Weekend baru2 ni adik ipar aku datang ke rumah, actually dia tinggal kat Tanjung Malim, kalau nak datang sini pun bukan lah jauh sangat, pagi sabtu tu dia call kata nak datang sebab semua orang kat area rumah dia tak ada, tinggal kereta dia aja. So aku kata datang ajalah lagipun kitorang memang tak ada plan nak kemana-mana pun.
Emm dah orang nak datang rumah kelam kelibut sikitlah nak mengemas rumah sebab tahu2 ajalah rumah ni agak bersepah sikit, aku lak pantang kalau rumah bersepah orang lak nak datang. mesti nak bersihkan jugak, tapi abg emm tak kisah sangat tambahan lak setakat adik dia aja.... dah penat mengemas, nak gak masak sebab tak kan baru sampai tenaghari nak ajak makan kat luar lak, emm abg dah gi beli bahan nak masak yg simple jer lah dan senang nasi ayam.... dah penat mengemas prepared nak masak lak, emm belum masak lagi diorang dah dekat nak sampai,
dekat pukul 1pm gak diorang sampai tapi aku tak masak lagi ni, hidang ajalah air dulu. nasib baik tinggal nak goreng ayam dan hidang sikit2 jer lagi. Kasihan zaki dah lapar sebab dah pukul 1 lebih dah, emm barulah siap masak dan hidang. Lepas makan memasing dah kekenyang tido jer memasing tu, tp yg tak tido anak2 lah sebab dah ada kawan2, susah betul nak suruh tido. Akhirnya hasya tido gak sekejap. Tp Aqil langsung tak tido. Bila bangun tido kitorang keluar bawa diorang jalan dekat2 ni aja. Tanya diorang pernah pergi The Curve tak? Tak lagi, so bawa ajalah ke sana.
Nak senang parking masuk kat tesco jer sebab kitorang leh parking kat tempat baby. Confirm senang dpt parking. BAwa diorang masuk the curve, kelakar hasya, siap bawa Farish tu (sepupu) duk kat lepak kat tempat orang yg selalu nyanyi tu. Tp kebetulan diorang tak menyanyi lak, so terus jalan2.... kasihan farish sebab tak pernah masuk shopping yg besar2 macam tu semua dia takut, naik escalator ker atau naik lift nangis. Lepas tu siap bawa jalan sampai Ekano dan Ikea sekali, hajat hati nak gak belek kot ada berkenan nak membeli, tp sebab masing2 bawa anak2 yg tengah lasak, emmm nengok jer lah. Nak membeli tak leh bawa diorang ni, tak best nak shopping2 ni.
Dah penat jalan rilek jap lepas tu kitorang berhenti makan dulu. Lepas makan dah kenyang balik rumah, Anjo pun dah nak balik gak, ingatkan diorang nak tido sini...... ni ada lah gambar2 masa kitorang jalan2 tu... siap tangkap gambar ngan burung lagi, kebetulan kat Ikano, diorang buat pameran burung, adalah sikit2 burungnya.....
Inilah kisah hidupku!!! Ikutilah kisah hidupku sebagai seorang Ibu dan Isteri kepada keluargaku yang tercinta. Semua akan kupaparkan di blog ini. SEKIAN!!!
11 June 2010
01 June 2010
Balik Kampung
28 - 30 Mei cuti balik kampung, emm sabar ajalah, balik Kampung aku dulu sebab adik aku ada so kena hantar dia balik dulu, hari khamis lepas ofis balik siap² terus balik ke kampung, emm nasib baik kampung aku tak jauh so tido semalam kat sana....
hari jumaat tu pulak, lepas breakfast balik lak ke kampung abg, emm keja mengangkut kain baju ajalah kitorang. Balik sana tido semalam jugak. Emm kebetulan lak along dan anjo pun ada balik sama so meriah gak lah.... malam tu siap buat bbq lagi.... hehehe biasalah kalau dah ramai² tu...
Sabtu petang lak, balik ke Johol rumah uwan lak, sebab dah lama gak tak jenguk uwan tu, camana nak balik selalu, dah 3 buah rumah kampung nak balik serentak memang tak bolehlah jawabnya. Dah lewat gak sampai, emm tapi tak kisahlah janji balik jenguk diorang ni. Fuhh !!! puas hati boleh balik semua sekali utk cuti 3 hari ni, walaupun kitorang tahu diorang semua tak puas. Tapi apa yang penting kitorang semua puas hati.... pagi ahad tu dalam pukul 11 abg ajak gi rumah kawan dia, (kawan sekolah dari sekolah rendah) dia buat kenduri akikah anak dia. Dah kebetulan ramai lak yg balik kampung diorang semua pakat² gi kenduri tu.... punyalah lama tak jumpa masing² tu.... dah besar anak masing² .... jadi macam ala² reunion lak bagi geng² abag tu.... dah hari macam nak hujan kitorang pun baliklah.... kitorang lak terus balik KL sebab esok dah nak keja lak.....

Cuti² Shopping....
Hehehe part shopping² ni memang aku suka, dah kebetulan adik aku Mira ada kat rumah, aku pun apply cuti nak shooping ngan dia. Target memang nak cari baju raya.... fuh cepat giler, pose pun tak ganti lagi... huhuhu, tapi peduli apa, sebab tak nak jadi macam tahun lepas lewat hantar baju (even tempah kat kakak ipar) dia tak sempat nak siapkan semua baju aku tu.... so this year kena ingat awal² lah.... dah jakel promosi sakan ada sale, so tempat tujuan utama cari kain pun kat situ jer lah.... nasib baik cuti hari org keja tak adalah sesak sangat nak mencari kain, aduh hai banyak giler sampai rambang mata dibuatnya... sebelum gi shopping dah tanya abg dah nak tema apa raya tahun ni, dia pilih samada cream atau peach color, emm survey lah kain baju melayu dulu... emm color yg dia nak tak ada, tapi ada lah satu kain tu cantik dan color ala² peach tapi pekat lagilah, sales girl tu ada sebut colornya tapi aku dah lupa lah, emm menarik dan sesuai aja kalau abg dan aqil pakai macam tu. Emm terus beli 6 1/2 meter sebab abg punya 5 meter dan aqil 1 1/2 meter.... harga offer RM15 semeter kalau asalnya aku tengok RM50 semeter... aduh kalau harga asal tak nak aku beli mahal giler tu baru kain jer belum upah lagi...
Dah dapat baju abg dana qil cari baju aku dan hasya pulak dah.... akhirnya dapat gak.... emm kain yg cantik bukan yg ada offer tu, yg kat dinding tu RM98 sepasang... emm dah itu yg berkenan belilah utk aku dan hasya 6 meter.... emm dah dapat yang tema, lepas tu aku tambah lah lagi 2 pasang tapi harga yg offer tu ajalah, dah alang² tu aku belikan kain utk mak dan adik aku sekali 2 pasang seorang. Fuh !! selesai misi beli kain utntuk raya..... lepas ni misi aku nak ganti pose lak.... tak lama lagi dah nak pose, suka last minute baru nak ganti.... hehehe biasalah tu. Kalau tiba masa rajin nya awal² aku dah ganti dah lah.....
emm kain tu pun dah selamat di tempah, abang pun dah hantar tempah baju melayu dia kat kedai di kampung.... tempat biasa dia tempah dari zaman sekolah sampai lah sekarang ni....

Subscribe to:
Posts (Atom)