07 March 2013

Cameron again!!!

3-4 Mac baru² ni aku sekeluarga gi bercuti kat Cameron Highland lagi... emm seronok gak lepak² kat sana, kat bawah cuaca teramat panas, naik atas rasa kedinginan sikit. Booking rumah peranginan persekutuan, ambik dua bilik sebab Mira ikut sekali. Kat sana bukannya nak berjalan sangat pun, rasanya semua tempat dah kami pergi sebelum ni tapi paling suka lepak kat Teh Bharat tu, sambil minum teh tarik lihat pemandangan ladang teh yang menghijau, lagi satu suka bebenar makan strawberry cream + coklat, memang sedah. Kami pergi Ahad dan balik Isnin, memonteng sekolah lagilah anak aku jawabnya. Hehehe tak pa lah tadika jer pun. Masa kat sana ingatkan anak aku jer yg memonteng ramai gak yang datang bercuti bawa anak ke sana. So layan gambar jer lah.... masuk sikit jer lah, nanti penuh lak

 Teh tarik yg sedap.
 Kakak posing saja
 Sempat lagi tu
 Kakak & Aqil
 My family
 Dengan adik aku Mira
 Dengan Aqil Haqimi
 Di ladang teh yg ada air terjun 
 posing sakan
 Kat bee farm
 Strawberry creme + chocolate
Gelagat anak²

05 March 2013

Happy Birthday Abang

Selamat Hari Lahir buat suamiku yang tersayang, walaupun tahun ni tarikh 29/2 tidak wujud, tapi kami sekeluarga celebrate jugak birthday abang. Simple celebration jer beli kek dan gi makan². Kali ni makan steamboat kat D'Manggis Sungai Buluh... menarik jugak tempatnya dan yang paling penting makanannya memang best... berbaloi dengan harganya.

Gambar pun tak berapa cantik tak tahulah sapa yang mainkan phone aku (Kakak Hasya atau Aqil la tu) hilang setting camera tu, bila nak setting semula tak jadi mcm sebelum ni, habis kelabu gambar dibuatnya. Sabar ajalah.... ini jer lah yang ada....

 Baru sampai 

 Tengah siap sedia nak makan
 Kek Birthday Abang

 Masa makan
Potong kek...