31 October 2013

Jalan² ke Sabah... Part 1

Emmm..... 26 - 29 / 10 / 2013 Trip kali kedua kami sekeluarga ke Sabah tapi kali ni Mira join sekali. First masa memula pergi dulu, Aqil kecik lagi belum pandai jalan lagi.... now dia dah sudah 4 tahun lebih.

First Day - Flight pukul 12.45pm, pukul 10 lebih gerak dari  rumah sampai airport dlm pukul 11.15am, abg gi parking, aku lak gi check in luggage. Dah selesai urusan masuk dan tunggu flight. Nasib baik tak delay.... ni masa kat airport...



Sampai kat KK dlm pukul 3.30pm, dah book kereta dah la, sewa MyVi jer. Petang ni kitorang terus pergi ke Kundasang, bermalam di sini. Booking Celyn Resort, itu jer yg ada kosong. Ingat nak book kat pines Resort tapi dah penuh sebab lambat sangat. Perjalanan dari KK ke Kundasang dlm 2 jam, kalau ikutkan tak berapa jauh tapi dah jalannya berbukit maka ambik masa nak sampai sana. Check in kat Celyn Resort, lepas dah bersiap keluar jalan² cari makan. Ingat nak makan kat situ jer emm menu dan harga tak berbaloi, makan kat luar jer, sampai ke Pekan Ranau kitorang redah.... emmm nasib baik ada Waze... boleh bawa kemana saja....

Second Day - Desa Dairy Farm
Pepagi lagi pukul 6.00am dah terang, kan cepat sejam dari Semenanjung, emm lepas dah breakfast. Terus bersiap nak mulakan perjalanan, dah google beberapa tempat yang menarik di sini. Yang paling dekat ialah Desa dairy farm, ladang ternakan lembu yg ala-ala macam New Zealand. Sampai sana tiket masuk RM4.00 dewasa. Memang best suasana disana sejuk dan berangin tapi tak tahan bau taik lembu.... nak pergi dekat² kat lembu tu cuaca lak panas terik so tak sanggup lah rasanya dari sini jer la. Kat sini Aqil dan hasya duk sibuk nak makan aiskrim dan kitorang beli air susu segar perisa coklat, memang sedap sungguh lain sesangat rasanya dari yg kita beli di sini.





2nd Places - Kinabalu Park.
Kemudian kami ke Kinabalu park, actually kat sinilah kalau sesapa nak mendaki gunung kinabalu, sesampai sana nak masuk kena bayar RM4.00 utk dewasa. Masuk sana yang paling best nak bergambar berlatar belakang Gunung Kinabalu, tapi nasib kami tak berapa baik kabus tebal, langsung tak nampak pemandangan tersebut. Ambik jer la gambar apa yang ada....





 

25 October 2013

Q-Dees Annual Concert & Graduation Day 2013

Baru-baru ni Kakak Hasya dan Aqil punya konsert tahunan sekolah dia. Buat kat Golf Club Bukit Rahman Putra. Emm sakan anak aku rupanya, ingatkan sorang satu persembahan jer, rupanya Kakak Hasya ada 4 Persembahan dan Aqil ada 2. Meriah betul penuh ngan warna warni. Guru kelas Aqil Melayu (Teacher Lela) so persembahan Aqil menari lagu kain pelikat dan Dinasour Song. Guru kelas Kakak Hasya India (Teacher Jothei) dia masuk Spain Dance, Bangra Dance, Modern Tamil Dance dan Salam-salam song. Inilah gambar²nya.

 First show Kakak Hasya - Spain Dance


 First Show Aqil - Kain Pelikat Dance

 Second Show Kakak - Bangra Dance

 Third Show Kakak - Tamil Dance

 Forth Show Kakak - Salam-salam song

Second Show Aqil - The Dinasour Song
Last Show All - Q-Dees Song

Aidil Adha + Kenduri Tunang Mira

Emm lama dah tak update... byk citer tapi kekadang tak sempat nak masukkan.... yang terbaru ni
Raya Haji baru² ni kami sekeluarga menyambutnya merangkap majlis pertunangan mira, asalnya nak buat simple² jer, tapi dah pihak lelaki nak datang bawa rombongan dan hantaran so terpaksalah buat kenduri sikit. Jadinya majlis kecil-kecilan sahaja itupun jemput saudara mara terdekat aja. Raya pun dah tak rasa macam raya dah pada hari tersebut.


 Sarung cincin oleh bakal mak mertua


 Bersama saudara mara
Kakak Hasya dengan bunganya