15 August 2011

Buka Pose ngan Geng UiTM...

Sabtu baru² kitorang plan nak buka pose ramai² ngan geng masa zaman U dulu... emm biasalah muka² biasa jer yang datang.... dlm perancangan ada dlm 7 family, lastnya yg datang 5 family jer. Kali ni kitorang buat pot luck jer kat rumah kawan kat Shah Alam, hehehe dah memandangkan nak ke Shah alam, aku ajak abg gi rumah Along (kat Klang) sebab nak ambik sample kain nak beli tudung (hehehe every year macam ni, manjang lupa jer nak potong sikit kain tu nak buat sample beli tudung) dah hantar baru nak gi sana ambik semula. Emm aku pulak masak ayam masak merah dan bawa buah² jer. Dah siap masak aku masuk dalam bekas nak bawa sana.

Dalam pukul 4.30pm gerak ke Klang dulu, jumpa Along lama lak sembangnya. lastnya keluar dari rumah dia nak ke rumah kawan aku dlm pukul 6.15pm, jln dah lah jammed pulak nak ke Shah Alam tu, dah lah jln ke rumah kawan aku tu tak tahu, yg tahu dia kata dekat ngan I-City, emm jalan dan call akhirnya jumpa gak, tapi aku smapai pukul 7.05pm, sempatlah aku hidang letak jer, makan cara buffet. Tuan rumah dah sediakan air, sate, nasi, dan lauk dua jenis, aku ingat aku yg lewat, tp rupanya aku yang awal sampai, tak lama lepas tu 3 family lagi sampai, emm masing² bawa 2/3 jenis makanan, emm apa penuh meja makan. Anak² lak dah jumpa geng naik atas gi main kat atas. Lega sikit kitorang nak makan sebab tak ada yang kacau... emm dah berbuka penuh meja, banyak sungguh pilihan sampai tak tahu nak makan apa.... makan tak henti².... tuan rumah sipa grill pintu tak bagi balik selagi makanan tak habis... syok jumpa geng² lama lepas tu buka cerita kisah² lama zaman belajar... tak habis gelak dibuatnya.... memang best...

Lastnya makanan tu confirm tak habis dalam pukul 10 lebih kitorang pun tap pau lah makanan tu bawa balik sikit sorang balik.... bestnya. Dah sekerat jln member aku call kata gelang hasya tertinggal, aduh hai malas nak patah balik, kata kat dia simpan dulu. Nanti kitorang ke Shah Alam leh singgah ambik.

Memang best... lain kali boleh buat lagi....

08 August 2011

Kunci Rumah!!!

Wah !!! seronoknya bila dapat call kunci rumah dah boleh ambik!!! tak sabar rasanya nak duduk dan pindah rumah baru.... sepatutnya boleh ambik last week tapi memandangkan balik kampung so hari sabtu lepas kitorang pun pergilah ambik kat developer di Pandah Indah.

Pergi sana dimaklumkan kitorang ken Interest sebab Government bayar lambat.... emm memang adalah lewat so kena bayar RM866 lebih kurang, aku call makcik aku dia kata boleh minta kurang tapi kena ada surat pulak, emm so sampai sana kitorang tanya pasal pengurangan.... walaupun tak berapa btk tapi duit tu boleh buat belanja utk raya ni.... abg kata tak perlu tergesa² so kitorang kata tak apa next week kitorang dtg ambik lepas dah mohonbuat pengurangang dan kalau boleh lupus terus sebab bukan salah kitorang pun, lewat bayar pada awal² jer masa proses penyediaan dokumen.


Kalau ikutkan dorang pun lewat gak serah kunci rumah, kalau ikut perjanjian dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian dan developer dah lewat dlm sebulan lebih. Dlm perjanjian developer kena bayr 10% dari harga rumah x Bil hari lewat / 365 hari.... so kitorang leh claim dlm rm 2000++ tapi bila kitorang bangkitkan pasal perkara ni dia puter kot lain lak... emm tak apa kali ni memang nak claim jugak sebab itu hak kita sebagai pengguna....

So apa-apa hal leh tunggu nest week apa citernya.... sekarang ni duk pikir dan plan nak buat mana yang sepatutnya dan setakat budget yg ada utk rumah baru ni.....

02 August 2011

sHoPPinG RaYa!!!

Bab shopping ni memang seronok, S*G* Members Day... WAJIB Cuti dan pergi.... antara sanggup dan tidak jer.... tapi dah jadi tradisi lak, mesti nak pergi walaupun dah tahu dengan Jammed dan Ramai Orangnya... nak kata apa redah jer lah....

So hasilnya.... untuk raya semua dah settle terutamanya baju anak².... tapi apa-apapun berhabis pun byk jugak... yg tak laratnya setiap apa yang nak dibuat, bayar dan sebagai kena QUEUE.... nak sampai ke S*G* masuk parking Q, Nak masuk pintu S*G* pun Q... membayar lagi lah panjang Q.... lapar berhenti makan pun Q panjang jugak.... nak claim voucher Q jugak... lastnya nak keluar parking pun sama gak... aku lebih 5 minit menunggu sampai ke kaunter bayar parking dah kena charges sejam jugak (walau 5 minit extra - jadinya dari 5 jam terus charges 6 jam) sabar ajalah....
Itulah kehebatan masa S*G* Members Day.... tapi tak serik jugak dan still pergi setiap Tahun.....

Sambut Ramadhan

Tahun ni sambut ramadhan balik dua² kampung jugak akhirnya.... Hari jumaat malam tu aku sekeluarga gerak balik ke Kampung Mak Mertua, sebab esok mak mertua buat kenduri arwah dan siap bakar lemang lagi tu... dah ramai² balik seronoklah. Adik Ipar aku yang belajar kat Kelantan tu aja yang tak balik yang lain semua ada..... kalau dah ramai² faham² jer lah tapi apa yang penting seronok.....

Lepas selamat kenduri esoknya, petang tu memang kepenatan yang amat sangat sebab malam tu tido dah lewat, Aqil lak dah tido on the way balik mana nak tido lagi... sampai sakit kepala aku dibuatnya. Petang tu masa tidokan dia ngan aku pun sama lena.

Ahad tu pulak, dorang semua pakat nak ke kubur arwah ayah, emm mak aku lak call suruh singgah sebab dia pun buat baca doa selamat sikit tengahari ni. Plan asal nak balik KL pagi tak jadilah lepas dah ziarah kubur dorang semua balik rumah dah aku sekeluarga balik Kampung ku sekejap. Rupanya ramai gak mak sedara bapa sedaraku balik, sepupu² pun ramai. Makan² lagi, makcik aku siap buat ketupat daun palas lagi, emm makan ajalah balik kampung kali ni. Dengan santan durian dan sebagainya. perut dah kenyang tak larat nak makan petang tu masa balik aku tappau ajalah bawa balik.... bekalan utk mkn malam dan bersahur nanti... selamat dah!!!!

Pukul 4pm gerak balik KL nasib baik jln tak jammed sangat... sedang elok je sampai rumah sebelum magrib, malam ni dah mula terawikh dah.... SELAMAT BERPUASA