30 June 2009

Kenduri Akikhah dan Cukur Jambul Aqil Haqimi 28 Jun 2009


Hari ni adalah kenduri akikhah dan cukur jambul Aqil Haqimi.... pepagi lagi ayah dah bising suruh bangun cepat!! emm nak tak nak bangun ajalah.... terus mandi siap² nanti ramai orang susah lak. Bila eida dah mandi senang nanti uruskan anak aja. Anak dah berdua ni kena cekap sikit buat kerja, kalau tidak nanti... emm sendiri mahu ingatlah...
emm pagi ni dalam pukul 10pagi acara berandoi utk Aqil, masuk dalam buaian tu.... seronok aja dia tido... nasib baiklah kalau tidak sure nangis dan marah. Lepas tu eida ayunkan aja. Hasya lak ramai yang melayan dia tak adalah dia kesahkan sangat pada eida. Kasihan anakku itu, tapi nak buat camana... sayang anakku itu. Lepas dah berandoi, masa berzanji bawa Aqil untuk cukur jambul, emm habis kepala basah dek air tepung tu!!! cian anakku dah selesai kat atas bawa lak ke bawah... punyalah dia marah sebab rimas agaknya. Dah selesai bawa Aqil masuk dan netekkan dia, lepas tu buka seluar jeans dan kasut dia sebab kepanasan. Tadi aku pakaikan sebab nak nampak handsome anakku itu....
Petang dah selesai kenduri barulah lega rasanya. banyak gak habis duit buat kenduri macam tu makan gak RM 2 - 3 Ribu. Tapi memang dah lega betul sebab kedua² anak dah buat dah pun.
Dah kepenatan Aqil tido ajalah jawabnya. Nanti aku masukkan gambar masa majlis tersebut.... orait

24 June 2009

Kembali Bekerja

Tanggal 22 Jun hari pertama memulakan kerja setelah bercuti 2 bulan!!! emm malasnya dah lah semalam baru balik dari kampung sebab kenduri rumah atuk. Hari ni dah lah hari first aku bekerja... nak buat camana kalau tidak disebabkan ada kenduri memang tak baliklah jawabnya... sampai ofis macam biasalah... tiada ada yang menarik, suasana macam biasa dan tidak ada benda yang havoc.... cuma suasana ofis sunyi sepi sebab ramai yang outstation.... nasib tak baik pagi ni ada meeting pasal aset.... confirm aku kena masuk sebab aset komputer aku yang jaga.... bersabar ajalah... naknya kalau TKP yang chair the meeting. Oh !! ramai yang tegur badan kurus semula lepas bersalin... mahu tak nya semua ku jaga sebab tak mahu badan jadi gemuk lak nanti..... hari ni berlalu dengan keadaan ku yang teramat kepenatan.... terima ajalah!!!

23 June 2009

Berpantang.... Waduh!!!


emm sepanjang berpantang, mak aku yang jaga dikampung.... memang seronok semua di sediakan tapi bab makan aja yang aku tak suka.... sebab semua tak leh!!! nak buat camana ikut ajalah. Dah lah aku c-sec lagilah!!! kena makan lauk ikan haruan sebab nak bagi luka cepat baik.... nasib baik tak kena minum air urat kayu yang pahit giler tu.... aku makan produk Salindah so far ok dan serasi... masa anak pertama pun aku makan itu jugak, boleh slim macam asal... emm tapi bila dah hari ke 42 balik semula ke rumah di Sri Damansara. bila sampai rumah terus tangkap gambar Aqil Haqimi tido dalam buaian. Ni lah dia!!! Dah tembam dah.... macam sama dengan kakak dia masa umur macam tu.

Second baby @ DDMC



Emm lama tak update blog ku ini.... tapi nak buat camana dah namanya cuti bersalin.... so baru hari ni berkesempatan.... pada 20 hb April 2009 lahirlah second baby yang diberi nama Aqil Haqimi. Emm c-sec lagi sebab tak boleh bersalin normal, maknanya aku memang tak merasalah sakit bersalin normal.... habis tu nak buat camana. Sakitnya c-sec bila ubat bius dah habis.... masa tu sendiri mau ingatlah, dua hari confirm tak leh bangun.... tapi nasib baik aku bersalin kat swasta Damansara Damai Specialist selesa sebab bilik sorang aja. Hubby pun leh teman dalam operation room.... Alhamdulillah selamat semua nya..... ni lah dia gambar baby ni pun dapat ambik pada hari ke-5 bila keluar hospital....