masuk mrt dan bas nya. Boleh naik berapa banyak satu hari nak kemana dan dimana jua nak pergi.

Dah dapat card mrt terus check in hotel, Hotel Fragrance Emerald. Kata dekat ngan station mrt, tapi kalau jalan kaki letih gak lah. Nasib baik bas banyak lalu kat hotel tu. Janji tahu jalan, bagusnya sistem transportation semua maklumat lengkap kat station basnya. Jadinya naik bas ke hotel, Dah check in, mak aii penatnya. Rehat dulu tanya kat receptionist restoren terdekat yang halal ada 2 jer.. emm tak kisahlah bukan nak makan area sini sangat pun nanti. Dah rehat keluar makan janji perut berisi, anak² dah makan nasi ayam, duk dlm flight sekejap nak beli makanan jugak, tak habis bawa bekal sampai hotel. Dah makan jalan² area Marina Bay dan Merlin Park. Dah kepenatan balik hotel, malam lak pergi makan ke Zam Zam Beriani berdekatan dengan Masjid Sultan kat sana. Sesampai sana memang ramai orang. Dah makan rasa macam biasa jer tak adalah sedap sangat berianinya. Tapi murtabaknya Singapuranya memang sedaplah.













23 October 2014

Salam Aidil Adha 2014

Walaupun dah berlalu tapi nak masuk gak dalam ceritera raya tahun ini....
Turn raya haji tahun ni kat rumah mak mertua, kebetulah jatuh raya haji hari ahad cuti bersambung smapai isnin jadi ramai adik beradik abang ada balik. So kitorang plan nak buat BBQ, kambing bakar lah. Jadi malam sebelum balik abg gi beli kambing sekor kat Pasar Borong Selayang (kalau tak silap) dah siap sembelih dan cuci. cuma kena marinate sendirilah, kalau beli yang dah siap semua tu mahu cecah 1K++ jugak kot. Emm pepandailah jawabnya, konon nak minta tolong jiran kat rumah dia memang pandai bab masak memasak ni, tapi dia tak dapat lak, dia bagi resepi jadi pepandai kitoranglah jawabnya.

Bawa balik tong besar nak ini sekor kambing. Sampai kampung terus keluarkan, anak buah dan adik ipas satu family memang dah sampai minta tolong dorang, yang merinate eida dan abg. Kalau tak sedap nasiblah yer, kami bukan pakar bab masak memasak ni. Dah merinate biarkan aja, malam raya berkumpul ada 3 orang adik beradik abg tak balik, Along balik esok, lepas korban di rumahnya.

Pagi raya semua dah ke masjid, balik tu baru makan², lepas tu mak ajak ke rumah Uwan kat Johol, sampai sana Maktih ada masak nasi minyak, perut dah lapar sedap jer makan. Petang balik Lui semula, malam ni nak membakar kambing.

Lepas magrib dah mula, tak ada kambing golek pun setakat bakar atas jaring jer guna arang, emm sedap dan puas harilah, sebagai menu tambahan buat coslow dan cocktail. Emm seronok lak buat makan² macam ni. Puas hati dan sedap.

Continue Cerita Raya 2014

Wah!!! lama sungguh tak online.... kali ni berkesempatan sambung balik semua.... dah lepas raya haji pulak dah ni....

Raya ke 4
hari raya hari ni kitorang berjalan sama mak, dik nas dan anip. Along ada tapi dia nak terus balik. dah raya so baik berjalan lah. Plan ke rumah Paksu adik arwah ayah kat mana ntah tak ingat nama kampungnya. Pergi ajalah itupun dah tengahari sampai sana memang tengah lapar nasib baik tak hidang kuih raya ada sekali mee goreng panas. sedap lah makan. Lepas tu kononnya nak ke rumah Angah dia tak ada kat rumah so plan seterusnya mak mertua nak beraya ke rumah eida lak. So bawa ajalah, lalu jalan sri menanti abg terus bawa singgah kat Istana Lama Sri Menanti dah jadi muzium sekarang ni. Datang dah lewat dorang dah nak tutup pun, tapi sempat jugaklah naik sampai kat atas tu. Eida naik second last malas nak naik atas sekali tnggi bebenar.






Lepas dah jalan² kat sana terus ke rumah eida lak, emm sampai rumah eida tengok mak duk sibuk masak mee goreng gak. Hari ni kitorang punya menu mee goreng ajalah jawabnya

Raya ke 5
Pagi ni duk kat Lui, Lepas solat jumaat kitorang gerak ke Johol lak abg nak pergi ke rumah Tipah, kawan dia dah janji ngan kengkawan lain. Sesampai sana rupanya kitorang yang first sampai. Emm lepas tu terus masuk dalam rumah dan makan dulu, bila kengkawan lain sampai meriahlah. Aqil dan Kakak memang dah ada kawan baik dah pun kalau join group ni. Dah ke rumah Tipah, dah nak pergi ke rumah bekas cikgu sekolah dorang lak, dan last sekali kawan yang sekat ngan rumah cikgu tu. Fuh penat lak hai asyik makan jer ni. Lepas dah makan terus balik ke rumah eida.








Raya ke 6 - Last Day Raya sebelum balik ke BRP
Hari ni ada reunion ngan kengkawan sekolah abang. Dorang buat kat Sekolah Kebangsaan, ambik nostalgia zaman kanak-kanak. Mula majlis selepas zuhur, Sampai sana baru ada 2 family jer, abg pusing satu sekolah citer kat anak ini la sekolah ayah masa kecik² dulu. Excitedlah anak dengar citer dia.... so tamatlah sudah cerita beraya di kampung mahu ambik masa 2 bulan lebih baru habis citer.... hehehe