10 October 2011

Congrate Mira !!!!

Tahniah buat adikku Mira kerana Convocation baru² ni di UUM Sintok Kedah....

Convo dia pada 5 Oktober, tapi kami gerak ke sana pada 4 Oktober at least boleh rilek siket, takut gerak malam sampai sana pagi ngam² sangat masa, lagipun penat sangat nanti. Emm itupun nasib baik adik ku kat Melak tu leh cuti dan bergilir drive ngan Abg, kalau tidak penat gak kalau sorang. so yang pergi pun aku sekeluarga, adikku dan mak aku, so sedang elok jer muat kereta tu. On the way ke sana gerak dari rumah dah pukul 10 lebih, emm nak ke UUM dulu ambik jubah adikku itu, besar tukar lak dulu. Lepas tu barulah kitorang ke Homestay yang disewa, utk semalam dapat kat Perlis, nak cari area UUM semua dah penuh, hotel pun sama, yg tinggal bilik kecik dan mahal lak so tak berbaloi, nasib baik dpt Homestay, besar dan selesa sebab 3 bilik lagi. dan semalam pun baru RM170 berbanding bilik hotel katil single 2 tu RM175 utk satu bilik. Sampai kat Homestay dah pukul 6pm, mak pun dah penat. So plan aku nak ke Padang Besar tak dapat lah, kasihan lak. Malam lak lepas magrib kitorang gi makan seafood kat Kuala Perlis, emm sedap makanan kat sana dan miurah gak lah.... makan 5 orng pun tak sampai RM100.00. Lepas dah makan balik rumah, rilek lak sebab esok selepas Subuh nak gerak ke UUM lak, sebab Mira kena ada kat sana dlm pukul 7.15am, dah lah dari sini ambik masa dalam 1/2 jam jugak. Emm macamana anak² aku ni boleh ker bangun pagi nak mandi dan sebagainya.....

Esoknya dalam pukul 5 lebih aku dah bangun dan kebetulan anak² ku nak susu terus aku suruh bangun... hehehe mandi air panas, masa mula² tu oklah tapi lepas tu sejuk smapai gigil² kasihan lak nengok eh, Dah siap semua dalam 6.40pm kitorang gerak ke UUM. so sampai sana ngam² pukul 7.15am, aduh hai ramai dan jammed, seksa rasanya. Tapi nak buat camana redah jer lah, sampai sana dapatlah parking dekat lagi sebab ramai yang tengah queue kat belakang sana. Majlis bermula pukul 9am, aku mulanya masuk temankan mak aku, tapi si kecik Aqil Haqimi buat perangai tak nak ngan ayah dia, so terpaksalah aku keluar semula. Bila dah pujuk dia, emm iyerlah beli bunga utk Mira, tapi dia berdua tu nak jugak sorang ambik bear pooh, lepas tu yang Hasya ambik bear asalkan color pink.... emm tak kisah janji diam, nampaklah orang jual belon upin ipin, ben 10, tweety, emm nak pulak, itu biar Pak Uda dia yang layan... emm dah dapat dia leka main aku masuk semula temankan mak, tapi bila Mira dah selesai terima tu aku ajak mak keluar, kalau ikutkan tak boleh tapi kasihan mak sebab tak makan dari pagi lagi. Bawa mak makan.... tunggu ajalah Mira kat luar.

Selesai semua dalam pukul 2 jugaklah lepas dah selesai pulangkan jubah. Dah tu pergi mkn tengahari dan terus balik ke KL.... penatnya jauh sungguh UUM ni.... aduh nasib baik aku belajar kat UiTM Shah Alam jer.... huhuhu

Ni antara gambar yg sempat di ambik....

 Ni gambar mas apagi sebelum masuk Dewan

 Mak dan Mira

 Kakak Hasya sibuk ngan bear dia

 Ntah bila masa dia posing macam ni... siap pakai kasut Maktih dia lagi tu !!!

  Ini budak yang banyak ragam.... semua dia nak... Sabar jer lah!!!

21 September 2011

Open House Sana Sini

Selagi Bulan Syawal tak habis selagi itulah ada saja jemputan open house.... emm cuma aku jer dah lama tak buat open house jemput kengkawan ke rumah since sejak mengandungkan Hasya, lepas tu bersalin lepas tu sambung lak mengandungkan Aqil dan anak² lak masih kecik.... this year boleh buat tapi dah sibuk nak pindah lak, so memang dah 4 tahun gak lah tak buatnya.... tak apalah kalau panjang umur dan murah rezeki, di rumah baru nanti aku buatlah dan boleh ajak kengkawan tak semestinya bulan raya....

So sepanjang minggu (sabtu dan ahad) di Bulan syawal ada saja jemputan, mana yang berkesempatan pergilah, paling tidak kengkawan yang rapat atau saudara mara kenalah pergi walau sibuk macamana pun... sepanjang berjalan² ni bukan sempat nak posing² sangat pun lagipun dah kurang berminat nak tangkap² gambar lak... so ni adalah sikit² itupun dari kamera kengkawan....

 Ni gambar bersama Lin dan Induk Siti

 Ni kat rumah Azlina di Taman Panchur Seremban

 Ni masa kat rumah Cikgu Rosnani (Cikgu Abg) di Seremban
 Ni antara kengkawan yang hadir bersama (dah besar² anak memasing)


07 September 2011

Salam Lebaran 2011

Sedar tak sedar dah 9 hari dah bulan syawal kita lalui, dan barulah aku berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari raya Aidfil Fitri....
Raya tahun ni aku beraya di rumah mak mertua, anyway raya mana² pun tak kisah janji boleh jalan ke semua rumah saudara mara...
Tahun ni semua adik beradik abang semua berkumpul, jumlah semua 8 adik beradik, 5 orang menantu sebab 5 orang dah berkahwin dan jumlah cucu sekarang ni ada 19 orang... Fuh bayangkan betapa ramainya dan meriahnya. Kalau bab bagi duit raya memang emm tak leh nak kata apa dah lah siapkan aja duitnya, nasib baik dah tukar awal² sebab officemate ada sepupu keja kat bank so senang sikit, kirim aja kat dia.
Ni adalah antara gambar² semasa di Kampung....

 Ni gambar kami sekeluarga
 Keluarga besar kami

 Jalan raya kat rumah saudara mara (yg wajib jer)
 Kakak Hasya dan Aqil ngan sepupu²nya dan juga Pak Lang
 Kakak Hasya melaram ngan selendangnya!!!
 Muka Kakak yang kepenatan setelah seharian berjalan
 Ni adik-adikku

15 August 2011

Buka Pose ngan Geng UiTM...

Sabtu baru² kitorang plan nak buka pose ramai² ngan geng masa zaman U dulu... emm biasalah muka² biasa jer yang datang.... dlm perancangan ada dlm 7 family, lastnya yg datang 5 family jer. Kali ni kitorang buat pot luck jer kat rumah kawan kat Shah Alam, hehehe dah memandangkan nak ke Shah alam, aku ajak abg gi rumah Along (kat Klang) sebab nak ambik sample kain nak beli tudung (hehehe every year macam ni, manjang lupa jer nak potong sikit kain tu nak buat sample beli tudung) dah hantar baru nak gi sana ambik semula. Emm aku pulak masak ayam masak merah dan bawa buah² jer. Dah siap masak aku masuk dalam bekas nak bawa sana.

Dalam pukul 4.30pm gerak ke Klang dulu, jumpa Along lama lak sembangnya. lastnya keluar dari rumah dia nak ke rumah kawan aku dlm pukul 6.15pm, jln dah lah jammed pulak nak ke Shah Alam tu, dah lah jln ke rumah kawan aku tu tak tahu, yg tahu dia kata dekat ngan I-City, emm jalan dan call akhirnya jumpa gak, tapi aku smapai pukul 7.05pm, sempatlah aku hidang letak jer, makan cara buffet. Tuan rumah dah sediakan air, sate, nasi, dan lauk dua jenis, aku ingat aku yg lewat, tp rupanya aku yang awal sampai, tak lama lepas tu 3 family lagi sampai, emm masing² bawa 2/3 jenis makanan, emm apa penuh meja makan. Anak² lak dah jumpa geng naik atas gi main kat atas. Lega sikit kitorang nak makan sebab tak ada yang kacau... emm dah berbuka penuh meja, banyak sungguh pilihan sampai tak tahu nak makan apa.... makan tak henti².... tuan rumah sipa grill pintu tak bagi balik selagi makanan tak habis... syok jumpa geng² lama lepas tu buka cerita kisah² lama zaman belajar... tak habis gelak dibuatnya.... memang best...

Lastnya makanan tu confirm tak habis dalam pukul 10 lebih kitorang pun tap pau lah makanan tu bawa balik sikit sorang balik.... bestnya. Dah sekerat jln member aku call kata gelang hasya tertinggal, aduh hai malas nak patah balik, kata kat dia simpan dulu. Nanti kitorang ke Shah Alam leh singgah ambik.

Memang best... lain kali boleh buat lagi....

08 August 2011

Kunci Rumah!!!

Wah !!! seronoknya bila dapat call kunci rumah dah boleh ambik!!! tak sabar rasanya nak duduk dan pindah rumah baru.... sepatutnya boleh ambik last week tapi memandangkan balik kampung so hari sabtu lepas kitorang pun pergilah ambik kat developer di Pandah Indah.

Pergi sana dimaklumkan kitorang ken Interest sebab Government bayar lambat.... emm memang adalah lewat so kena bayar RM866 lebih kurang, aku call makcik aku dia kata boleh minta kurang tapi kena ada surat pulak, emm so sampai sana kitorang tanya pasal pengurangan.... walaupun tak berapa btk tapi duit tu boleh buat belanja utk raya ni.... abg kata tak perlu tergesa² so kitorang kata tak apa next week kitorang dtg ambik lepas dah mohonbuat pengurangang dan kalau boleh lupus terus sebab bukan salah kitorang pun, lewat bayar pada awal² jer masa proses penyediaan dokumen.


Kalau ikutkan dorang pun lewat gak serah kunci rumah, kalau ikut perjanjian dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian dan developer dah lewat dlm sebulan lebih. Dlm perjanjian developer kena bayr 10% dari harga rumah x Bil hari lewat / 365 hari.... so kitorang leh claim dlm rm 2000++ tapi bila kitorang bangkitkan pasal perkara ni dia puter kot lain lak... emm tak apa kali ni memang nak claim jugak sebab itu hak kita sebagai pengguna....

So apa-apa hal leh tunggu nest week apa citernya.... sekarang ni duk pikir dan plan nak buat mana yang sepatutnya dan setakat budget yg ada utk rumah baru ni.....

02 August 2011

sHoPPinG RaYa!!!

Bab shopping ni memang seronok, S*G* Members Day... WAJIB Cuti dan pergi.... antara sanggup dan tidak jer.... tapi dah jadi tradisi lak, mesti nak pergi walaupun dah tahu dengan Jammed dan Ramai Orangnya... nak kata apa redah jer lah....

So hasilnya.... untuk raya semua dah settle terutamanya baju anak².... tapi apa-apapun berhabis pun byk jugak... yg tak laratnya setiap apa yang nak dibuat, bayar dan sebagai kena QUEUE.... nak sampai ke S*G* masuk parking Q, Nak masuk pintu S*G* pun Q... membayar lagi lah panjang Q.... lapar berhenti makan pun Q panjang jugak.... nak claim voucher Q jugak... lastnya nak keluar parking pun sama gak... aku lebih 5 minit menunggu sampai ke kaunter bayar parking dah kena charges sejam jugak (walau 5 minit extra - jadinya dari 5 jam terus charges 6 jam) sabar ajalah....
Itulah kehebatan masa S*G* Members Day.... tapi tak serik jugak dan still pergi setiap Tahun.....

Sambut Ramadhan

Tahun ni sambut ramadhan balik dua² kampung jugak akhirnya.... Hari jumaat malam tu aku sekeluarga gerak balik ke Kampung Mak Mertua, sebab esok mak mertua buat kenduri arwah dan siap bakar lemang lagi tu... dah ramai² balik seronoklah. Adik Ipar aku yang belajar kat Kelantan tu aja yang tak balik yang lain semua ada..... kalau dah ramai² faham² jer lah tapi apa yang penting seronok.....

Lepas selamat kenduri esoknya, petang tu memang kepenatan yang amat sangat sebab malam tu tido dah lewat, Aqil lak dah tido on the way balik mana nak tido lagi... sampai sakit kepala aku dibuatnya. Petang tu masa tidokan dia ngan aku pun sama lena.

Ahad tu pulak, dorang semua pakat nak ke kubur arwah ayah, emm mak aku lak call suruh singgah sebab dia pun buat baca doa selamat sikit tengahari ni. Plan asal nak balik KL pagi tak jadilah lepas dah ziarah kubur dorang semua balik rumah dah aku sekeluarga balik Kampung ku sekejap. Rupanya ramai gak mak sedara bapa sedaraku balik, sepupu² pun ramai. Makan² lagi, makcik aku siap buat ketupat daun palas lagi, emm makan ajalah balik kampung kali ni. Dengan santan durian dan sebagainya. perut dah kenyang tak larat nak makan petang tu masa balik aku tappau ajalah bawa balik.... bekalan utk mkn malam dan bersahur nanti... selamat dah!!!!

Pukul 4pm gerak balik KL nasib baik jln tak jammed sangat... sedang elok je sampai rumah sebelum magrib, malam ni dah mula terawikh dah.... SELAMAT BERPUASA

28 July 2011

14 Julai... Kereta ku kena TUNDA DBKL

Aduh hai gara-gara nak kena agaknya..... alkisahnya aku baru jer dpt duit extra itupun abang yangbagi utk belanja raya dan beli baju anak²... emm rasanya kalau pegang duit cash kat tangan confirm cepat habis, so memandangkan hari ni pose dan tengahari ni tak ada nak buat apa, so aku pikir baik aku gi bank in duit ni dulu.... emm nak jln kaki gi maybank kat Jln Hj Taib Chow Kit tu malas lak rasanya, so bawaklah kereta, selalu gak aku bawa kereta kat situ dan parking kat area pasar mlm, tapi siang² tak ada lah pasarnya so bolehlah parking, bukan keter aku jer, byk lagi keter lain.

Masuk Maybank kat mesin masukkan duit tu, emm ramai gak org so lama gak beraturnya. Sampai ke turn aku masukkan duit. Tapi ada beberapa keping susah bebenar nak masuknya.... aku cuba masukkan sampai semua boleh.... kasihan gak org belakang ramai menunggu. Selesai urusan, kat sebelah tu ada Mydin, gatal lak kaki aku gi masuk kat situ lak, kononnya saja nak tengok² tapi dah tengok harga Listerine murah klu beli yang besar pek kembar tu... aku pun apa lagi shopping dulu. Dah bayar nak balik.... jeng jeng jeng.... suprised.!!! kereta dah tak ada... alamak hai... emm tak lama lepas tu aku nampak kereta tunda DBKL tengah bawak keter lain. Kat area aku parking tu.... clear tak ada satu kereta pun, ataupun dah kena angkut semuanya.... aduh hai.... sabar ajalah. terus call Abg... apa lagi memang kena minta bantuan dialah jawabnya...

So balik ofis jln kaki aku jawabnya. Sampai ofis aku tanya kengkawan yg biasa berurusan ngan DBKL... emm setakat mana yg mampu tolong ajalah... dia kata kena bayar gak sebab dah kena bawak ke sana... di tempat simpanan ketera di Jinjang.... lepas tu aku call sana dia kata selalunya bayaranya dalam RM150-Rm350.

Tunggu abg sampai lepas tu naik motor jer ngan dia pergi ke Jinjang... sampai sana memang ada kereta aku kat sana, lepas dah bayar kena RM205... melayang duit sedekah kat DBKL. Sabar ajalah jawabnya. Kalau aku shopping beli baju pun puas hati.... moralnya jangan gatal² gi parking kat situ kalau hari biasa. Selalunya kalau aku pergi Hari Jumaat selamatlah pulak.....

08 July 2011

Sukan @ Sabah

Buat pertama kali bila masuk JKM WPKL ni aku joint Kejohanan Sukan Tahunan JKMM kali ke IV. kali ni dibuat di Negeri Sabah.... emm aku main bola jaring jer pun, memandangkan tak cukup orang so aku masuk ni untuk cukupkan orang jer. Kali ni kalau nak ke sana kena bayar sikitlah memandangkan Duit Kelab Sukan tidak mencukupi. Pasal itulah ramai yang tak nak joint sebab berbayar.

Tapi tak kisah sangatlah, perginya naik Firefly jer ambik flight pun seawal pagi sebab nak dapat harga paling murah, flight 6.40am, pukul 4am kitorang dah kena ada kat KLIA, nasib baik anak² aku dah hantar ke kampung pada 23hb tu, mlm dlm pukul 12am gerak dari kampung dan aku suruh abg hantar terus ke ofis, sebab semua orang yg nak pergi dah berkumpul kat ofis dari malam lagi. Aku sampai ofis pukul 2.00am, emm tak tidolah kitorang mlm tu. Dari ofis pukul 3am gerak naik bas ke KLIA, jumlah kontigen dari JKM WPKL dalam 80 orang jer. Kebetulan pulak kitorang naik flight sama dengan orang dari Negeri Selangor. Dari Negeri Melaka pun dah ada berkumpul kat KLIA masa tu... rupanya meriah kat KLIA pada seawal pagi macam tu. Bila naik jer flight apa lagi nak buat bosan lagipun lama tu 2 1/2 jam so aku pun tido ajalah, Sampai Sabah sudah ada LO yang tunggu utk JKM KL so kitorang akan duduk di Hostel ok bukan hotel di UMS. Sampai sana emm dah dapat rumah terus mandi² dan tido ngantuknya. Lagipun hari ni belum mula sukan sebab ada negeri yang sampai malam nanti.... jadi kitorang sampai awal bolehlah rehat... emm panas sungguh di sini. Pasang kipas sampai 5 pun macam tak rasa jer....

25 Jun games netball seawal pagi kitorang dah gerak ke sana, buat kat Stadium Tertutup Putrajaya (namanya dewan tempat kitorang main netball tu lah) kitorang games yang ke 3 lawan Negeri Johor (naib juara sebelum ni)... emm entahlah kot tapi yg penting semangat. Bila main first games tu Kl 1 Johor 3.... masuk second half baru kitorang kejar so KL 4 Johor 5, time nak shoot goal ke 5 masa tamat.... aduh sabar ajalah kalah tipis... emm alamatnya kalau dah kalah ni habislah games aku, sebab aku masuk satu ni jer... dah lah masa nak balik ke KL lambat lagi... so apa lagi layan netbook jer lah.... nasib baik bawak, kalau tidak lagi bosan.... lepas tu keja kitorang shopping dan jadi penyokong untuk games yang berikutnya.... Petang tu pulak ada acara Perasmian Sukan JKMM dan perarakan kontigen² negeri ada 16 Kontigen semuanya, Dato' Sri Shahrizat yg datang masa perasmian ni.

26 Jun... pagi ni pada sesapa yg dah tak ada games dorang bawa jalan ke Pasar Tamu Gayah... dah tentu aku n the geng yang tak ada games lagi gi jalan² sebab tak pernah pergi pun kat Pasar Tamu Gayah tu. Emm macam pasar tani biasa aja tapi dia adajual segala macam benda, kalau kat Sabah ni, kucing kena kurung tapi anjing berkeliaran jer, sampaikan nak makan pun kena tengok tempat gak... bertudung pun pekerja restoren tu belum tentu kedai Islam, so kena hati² sikit. Malam ni pulak kitorang ada Dinner di One Borneo Ballroom, emm pukul 4.30pm dah kena ke sana sebab dinner mula pukul 7pm, nasib baik dinner dia hidang, kalau buffet susah gak ramai sesangat... best gak lah

27 Jun aku and the geng pergi ke Centre Point sebab ada games bowling kat sana, malas nak sokong games yang kat tempat panas.... hehehe kalau ke sanba leh shopping² sekali....

28 Jun adalah hari lawatan dimana ada group yang dibawa ke Kundasang, ada setakat area KK sahaja, so memandangkan JKM KL ni nak save budget duit kelab kitorang ambik yg free jer, dimana kitorang akan dibawa ke muzium dan pasar filipina, nasib baik area Kundasang dah pergi so tak adalah eida kisahkan sangat. Petang tu 4.20pm kitorang dibawa ke Hotel Sutera Harbour untuk Dinner malam penutup dan Penyampaian Keputusan semua perlawanan. Ada 18 buah bas yang bawa kitorang semua ke sana dan di escot polis untuk beri laluan kitorang ke sana. Hehehe biasalah JKM KL menang gaya jer... tapi kali ni ada gak lah tiga acara menang, tak ada yang juara tapi nombor 3 belaka, takraw, snooker dan dart.... at least ada nak tunjuk kat Pengarah.... hehehehe

Akhirnya hari yang last tu 29 Jun tak sabar rasanya nak balik, dah lah flight petang, so sampai KLIA dalam pukul 6.45pm. Aku terus cakap ngan abg ambik kat KLIA dan terus balik kampung ambik anak².... kasihan lak dengar citer mak, sampaikan Hasya nak makan tak nak org lain suap nak tunggu Umi, yang Aqil lak mlm jer nangis panggil Umi... bila Aqil nangis Hasya pun sama gak lah sayu jer... aduh hai.... pasal itulah nak terus balik kampung jer...

Ni jer gambar yg ada dlm phone yang lelain tak dalam kamera lum upload lagi...


Ni Masa Majlis Perasmian dan perarakan Kontigen² Negeri

Ini antara officemate yang terlibat

Ini adalah Kontigen dari Kuala Lumpur

Malam Dinner di One Borneo Majlis Perasmian Pembukaan Sukan

Ketembaman Terserlah !!!

28 June 2011

Miss my kid's

Selama ini.... anak-anakku tak pernah ditinggalkan selama ni, tapi kali ni terasa sungguh lah.... aku ada menyertai kejohanan Sukan Tahunan Jabatan, kali ini di adakan di Sabah dari 24 - 29 Jun, so rasanya kali ni paling lama aku berpisah ngan anak-anak. Selalunya aku kalau gi kursus mana-mana pun paling2 lama pun dalam 4 hari 3 mlm jer atau 3 hari 2 mlm tapi kali ni terasa sungguh.

Anak2 tinggal ngan mak aku kat kampung, dorang duk kampung memanglah seronok tapi bila mlm mak aku citer kasihan nya selalu tanya aku bila nak balik, nak call lagi tak leh ckp sebab klu ckp nanti dia nangis ngan aku2 pun sama nangis...

Sabar yer Kakak dan Adik, esok Umi balik terus blk kampung sana..... Tak sabarnya......!!!!!




Aqil Haqimi


Nur Hasya Dini

13 June 2011

Congrate Along!!! Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat

Weekend lepas 4/6/2011 Majlis kawin sepupu kat Sabak Bernam Selangor. Kitorang saudara mara dah pakat nak konvoi ke sana, 3 biji kereta dari kampung akan berkumpul samada kat rumah aku ataupun rumah Makcik aku di sini, lepas tu terus pergi kesana sebab dah booking homestay tuk kitorang tido dan senang nak rilek² tak ganggu kat rumah Pak Dah nanti, kot tidak nanti susah lak, dah lah kitorang ni datang segerombolan.... dah siap tanya samada jauh tak homestay ngan rumah Pak Dah tu, diorang kata dalam 5km aja, so kira oklah kalau camtu. Gerak dari Sri Damansara ke sana ikut jalan Hulu Selangor dah lah tengahari macam tu jln jammed pulak emm dah pukul 2pm perut dah lapar, nasib baik kitorang ada bawa bekalan sikit sorang. Berhenti kat masjid siap makan kat situ jer... dah kelaparan masing² tu.

Lepas tu teruskan perjalanan sampai terus kat homestay yang telah di booking. Emm sampai jer tengok rumah tu dari luar nampak kecik bila masuk kira ok gak lah ada 3 bilik, ruang tamu dan ruang tempat makan kira besar jugaklah. kalau nak tido dlm bilik confirm memang tak cukup lah jawabnya. Tapi kitorang dah diingatkan bawa toto, cuma aku jer lupa nak bawa, nasib baik kat rumah tu dah siap toto, hehehe aku bookinglah jawabnya.

Dah hilang penat dan mandi² baru kitorang gi rumah Pak Dah, Along akad nikah malam ni lepas isya' ngan OIrang Tasik Chini Pahang. Sesampai sana rilek jer lah. Lama gak menunggu sampai ke malam tu. Anak² aku dah lapar siap minta nasi. Belum masa makan lagi aku selamba jer masuk dapur ambik kan dulu. Dorang dah makan senang hati sikit. Malam lepas majlis akad nikah selesai sudah barulah makan nasi, lambat sungguh, lain tempat lainlah caranya.

Esoknya pulak, kitorang malas nak pergi awal² sebab nanti susah nak lepak² so duk kat homestay tu, dlm tengahari baru keluar sampai sana sedang elok jer lepas makan pengangtin bersanding.... lepas tu acara tangkap² gambar. Rombongan kitorang pun siap² nak balik jugaklah. Petang tu dah kemas² barang dalam pukul 5pm baru gerak balik ke KL....

Sempat lagi kitorang singgah makan mentarang yang banyak sangat jual kat tepi² jln tu, lepas tu singgah kat sawah padi, sibuk lak abang nak posing kat tengah sawah padi tu dan pusing sekali bukit melawati. Lepas tu terus balik, makan malam kitorang kat Kedai Makan Family tomyam di Sri Damansara.... 6 meja makan sambung² untuk konvoi kitorang ni rupanya.... baru sedar ramainya kitorang ni... hehehe


Mak ngan Along....

Me and Along

Hasya posing kat pelamin

Aqil pun sama gak nak posing gak !!

Hasya ngan Mak Long Fatin

Rombongan kitorang nak balik dah

Masa malam akad nikah... hasya dan aqil dah rasmikan pelamin pengantin

Lepak kat homestay

Rilek² di homestay

12 May 2011

Course @Tiara Beach Resort Port Dickson

Rasanya tahun ni dah banyak kursus yang aku hadir. Kalau ikutkan wajib 7 hari jer, tapi akunya kursus so far sampai ke bulan ni dah terlebih2... emm tak kisahlah. Kalau ada lepas ni bagi kat orang lain ajalah jawabnya.

Kursus bermula 10-12 Mei 2011, tinggal lagilah anak2 ngan ayah dia. Emm tak apa, Insyaalah next month lagi lama kenatinggal (seminggu) tapi yg itu bukan kursus. Itu program Jabatan.... tunggu jer lah

Tiara Beach Resort ni boleh tahan gak lah, kalau bawa anak2 confirm suka sebab water park dia memang besar..... dan semua kemudahan lengkap. So bolehlah lepas ni kalau weekend boring2 tu leh datang ke sini.

Kursus kali ni adalah Transfer Of Technology untuk Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (e-Bantuan). Actually sistem ni dah lama dibangunkan tapi penggunaan masih kurang di peringkat daerah, Nasib baik kat JKM KL dah menggunakan sepenuhnya. Itupun jenuh gak aku minta user gunakan. Kalau sebelum ni ada peralatan kurang dah di tambah dan sekarang ni lagi byk kemudahan yang diberi kepada pengguna sistem iaitu laptop dan broadband (Setiap sorang dibekalkan)......... emmm kalau still tak guna gak tak tahulah, tarik semula kemudahan yang diberikan.... ditambah ngan kursus ni harapnya semua user tiada alasan utk tidak menggunakan sistem ni di harapkannya......

Bersama ofismate....


sempat lagi pergi fish spa.... best gak geli2 kaki di buatnya...

Antara group dari JKM WPKL semasa discussion tugasan yg diberikan

View bagi swimming pool - memang besar sungguh


Water Park untuk kanak2

11 May 2011

Cuti2 diCameron = Mothers Day!!!

Sempena hari Ibu ni kebetulan kitorang pergi cuti-cuti di Cameron Highland, booking Apartment di Rumah Persekutuan tu, dah ada dua bilik. Sorang member abang nak ikut sama, dia ni luar negara sana semua dah sampai, tapi Cameron tu tak pernah sampai. Sabar ajalah, ingatkan dia nak pergi sendiri tapi tumpang keter kitorang gak nak ke sana... hehehe nak kata apa tak kan nak kata tak boleh lak kot, so iyerkan ajalah.... (nasib baik bedua husband and wife jer) kalau ramai tak selesa lak nanti.

7 hb gerak sana dalam pukul 11am gak dari KL sampai sana dalam pukul 2.00pm. Lepas dah check in perut lak dah lapar terus keluar gi ke Pekan Tanah Rata utk makan kat sana, dengan cuaca tak adalah berapa sejuk sangat kitorang order makan sup yg byknya, sup sayur, sup tulang, dan beberapa makanan lain. Anak2 aku pun punyalah berselera makan may be lapar dengan cuaca yang sejuk2 macam tu. Harga makanan pun boleh tahan gak harganya tapi memang puas hati sungguhlah. Dah makan terus gi jalan2 kitorang nak gi Ladang Teh Boh Palas tu, emm dah jalan berliku2 tu, dekat nak sampai tutup lak, dorang bagi naik paling lewat pukul 4.30pm, kitorang sampai sana dlm 4.45pm emmmm...... patah baliklah, lepas tu terus jalan ke lain, singgah kat pasar malam. Bawa anak2 tak leh nak membeli langsung, lastnya aku suruh abg jaga dorang. Kawan abg dan wife dia dah jalan2 dah. Bila abg jaga dorang dapatlah aku membeli bantal, payung dan barang hiasan rambut utk hasya. Semuanya ada strawberry... memang cantiklah.... rambang mata dibuatnya. Lepas tu kitorang balik rehat kat apartment

Malam tu, lepas magrib kitorang keluar makan, kawan abg tu berlagak, mana ada bawa sweater or jacket, katanya "apa sangat sejuk malaysia ni" emmm baru dia tahu kalau keluar malam, ngan baju lengan pendek dia tu. Dia pun tak tahan. Kitorang makan kat restoren yang dekat tu aja. Lepas tu keluar jalan2 ke pasar malam lak, emm dah nak tutup dah pun. Eida memang tak ada nak beli apapun, hasya aja pantang nampak gula2 sibuk dia nak. Emm puaslah hasya makan gula² jawabnya bermacam color semua nya berasaskan strawberry.

Esoknya bangun pagi terus siap² keluar terus check out, breakfast pagi kat Ladang Teh Boh Palas, emm ramai dah orang rupanya. Hajat nak minum petang semalam tak kesampaian so tukar ke pagi ni pulak, lama gak kat sana sampai pukul 12pm dah siap membeli belah bermacam jenis teh yang dijual. Tengahari tu pulak turun singgah semula kat Pasar Tani, kawan abang nak membeli sayur-sayuran dan bunga² kat situ. Lepas tu ngan aku pun sama jugaklah. Perut dah lapar lak makan tengahari kat Brinchang, lepas makan singgah strawberry farm makan lak buah strawberry yang fresh baru petik tu ngan krim coklat, yummie..... kemudian dah habis pusing on the way balik tu singgah minum teh tarik kat Bharat Teh Farm, emm makan lagi.... aku tengok anak² aku ok jer... tak reti penat langsung. Lastnya kitorang pun balik terus ke KL.... Alhamdulillah selamat sampai....

Kat Bawah ni layan gambar² di sana....


Lepak² kat Ladang Teh Bharat

Umi dan Hasya...

Aqil @Strawberry farm

Hasya makan strawberry

Strawberry Creme Chocolate

Kakak Hasya dan Aqil

06 May 2011

Our 7's Anniversary....

Kali ni anniversary yang ke 7 kitorang tak ada celebration pun pada 30 April 2011.... memandangkan abang dah ada program dia game futsal di kampung dia.... tak kisah sangat sebab kitorang dah plan nak pergi jalan² ke Cameron pada 7 - 8 Mei ni, kiranya kitorang postpone ajalah....

Jalan² pun yang lebihnya untuk anak² ajalah sebab kalau cuti weekend jer sibuk ajak gi jalan... aduh hai anakku itu.... sabar ajalah.... (sapa suruh ajar jalan) kan dah tak leh nak kata apa dah !!!

tunggu citer ke Cameran Highlan lak ( emm sedapnya makan strawberry ngan cream nya tu !!!)....

05 May 2011

Preschool Learning Program ~ Untuk Anak²

Last Week minggu last Pesta Buku di PWTC.... memandangkan Hari Jumaat rehat panjang tak ada plan nak kemana, aku ngan adik aku kebetulan ada mengikut ke ofis hari tu sama ngan ofismate pergilah ke sana, nak jln kaki boleh tahan gak..... so kitorang pun naik cab.... sampai sana terus masuk... emm ramainya orang.... second counter product untuk kanak.
Aku pun singgah ler, macam biasalah diorang promote dan attract kita utk beli.... dan kebetulannya memang aku tengah cari cd utk anak aku belajar.... harap dorang leh cepat membaca.... aku tahu salah satu caranya adalah belajar secara phonic... aku dah beli satu set untuk english punya tapi masalahnya tak berapa menarik sangat dan anak aku tak berapa minat nak nengoknya. Yang aku beli tu online so tak adalah nengok camana sebenarnya....

Tapi bila aku tengok yang ni dan aku test satu persatu.... nampak menarik sebab dia lebih banyak kepada lagu².... kalau anak² aku tengok rasanya sukalah dia kot.... emm dah bila promoter nampak kita berminat apa lagi dia pun cucuk jarumlah..... suruh beli satu set lengkap utk sampai masuk darjah satu.... emm Total semua RM850

Aku tak bagi kata putus lagi ni, rasa dalam hati dah berminat nak ambik jer di tambah lak ngan tambahan percuma untuk beljar Bahasa Arab dan beberapa buku lain yang menarik termasuk kamus bergambar termasuk cd sekalilah.

Contact abg nak tanya pendapat tapi tak dapat.... lupa lak hari ni kan jumaat confirm dah gi solat jumaat.... lastnya dengan nekad dan ambik keputusan sendiri untuk anak² jugak, aku ckp kat Kakak Promoter tu confirm aku ambik, dia ckp leh byr ansur² atau byr guna credit card, tapi aku tak nak, aku kata aku akan byr cash.... aku tanya gak berat ker nak bawa nanti, dia kata tak adalah boleh bawa satu kotak sorang (maknanya dua kotak adik aku bawa satu) emm aku pun tinggalkan sekejap gi withdraw money.... mak aiii ramainya org aku jln kaki gi the Mall sama gak ramainya tapi aku queue kat Public Bank tak ramai sangat kat situ.

Dah keluar duit nak bayar, mak aii terperanjat lak nengok besar giler kotaknya camana nak bawa balik, aku kata kat Kakak tu tinggal kat sini dulu, balik ofis nanti aku bawa kereta ke sini ambik kotak tu....

Lepas tu jalan² masuk karangkraf, biasalah adik aku tu pencinta novel... dah offer kat dia, ambik citer yg baru jer, discount sikit, tapi tak kisahlah ambiklah pun. Lastnya dia ambik 2 novel dan aku ambik 2 majalah.... dah bayar jalan lagi, tapi dah malas sangat nak tengok beriyer sakan karang ada lagi yg aku berkenan.... ni pun dah kira² dekat RM1K gak habis ni......



Kakak Hasya dan Aqil tak sabar suruh buka.... hehehe nanti yer sayang!!!



Ni lah kotaknya..... ingatkan kecik rupanya besar ....


Antara Kandungan dalam Kotak tersebut

Ni antara carta² ada dlm 20 keping kot!!! ntah ler tak kira

CD belajar Bahasa Arab... free jer sebab beli satu set

Ni pun dpt free jugak...

Ada Taman Muzik dan Musical playground (CD dan Buku)

Yang ni untuk umur dah besar sikit

Ini yang aku nak cari sebenar²nya...

Semua ni ada 10 buku dan 10 cd untuk semua yang anak² leh belajar