27 March 2012

Hand, Foot and Mouth Disease

Emmm tak sangka belum sampai sebulan kakak dan aqil duk kat Taska dah kena lak sakitni... nak kata apa, nak tak nak kena kuarantinlah seminggu. Emm aku lak kebetulannya memang ada Bengkel kat Putrajaya, tapi dah Hasya kena macam ni terpaksalah aku cari pengganti untuk tempat aku kat sana. Emm kasihan aku nengok Hasya, teruk gak rupanya simptomnya.... mulanya tumbuh bintik² merah, lepas tu berair lak, dah kering macam berkudis jer. Penyakit ni berjangkit, doktor pesan jgn bagi kakak dan adik main sama, macamana nak larang lagi aku larang lagi dia suka main siap peluk² lagi, bila kakak dan nak baik adik lak kena, emm lagi teruk kalau melayan karenah Aqil. Dia bukan jenis tahan sakit, sungguhlah menguji kesabaran. So isnin aku EL, selasa abg lak cuti, rabu dan khamis aku ambik mc jer lah jawabnya... tengah pikir jumaat ni camana sebab abg tak leh cuti dah limit sebulan 2x. Last 2 weeks dia dah EL jugak sebab Aqil demam. Sekarang cuti lagi dah habis limit so tengoklah jumaat aku apply AL lah jawabnya. Nasib baiklah cuti byk lagi. Anak-anak... macam nilah jawabnya.

16 March 2012

Basikal Baru!!!

Setelah sekian lama permintaan Kakak Hasya nak basikal, barulah seminggu selepas pindah rumah ditunaikan. Bukan tak nak belikan awal-awal tapi masalahnya masa tu duk kat rumah apartment mana nak letak semua tu, so memandangkan tempat tiada, tangguh sehingga pindah ke rumah baru. Kebetulan birthday Hasya masa pindah rumah kiranya ini merangkap hadiah lah sekali. Kasihan anak Umi, sempoi jer kali ni. Tak pa nanti kita buat sekali ngan Aqil la. Memandangkan dah beli basikal Hasya kena beli sekali untuk Aqil. emm beli 2 terus nanti senang, tak adalah nak berebut dan bergaduh nanti. Emm Kakak punya color pink, Aqil color biru.

Baru-baru ni Anjo satu family datang ke rumah. anak dia pun dua orang gak, emm dah berebut basikal tapi nasib baik Aqil dan Abag Farish mengalah main badminton.... Kakak Hasya dan Farisha main basikal......








06 March 2012

Happy Birthday to My Hubby

Tanggal 29. Februari tahun ini wujud buat kali ke 9 birthday abang, hehehe dah ditakdirkan sambut 4 tahun sekali so tak leh nak kata apa dah..... walaupun 4 tahun sekali setiap kali birthday abang mesti tak leh nak celebrate besar-besaran.... tahun 2008 masa tu aku dalam pantang bersalin anak pertama baru 3 hari... wish ajalah dulu hadiahnya lambat gak dapatnya. tak apalah janji kasi. Tahun ni sibuk pindah rumah, baru 4 hari pindah rumah baru.... duit tak yah citer memang habis korek dah lah... so nak cuti pun tak leh sebab abang cuti sensorang layan perasaan katanya... terpulanglah, malam barulah keluar dinner steamboat kat BBQ Land, emm itu jer yang dekat dan senang pergi. Jadilah daripada tak celebrate langsung. Hadiah pun bagi tapi bukan pada hari tersebut tapi lambat sikit. Apa yang penting hadiah yg besar duduk rumah baru. Itu nilai yang tidak terhingga, walaupun sama² berhabis duit tapi janji puas hati.

Anyway semoga di hari lahir ini, semoga abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk dikongsi bersama isteri dan anak² tersayang. Semoga abang success dapat semua bidang yang diceburi dan dalam membimbing kami sekeluarga ke jalan yang diredhai Allah. Apa yang lebih penting KASIH SAYANG aku pada abang tetap sama dari dulu kini dan selamanya.... "Bersama Selamanya".....

02 March 2012

TASKA Baru...


Mulai 26 Feb 2012 Hasya dan Aqil tinggal kat Taska baru, dari semalam lagi aku dah pujuk Aqil untuk tinggal kat tempat baru, emm siap cakap nanti lepas Umi balik keja Umi ambik Aqil, dia siap request "Nanti Umi peluk Aqil tau", aku iyerkan ajalah. Isnin tu aku hantar tak adalah pagi sangat siap tunggu dorang bangun tido, mandi dulu dah breakfast baru hantar. So lepas hantar jer bagitau pengasuh tu keperluan dorang eida pun balik, Muka Aqil dah lain macam, kakak lak excited siap babai lagi. Emm dari tunggu lama² baik gerak balik jer. Dorang ingat aku gi keja. Emmm dah pesan kat pengasuh tu kalau apa² call ajalah aku. So balik rumah continue kemas² lagi. Masalah betul; nak letak baju yg dah tak pakai ni, baju anak, baju aku dan baju abg. Nak buang sayang sebab elok lagi nak sedekah tak tahu nak bagi sapa, emm biarlah duk dlm kotak dulu. Lepas tu pulak eida keluar gi beli barang dapur, kat sini kena ada stok lah jawabnya sebab kedai jauh sikit. Susah kalau ada barang yang tak ada nak gi beli kena keluar. Dah selesai kemaskan semua. Petang dalam pukul 5.00 aku gi ambik anak aku. Alhamdulillah so far ok jer sebab dorang seronok kat taska ni ada macam² permainan dan aktiviti yang seronok. Paling tak leh tahan Aqil ingat lagi suruh aku peluk dia, ntah camana aku leh lupa, siap dia cakap kuat lagi tu "Umi kata nak peluk Aqil bila datang ambik" Aduh hai gelak pengasuh tu tengok gelagat Aqil. So far oklah lega sungguh rasanya. Emm dengar citer Hasya dan Aqil ajalah jawabnya.... so layan aja, itulah pengubat stress lepas dah penat bekerja...  




Gambar Passport Hasya dan Aqil nak masuk Taska

Berpindah Juga Akhirnya

Akhirnya berpindah jugak kami ke rumah baru. Kalau nak citer bab pindah rumah ni, Aduh hai penat tak leh nak kata. 25 Feb 2012 adalah tarikh kitorang berpindah, emm sampai ke hari ni still tak habis kemas lagi...  so tunggu ajalah entah bila nak selesainya. Aku ambik cuti pun 2 hari jer, itupun tak habis kemas lagi sebabnya nak test dorang tinggal kat Taska baru. Emm harapnya oklah. Bab pindah dah selesai tapi bab kemas kemudian...