Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

lawak Avengers vs lawak filem melayu

5 comment(s)


gua rasa lawak superhiro Avengers nih lagi lawak dari lawak2 filem filem melayu kita

nak buat lawak satu badan kena gerak, entah apa2 tah



gi rr tgk sementara masih ada tayangan

best! 9 star dari 10 star


Saturday, April 7, 2012

mirror mirror & i believe ( in luv )

1 comment(s)


tiada yg menarik untuk diperkatakan

okla,hepy ending rite, fairy tale katakan


tp apa yg unik gua nak share ngn lu suma

video kat atas tu


Ost menarik dari movie nih

chumil giler

bollywood sgt




*gua percaya pada cinta  k! dun wurry  :P

Friday, January 13, 2012

filem kita wajah kita

2 comment(s)

follow atau tiru

i think market Malaysia still ikut trend lagi, i mean mana2 genre drama atau filem yg berjaya yg tu ramai pengarah atau produksi bikin

ini kerana suma mau jln selamat, lgpn market kita kecik dan nk bawak ke luar tu susah

untung rugi menakutkan

maka semua dikomersialkan shj

yg sekarang nih bule idup cuma genre romantik komedi, seram dan yg baru mula nak naik yg leleh leleh tu ( drama sedih )

plus dah mula nmpak ramai yg nak bikin adaptasi2 dari novel cinta & so whatever

bagus rr ada pembaharuan, antara yg berjaya spt Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu, tgk rr nnti genre nih akan meletup2, selepas genre seram yg sikit sikit genre tu aje dibikin

walau gua InsyaAllah tak layan genre sebegitu, melainkan dibagi tiket free ( muahahaha, aku sgt karet )

Apapun owg2 kita telah berusaha sebaik mungkin walau masih ketinggalan, bangga ngn usaha mereka

skrg nih aku nk sgt cerita2 spt sains fiksyen ( dr buku ), diadapatasi plak, ala2 XXRay tu ( walau bukan buku ), superb la utk zaman tu

walau ada cicak man, tp tak mau rr CGI hanya setakat itu

buat biarlah detail & logik


* tp gua dah mula bangga ngn team KRU sbb dah mula berani arah filem luar/barat/internasional, mau tgk sgt kesuccessan anak2 Melayu

* ini cuma pendapat ok!



Tuesday, June 14, 2011

Super lapan

4 comment(s)


Motip gambar tiket wyg very the romantik...ha..ha..saje je, after edit td...


Btw baru je pah tgk wyg...cerita spt yg tertera kat gambar tu. Superb and best!!! kata kau...pueh hati, yela...penerbit stephen spilberg kanzz...


Warga seni perfileman Malaysia patut contohi diaowg wat filem...mmg rr aku tau CGI tak bole sehebat mereka but cara penyampaian mereka menerusi filem ini patut dicontohi.


Iaitu dari elemen pengenalan watak tu...alien tu dr awal agi muncul but yg bestnya muncul sekejab2 and sekali sekala...camera pun tak fokus terus kat alien tu ...so segala kelemahan CGI makhluk alien xleh nampak...


Ini tak mcm cerita melayu...kalau tang hantu tu, satu bdn bole nengok...tepung gomok kat muka pun bole nampak agi. So tak surprisela hantunya and hilangkan feel takut penonton.


Alien nih selalu disembunyikan pengarah...cuma kdg2 nmpak kesan kemunculannya di sekeliling, barula penonton ada feel nak stay lama utk nak tahu rupa alien tu tul tak..


Berkenaan jalan cerita...superb...mereka olah ngn baik aje...pelakon bdk2 pun tak kaku, penuh dramatik, dari awal smpai akhir byk scene bebudak nih yg menampakkan mereka pun hebat menerajui jalan cerita.


Korang gi rr tgk sendiri...cerita yg berkisar akan alien yg cuba menyelamatkan diri, cari solution nak pulang ke dunia dia.Bebudak nih plak cuba nak wat filem sendiri, cerita zombi yg menyebabkan mereka pun terlibat sekali ngn alien nih...


Tak lupa juga elemen sedih pasal kekeluargaan juga ditonjolkan...pendek kata drama ada, alien ada, adventure pun ada. 3 dalam satu la kata ko. Bestttttt!!!




*Upanya super 8 tu adalah berkenaan 8 owg bdk...pening pikir apa kaitan tajuk nih ngn alien?


Thursday, April 28, 2011

10 filem terlaris di dunia

1 comment(s)

1. AVATAR (2009).

Film yang juga menandai kembalinya James Cameron ke layar perak setelah lama disibukkan dengan projek dokumentari ini mampu mengumpulkan sebanyak US$1,85 billion dalam waktu sekitar satu bulan sahaja padahal kos pembuatan film ini hanya sekitar US$237 juta.Sebuah pencapaian yang luar biasa mengingat kisah film ini sebenarnya cukup sederhana, namun James mampu membuat film dengan visual yang sangat memukau.


2. TITANIC (1997)












Membuat replika tenggelamnya kapal Titanic memang tidak mudah, apalagi jika harus melakukannya di tahun 1997.Tapi James Cameron dengan visinya mampu menyajikan film yang sangat realistik.Untuk prestasi yang mengagumkan ini,film dengan kos pembuatan US$200 juta mampu mencapai angka penjualan sehingga US$1,83 billion.Film yang memenangi 11 piala Oscar ini akhirnya harus rela disingkirkan oleh AVATAR di awal tahun 2010.


3. THE LORD OF THE RINGS: THE RETURN OF THE KING (2003)





Bagian ketiga dari trilogi THE LORD OF THE RINGS yang dibuat tahun 2003 ini berhasil menyusuli dua film karya James Cameron dengan angka US$1,13 billion dengan kos pembuatan film ini hanya sekitar US$96 juta.Film epik fantasi yang disutradarai oleh Peter Jackson dari novel sastra karya J.R.R. Tolkien ini memang terkenal.Trilogi petualangan Frodo Bagins (Elijah Wood) ini menjadi film yang sangat berjaya dibanding dua film terdahulu, dan memenangi 11 piala Oscar dan menjadi satu-satunya film fantasi dalam sejarah yang meraih penghargaan ini.Film yang memperkenalkan bahasa Sindarin (bahasa pari-pari) ini juga menjadi saingan berat TITANIC dan BEN-HUR yang sebelumnya juga meraih film dengan Academy Awards terbanyak.


4. PIRATES OF THE CARIBBEAN: DEAD MAN'S CHEST (2006).


Walaupun banyak yang menilai film ini tidak sebagus bahagian pertama tapi kenyataannya film karya Gore Verbinski ini masih mampu menduduki di tangga ke empat senarai film paling laris sepanjang zaman. Dengan kos pembuatan sekitar US$225 juta, Verbinski mampu mengaut untung sehingga US$1,1 billion.Mungkin jadi lakonan Jhonny Depp sebagai Kapten, Jack Sparrow, ketika berhadapan dengan Davy Jones (Bill Nighy),Kapten berkepala sotong kurita dan berawak kapal zombie 'The Flying Dutchman', cukup menarik minat movie-goers, meskipun film ini dilarang tayang di China kerana adegan suku kanibal.


5. THE DARK KNIGHT (2008).







Reboot film Batman dalam visi Christopher Nolan memang terbukti berjaya. Meskipun BATMAN BEGINS gagal masuk dalam senarai film terlaris, namun Batman berpihak pada kejayaan THE DARK KNIGHT.Masih disutradarai oleh Christopher Nolan, film dengan kos pembuatan sebanyak US$185 juta mampu menghasilkan duit tidak kurang dari US$1 billion dan membuatnya masuk di kedudukan kelima senarai film paling laris sampai saat ini. Saat film ini dilancarkan pelbagai kabar angin mengatakan jika karakter The Joker yang dilakonkan mendiang Heath Ledger memiliki impak besar untuk kejayaan film yang digarap tiga studio besar ini. Bahkan 'transformasi' Ledger sebagai Joker terpilih sebagai 100 Greatest Movie Characters of All Time versi Empire 2008.


6. HARRY POTTER AND THE SORCERER'S STONE (2001).




Populariti novel karya JK Rowling mau tak mau ikut juga dalam pencapaian yang diraih film berdurasi 152 minit ini walaupun kerja keras Chris Columbus sebagai sutradara juga tidak kalah pentingnya. Dengan kos pembuatan film hanya US$125 juta,film yang mengangkat nama Daniel Radcliffe dan Emma Watson ini sanggup meraih untung sebanyak US$968 juta dari penjualan tiket di seluruh dunia.


7. PIRATES OF THE CARIBBEAN: AT WORLD'S END (2007).




Lagi-lagi lanun laut dari perairan caribbean ini berhasil masuk ke dalam senarai 10 film paling laris meskipun masih berada di bawah film keduanya.Dengan formula baru dengan membawa bintang Asia, Chow Yun Fat, sebagai pemainnya, film dengan kos produksi US$300 juta ini masih mampu mengumpulkan wang sebanyak US$958 juta,atau untung tiga kali lipat dari kos produksi. Sekali lagi, film yang gagal meraih piala Oscar ini juga mengalami tapisan ketat di China gara-gara lakonan Sao Feng (lanun Laut China Selatan yang dilakonkan Chow Yun Fat) yang dinilai terlalu memburukkan orang China.


8. HARRY POTTER AND THE ORDER OF THE PHOENIX (2007).




Tahun 2007 dahulu bagian kelima dari 'franchise' Harry Potter kembali dilancarkan dan hasilnya cukup memuaskan.David Yates yang dipercayakan menggarap film adaptasi novel karya JK Rowling ini masih sanggup meraih predikat film yang ditunggu-tunggu penggemar novel sihir.Bagaimana tidak, film ini masih sanggup mencapai angka penjualan sebanyak US$937 juta,padahal kos produksinya hanya sebanyak US$150 juta.Kehebatan film untuk penggila ilmu sihir Hogwarts ini memang tidak boleh diremehkan, bahkan sebelum film siri ORDER OF THE PHOENIX ini rasmi dilancarkan, ribuan peminat kipas susah mati Harry rela menonton film HAPPY FEET (2006), hanya demi melihat ekstra trailer ini.


9. HARRY POTTER AND THE HALF-BLOOD PRINCE (2009).



Dianggap film paling suram sepanjang sejarah franchise Harry Potter ternyata tidak terlalu banyak memberi impak pada penjualan tiket film keenam ini. HARRY POTTER AND THE HALF-BLOOD PRINCE tercatat masih boleh mengumpulkan wang sebanyak US$934 juta dengan kos produksi sebanyak US$250 juta.Dan di film ini, pertama kalinya tidak ada adegan Harry Potter mengikuti kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Sebuah langkah ekstrim dari David Yates, untuk membuang beberapa bagian penting yang ada di kisah asalnya.


10. STAR WARS: EPISODE I - THE PHANTOM MENACE (1999).




Kehebatan kisah yang diasakan oleh George Lucas memang tidak akan pernah luntur. Buktinya film yang diproduksi pada tahun 1999 ini masih mampu masuk sepuluh besar film yang berhasil meraih angka penjualan tertinggi sepanjang zaman. Kabarnya George Lucas memerlukan kos sebanyak US$115 juta untuk memproduksi film yang ternyata kejayaannya mampu meraih keuntungan besar.Hasil akhir yang dicapai film ini tidak kurang dari US$922 juta atau boleh dikira untung lapan kali lipat ganda dari kos produksi.





Monday, April 25, 2011

Menjerit 4

2 comment(s)




Salam,

Hari nih cuti lagi, buang duit lagi,buang masa lagi aku. Pe lagi tgk wayang lol...cerita pe?


SCREAM 4


Best!!!

Enjoyz gak, ala-ala macam tgk cerita-cerita seram bunuh owg pute masa time-time remaja dulu, i mean 90an dulu. Macam biasa pembunuhan mmg cruel giler smpai terpaksa di cut cut lembaga penapisan kat sini.

Suspen tu menjadi, sesekali aku terkezut dek kelibat yg tak dijangka. Well, perasaan nih yg aku mungkin tak jangka atau takde pada mana-mana cerita seram Melayu kiter.

Actually aku tak nengok pun sequel SCREAM nih dari 1-3, but macam paham sbb aku penah nengok SCARY Movie yg lawak tu. Walau watak kali ni serius tetapi sesekali aku terimbau masa layan Scary Movie, ha..ha...ingat macam scene buat-buat plak.

Dari awal akhir sampai abih cerita kita mmg susah nak agak sape pembunuh, hingga last sekali ko tak sangka watak tu upenyer. Btw pengarah tu mmg pandai main watak hingga sesekali aku tersalah teka siapa pembunuh. Cerita Melayu mampu ke wat macam nih?!

Korang gi la tgk kat panggung, kang aku cerita detail tak surprise lak.

BTW cerita nih mcm come back utk Sidney(watak utama) ke town dia, bila dia pulang aje siries pembunuhan dulu-dulu tu berulang balik, mostly watak-watak yg ditonjol mati. Tragis ok mereka mati. Tikam belakang depan suma ada!

Macam biasa team Gale ngn suami dia serta Sidney sendiri cuba ungkaikan pembunuhan, tp susah, watak pembunuh tetap ada.

Actually motif utama kenapa berlaku pembunuhan adalah sbb jelez dan nak femes je. Korang gi ekk tgk, nih aku cerita nih dah buat macam kurang ummph korang plak nak ke panggung.

Saturday, March 26, 2011

Filem Hindustan + Bollywood

3 comment(s)

Tadi masa tengah makan tengahari tetiba tertengok iklan cerita Hindustan untuk tatapan kul 2pm hari nih, biasala panggung Sabtu punyer cerita rr. Segmen yg tak penah miss kat TV3. Dulu rating cerita nih memang mencanak-canak.

Masa tu Mohabatein (betul ka eja? ), Kabhi Kushi Kabhi Ngam, Kuch Kuch Hota hai, Dil to Pagal Hai dan byk lagi la, yg menjadi pilihan warga Malaysia dan seantero lain la. Team Bollywood nih dulu kadang-kadang menutup material Hollywood jab. Mmg glame gilaks la diaowg, mostly owg demam Bollywood masa tu termasuk aku.

Pelakon-pelakonnya tak yah cakap rr, geng-geng Khan mmg mantap! Shahrukh Khan, Salman Khan dan Amir Khan mmg meletop-letop. Yang pompuan lak sape tak kenal Karisma Kapoor, Juhi Chola, Madhuri Dixit ( betul ka eja? ),Kajol dan a few lagi yg seksi seksi dan lawo-lawo.

Masing-masing ada trademark masing-masing specially aku paling ingat adalah Salman Khan, raja bukak baju tu. Then Shahrukh Khan King of Bollywood. Tup tup lepas tu plak Hrithik Roshan yg popular sbg Rohan masa tu tetiba meletup-letup selepas Ka Hona Pyar Hai.

Ada lagi....!!! Lagu-lagu diaowg, kalau cerita-cerita diaowg nih takde lagu mmg tak sah rr. Mesti ada lagu-lagu nyer yg kemudian pah tu mesti dapat sambutan semua. Siap jadi siulan lagi walau bahasa diaowg nih berbelit nak sebut. Yang penting actor and actress tu miming je, guna suara owg lain.Yang aku tau mereka semua suka guna suara Unit Narayanan dan Alka Yatnik.

Aku paling minat lagu-lagu dari filem Kabhi Kushi Kabhi Ngam, Mohabatein dan Ka Ho Na Pyar Hai. Kalau masa aku kat Kelantan, masih ingat lagi tiap-tiap umah kat Kg tu mesti ada lagu dari Cd Hindustan plus pasang kuat-kuat tanda bangga sape yg bole bukak pasang.

Kalau skrg bukak lagi aku baling je ngn kasut. Sekarang sape minat mesti di chop loser, aku pun tak tau nape.

Sekarang walau Bollywood nih dah agak malap kat sini, tp kenangan kemuncuk dulu tetap segar dalam ingatan. Macam dangdut gak, mereka tetap wujud hingga kini. Yala mana bole lupa tarian seksi para aktress mereka yg nampak pusat tu, yg lelaki plak bukak baju tayang body, then menyanyi plak kat tempat-tempat cantik dan menarik je. Sebab tu la tak semena-mena Shahrukh Khan dapat Datuk kat sini sbb katanya mempromosikan Malaysia.
Macam-macam....




* Owg kata Kuch Kuch Hota Hai lah yg mempopularkan filem-filem Bollywood nih.

Sunday, March 20, 2011

Predator

3 comment(s)


Penah tgk Predator?

Antara muvie yg mencuak kan aku. Tak sangka terlayan kat TV3 kul 12.30am tadi. Cerita dah lama since aku muda-muda dulu. Sekarang cerita nih dah ada sequel segala.

1st time tgk cerita nih mmg cuak, mengigil takut,maklumlah alien macam nih mana penah jumpa agi. Bila part Predator tu wat scanning mmg mengujakan, bunyi agak menakutkan. Sampai skrg tergiang kat telinga. Darah dia pun unik.

Tak yahla..aku perkenalkan detail cerita nih sbb suma dah tau. Tak perlu sinopsis,tak perlu lakon balik, tak perlu tu dan tak perlu nih. Sape yg kata tak tau mmg saje kan?...

Family aku siap ada copy lagi cerita nih, berulang-ulang kali tgk tanpa jemu. Suspen takut cuak tetap d'rasa walau dah berulang kali tgk.

Last sequel hari tu macam tak best plak, siap cerita kat planet lain lagi. Namun predator dah jadi legend kot dengan 1st appearance arnold susah nak eja tu. But sequel nyer yg ke-4 tak silap aku,tajuknya Alien VS Predator tu,predator dh jadi team baik lak.

Pepun nih antara cerita aksi yang aku rasa best gilaks dan cuak bangat setakat nih. Walau 1st Predator nih release kira-kira 20 tahun yg lalu, namun rasa aku aksi-aksinyer tetap owg Melayu skrg takleh challenge agi. Hu..hu..belajar plahan2 kot.

Friday, March 18, 2011

Battle of Los Angeles VS Hikayat Merong Mahawangsa

2 comment(s)


Usah dibandingkan kedua filem nih sbb kita akan tau pemenangnya. Hu..hu..aku bukan mahu mencoret utk perbandingan cuma just nak bagitau dgn menonton 2 cerita nih aku puas.

Bermula dengan Battle Los Angeles jam 3.45pm tadi, satu permulaan mood cerita yg baik. Terisi gak cuti aku ngn tgk wayang walau duit sangat nyawa-nyawa ikan. Namun aku peduli apa asal kepuasan dan ini hadiah utk aku yg kuat berkerja nih ( yo yo oo je ). Hu..hu..

Apa yg bole aku cakap pasal cerita nih? SUPERB!!! memang best, utk sape2 yg belum nengok sila-sila la gi panggung beli dan layan. Sure ko tak rugi. Berbaloi ngn wang yang d'laburkan. Anehnya tiket Battle of Los Angeles lagi murah dari Hikayat Merong Mahawangsa punyer tiket, beza RM 2 ok...walhal Battle of Los Angeles baru je release hari ni.

Cerita perang nih berkisar antara perang alien dan manusia, macam ana manusia nak survive utk hidup dan lawan alien yang cuba utk takluk bumi nih. Fokusnya adalah kat bandar Los Angeles. Sekumpulan askar yang berjiwa kental yang d'tugas selamatkan owg awam kat sebuah balai polis yang tengah bz perang alien nih.

Boleh tahan hebat alien nih...macam-macam dugaan askar nih hadapi sehingga diaowg jumpa markas alien tu dan musnahkan. Yang terkorban tak payah cakapla...letupan sana sini, kadang-kadang takut sgt. Suspen pun ada. CGI memang konpirm rr mantap.

Jalan cerita konkrit yg sarat dengan semangat dan pengajaran. Serius cakap dari awal hingga akhir cerita mmg ko tak bosan. Memang conpirm aku bagi A la... :P



Untuk Hikayat Merong Mahawangsa (tayangn 7.10pm), filem nih mmg bole menang d'Malaysia ok,luar? tak kot...he..he.. unik dan lain dengan CGI yg bole d'banggakan. Pengarahan yg baik dan jalan cerita yg bole tahan.

Lawak pun ada kata ko. Memang lucula watak Ying Ying tu. Aku yang kurang gemar cerita Melayu pun bole jatuh cinta jab ngn cerita arahan KRU nih. Cuma ada a few je perlu d'perbaiki, walau penggunaan bahasa pengantar yang spt byk owg pute nyer bahasa namun okla sebab itu aje cara nak berkomunikasi dengan watak-watak owg cina dan orang Rome.

Aku tengok cerita nih tak pentingkan pun jalan cerita. Aku just dtg tgk (jujur cakap) utk nak cari keunikan filem nih. Ada byk aku jumpa walau sederhana aje, but aku tetap bangga. Panggung pun penuh tadi. Tiket kul 9.30pm pun dah sold out since 3pm tadi k.

Oh ya, sekali sekala terdengar kejanggalan hero ( Stephen Rahman ) bertutur BM tp BI so fluent, plus ada sedikit unsur 18SX, aku tersenyum aje, nak kata kamera sengaja tertangkap atau memang d'rancang. Sape yg dah tgk mesti dia tau part mana kan? :P

CGI bole la...dengan budget RM8 juta apala bole d'buat sgt. Ada gak kantoi sana sini. But scene peperangan menjadi, extra actor pun ok sbb bole bg kerjasama.

Ramai yang dh ulas pasal cerita nih. So korang bole tahu flow dia macam ana. Btw Puteri Cina dengan Price Rome tu mmg cam pinang d'belah 2, sama cantik dan padan. Umi Nazeera pun terserlah bawa watak Embok dengan muka timur nyer yg unik tu. Dan Khir Rahman mmg menjadi bawak watak jahat.

Oh ya...satu lagi nak komen, better buang je scene lawan musuh guna cermin tu, tak logik bangat dan hampeh je. Entah apa-apa, buat cacat cerita je. Overall aku bagi B untuk cerita nih.

Friday, March 11, 2011

Tidak mahu harapan tinggal harapan lagi...

9 comment(s)





Hikayat Merong Mahawangsa...

Antara filem yg aku nantikan. Actually bukan sebab jalan cerita pun sbb aku nak tengok keunikkan dan kelainannya berbanding filem melayu yg lain. Serius aku tak mau CGI macam Cicak Man, hampeh!!! Tgk trailer ke main tp bila aku masuk panggung belum smpai separuh cerita dah rasa nak jerut diri.

Aku was-was nih, yalaa...tgk trailer mak aih ke main...aku penah terkena ngn Hantu Kak Limah, namun bukan sebab trailer tp feedback dari penonton dan member-member. Suma aku dengar positive, but hasilnya aku meroyan sorang2 dalam panggung.

Harapan tinggal harapan.

Mungkin taste aku pelik sikit sbb aku menekankan jalan cerita dan ketidakkakuan pelakon-pelakonnya bukan nak ke arah komersial sgt...sbb tu aku boleh cope ngn cerita owg pute sbb ketelitian mereka buat aku impress. ( Maaf bukan mengecilkan cerita melayu )

Itu pendapat akula, lain owg lain taste dan cara. Namun aku harap yg terbaik dari Hikayat Merong Mahawangsa, sekurangnya celik mata aku sikit, biar cerita Melayu ada peningkatan walau seperti sedia maklum kita sebenarnya 10 tahun ke belakang dari negara barat sana tu.

Tambah-tambah dengan kos filem yg merisaukan dan membataskan penerbit-penerbit cerita Melayu Malaysia nih. Actually aku tau kos banyak main peranan. Namun apapun kalau pengarah dan penerbit tu pandai,teliti dan kreatif, hasilnya mesti baik punyer walau genre nyer biasa-biasa je.

Belajar perlahan-perlahan...

Aku harap aku tak kecewa menonton filem nih, setakat ni aku dah banyak dengar komen positive,harap aku tak kecewa sbb memang aku letak higher expectation.

Thursday, February 24, 2011

I am No. 4

5 comment(s)


Tadi ambik masa beberapa jam gak nak wat card baru. Yala gara-gara aku nyer Mycard tak bole baca plak. So kena gi Wangsa Maju je wat...anehnya kat WM bole plak mycard aku dibaca. Huh! Tak taulaaaa...

Then pahtu dengan semangatnya gi tgk wyg...cerita pe agi? I m no.4 la...walau badan basah sikit sbb kena hujan.

Best wooo cerita! Lama tak tgk cerita mcm nih dan lama gak tak tgk wyg, dah berbulan-bulan gak. Nasib baik cerita ok so terisi cuti aku rini.

I m no.4 berkisar perihal John yg miliki kelebihan yg unik, memula dia sendiri tak sedari kelebihannya sehingga suatu masa dia mula faham bahawa dirinya memiliki superpower penolak dan chargers.

Dia dijaga Guardian,Henri yg melindungi John dari musuh planet asing yang mahu membunuhnya. Mereka sebenarnya hidup dalam pelarian iaitu berpindah dari satu tempat ke satu tempat supaya musuh mereka tidak dapat mengesan mereka.

Namun setelah no.3 dan beberapa yg lain dibunuh, John dan Henry mula melarikan diri ke sebuah bandar. Di situ dia bertemu kekasih hatinya,Sarah dan kawan baiknya,Sam. Namun kehadirannya tetap dapat dikesan bila John terpaksa menonjol diri demi melindungi kekasih hatinya.

Akhirnya peperangan tercetus bersama musuh tersebut dan John dibantu No.6 ...apa yg belaku seterusnyer? gi rr tgk kat panggung.Hari ni 1st day tayangan k.

Actually cerita nih unik specially time effect perang tu. Superpower yg dihasilkan no.4 dan no.6 pun cam real sangat. Tp syg tak puas sgt tgk mereka berperang. Yala nampak sgt cerita nih nak wat sequel bila no.4 dan no.6 bersatu utk mencari yg lain ( nombor-nombor seterusnya ) setelah berpadu unik melawan musuh.

Then yg syoknyer gak kengkawan ada antara nombor tu berasal dan berada di Malaysia. Kalau tak silap no.1 berada di Malaysia,negara kita tu beb!

Walau awal-awal cerita cam bosan ngn pengenalan watak dan pergerakkan cerita yg agak hambar namun kesudahannya puas hati bila peperangan berlangsung unik. Nak tau uniknya cam ana gi rr tgk kat panggung ekk.


Orait...bye!

Sunday, February 20, 2011

8 below

0 comment(s)


Kekadang haiwan lebih baik dari manusia yg berakal...Nape aku kata macam tu? Yala...macam ana aku tak kata macam tu, anak sendiri yg d'lahirkan pun mereka buang,tepi longkang,dalam tong sampah,tepi umah owg dan byk agi rrr.Bijak ke tu?

Lu pikir sendiri ya...btw tadi sesaja je rest-rest pah balik keje, then layan-layan tv lalu terlayanla cerita nih. Lapuk dah cerita nih,kira-kira 5 tahun yg lalu tayangannya. Tapi baru sekarang aku tgk kat TV.Penah terjumpa CD nih kat kedai tp wat bodo je.Ingat kan cerita biasa-biasa je, tp mak aih...gugur jab air mata jantan aku.

Yala...sedih k! Cerita pasal lapan sekawan anjing snow yg duk kat kwsan snowla,mana lagi?!take care each other utk survive setelah d'tinggalkan tuannya.Nasib baik tuan mereka datang cari mereka balik. Namun sebelum tuannya datang tu dah berjurai air mata aku hayati pengorbanan haiwan nih.

Nih cerita yg aku tgk kat Tv yg ada certain2 d'potong scene kerana nak kejar masa,kalau tgk kat panggung tak taula...mau malu aku nanti.He..he...

'8 Below'...boleh tgk sinopsis dia kat '' SINI ''. Utk sape-sape yg dah tgk, korang taula can ana. Aku sedih sbb pe, pengorbanan dan nilai setiakawan mereka tu. Tu anjing beb! Kita manusia nih pentingkan diri sendiri ada rr...

Masing-masing berjuang bersama utk cari makanan, ada member yg tercedera pun mereka take care. Cuma syg ada dua ekor yg mati sbb satu jatuh gunung dan satu lagi tak mampu putuskan tali yg tuan dia ikat,mati kelaparan.

Sedih sgttt...yala saat tuan dia dtg balik setelah susah payah cari transport utk dtg selamat anjing dia,bila tgk anjing dia mati masa tu sedih giler...terpaksa melepaskan anjingnya pergi setelah hampir 200 hari meninggalkan anjingnya.

Kat sini gak, dapat kita lihat tuannya adalah seorang yg pengasih(lakonan Paul Walker), sanggup buat apa saja semata untuk berjumpa balik anjing yg byk berjasa padanya. Kalau tak kerana anjingnya tu mesti Professor yg cari batu tahi bintang tu dah mati.

Aku bangga layan cerita nih...sekali sekala kita perlu belajar dengan haiwan, sifat-sifat pengasih mereka kekadang lebih dari kita. Hargailah apa yg kita ada, keluarga,kawan-kawan juga pasangan kita. Mereka satu ...hilang mereka takleh jumpa dah.

Thursday, December 16, 2010

Harapan

0 comment(s)








Aku tak yakin sangat nih, tp at the same time aku mau tgk cerita tu! Aku tak mau kecewa seperti Lagenda Budak Setan tu! sedih ngn Cicak Man tu! Sakit hati ngn Jangan Pandang Belakang Congkak 2 tu berulang lagi.

Aku mahu rasa puas walau sederhana puas seperti Magika tu! ni suma filem melayunya list yang penah aku tgk...berbilang tak best dan hanya boleh bilang ngn jari je filem melayu kita nih best.

Seperti yang aku cakap sebelum nih...tiada berniat mahu menjatuhkan filem kita tapi aku mahu biarlah apa yg dilaburkan dan diingini berbaloi dan puas.

Pergi ke panggung bukan mahu tension,sakit hati dan monyok marah tp mahu berhibur setelah penat bekerja. Aku harap kali nih tak mengecewakan...

Actually bos aku ajak aku gi tgk cerita Hantu Kak Limah balik Umah sabtu nih, cerita melayu tu,goyah aje imiginasi aku sbb aku sudah terset bahawa filem2 melayu nih MENGECEWAKAN! Bukan buat2 set tapi filem itu telah setkan aku mcm tu, maka marah la kat filem2 itu ok!

Hu..hu..most of the review filem Hantu kak Limah nih semuanya setakat ini positive feedback aje kat blog2 mahupun Fb mmber2 aku. Wow! cam menarik plak,ingat senang ke cerita melayu dapat positive feedback dan nak wat aku bergelak seperti mana sit com puteri mahupun The Nanny tu!

Janganla harapan tinggal harapan dahla ya, so aku mula decide untuk tgk, tapi kalau menolak pun kena tgk gak sbb bos aku nih cepat kecik hati bila d'tolak pelawaannya...aduiyaaiii penat melayan deng! so aku redha ajela,kang merajuk plak dia bala untuk aku, nnti dituduh aku xsuka keluar ngn dia lak.

Harap yg terbaik, then RM10++ tu berbaloi...harap aku gelak dan bahagia je kuar dari panggung nnti.

Xbest siap rr ko! ( Ugut lagi tuh!) budget leh wat apa2 lak, padahal cerita tu dah kutip 4 juta dah dalam masa 3 hari tayangan tu...hu..hu..ada ko mampu 2 Alam?

Tata...

Wednesday, November 10, 2010

UNSTOPPABLE + sandal

0 comment(s)




Dimulakan ngn salam...

Ola...hu..hu..

Actually baru je pah abih layan wyg tadi..cerita apa?


Cerita pasal 2 owg lelaki yg jadi hero selamatkan daerah diaowg dari kemalangan keretapi yg excidently tak leh berhenti dari meletup.

Aku maleh nak cerita pjg sbb aku tau mesti ada blogger2 yg akan share ngn korang pasal cerita nih..

Apa yg boleh aku cakap..BEST...

Aku suka dan aku layan ..

Suspen ada dan jalan cerita digarap ngn baik...

Well time tgk cerita nih..seriusly aku bengang ngn 2 owg mamat yg degil dan cuai jlnkan tanggungjwb masing2...

Pahtu manner hancur plak tu...

Benci gilaks...

Hu..hu..if korang nak paham dan nak enjoy lebih lanjut gi rr layan...berbaloi je pelaburan korang..

Lagipun aku rasa movie nih aje yg best setakat nih dlm list tayangn skrg sblm ketibaan Harry Potter dan Narnia pertengahan bulan nnti.

Oh ya...aku beli sandal tadi...aduiyai...fulus makin kurang...bnyaknyer belanja bulan nih...

Terukkan aku...?


Friday, October 1, 2010

'Magika' yg membuka mataku...

0 comment(s)





Cam xcaya je aku tgk cerita melayu setelah sekian lama...serius aku xberapa gemar ngn penerbitan tempatan gara2 2 filem yg aku tgk sebelum nih mengecewakan...specially bwh penerbitan Met..... dan arahan A. R....( u know who!!)

Y huh asal arahan A.R... tuh lawak2 nya can 'tut' ...so jerk movie...nape lawak2 tu xleh jenis spontan...nape perlu wat gaya bagai dan menjahanamkan bahasa semuanya...bukan anti dan marah tp serius aku xberapa gemar ok...

But 'Magika' td aku tengok ...wow not bad!!...menjadi!!! muzikal yg catchy plus jalan cerita agak menarik walaupun ada beberapa yg mengoyahkan, namun tetap aku kata ok dan boleh menghiburkan...special appearance pelakon2 'top' menjadi walau aku tak berapa jelas ngn sebutan nenek kebayan tu , nasib baik subtitle ada...hu..hu..

Namun overall...good!!! suka!! tp team senario muncul as a team ' 5 Hang' aku xberapa gemar ok...lawak mereka tetap ke arah kemerapuan and jerk seperti arahan mr A.R tu...

Pujian utk Maya Karin as puteri bunian(menjadi), raja azura n aznil ( aku xsuka sgt), Mawi as Mr Bad tu ok lol,hebat gak dia belakon, Ziana Zain as nenek kebayan menjadi cuma kadang2 sebutan dia xjelas sbb wat suara kepit tu, team sharifah as bawang pute n merah m'banggakan,cumel aje mereka ngn dialog bersahaja(suka), Nabil as owg minyak so 18SX(xtahan last sekali pegang terung...boleh agak dalam kepala otak korang kan?) ,serius dialog si Nabil tu wat aku tertelan air liur, Mahsuri pn best walau muncul kejab2...xlupa cik Ning Baizura as PGL...wow mantap!...then sabri yunus...dialog xkering gusi...

Others ...pelakon pembantu hebat gak...walau ada kantoi sikit2...lagu2 boleh layan lol,catchy and best...well done utk KRU TEAM...jalan cerita olahan yg membanggakan plus scene2 sedih pn menjadi.

Macam nilah yg kita nk...

END



Saturday, August 7, 2010

The Last AirBender

2 comment(s)



Perkara pertama adalah....OKLA...bolehla....cerita nih...not so wow!! walau side effect nyer amatlah gempak...Hollywood kan, mmg rr gempak.

Lama dah menanti cerita nih ditayangkan...xtaula nape asyik tunda je, tp tak sebest yg dibayangkan/diharapkan...apepun korang still berbaloi kalau melabur tgk cerita nih, ada part2 yg best...tapi aku perasaan ada certain2 pelakonnya kurang menghayati watak plus story nih rushing sgt...so kejar waktu, may be kalau tayangan period mcm AVATAR & KING KONG...mesti ok nyer..

Gigih hari nih gi tgk walau abih keje kul 11pm..nasib baik sempat sbb WANGSA WALK dekat je dari umah, thanks tu sorang my fren jd bidang terjun temankan aku...hu..hu..

Pepun okla...walau sikit kecewa...sbb higher xpectation sgt...hu..hu...conpirmla cerita nih ada sequelnyer,thn depanla jwbnyer ye...moga sequelnyer nnti gempak n hebat k..

Thursday, June 10, 2010

Lagenda Budak Setan

0 comment(s)
*Adaptasi dari


Kata-kata yg pertama aku leh bagi kat filem nih adalah HAMPEH!!!

Well xbangga dengan filem macam ini, bukan memperlekeh...tapi hairan..nape drama melayu baik je kualiti dan jalan cerita tapi nape bukan filem?

Nape Lisa Suriani xbleh blakon sebaik beliau blakon dalam ADAMAYA? Nape dalam drama suara yang d'pakai tak dubbing?Tapi filem...sakit telinga mendengar,buang mood.

Then nape mostly pelakon dalam crita nih tergedik2....itu baru sikit, bukan mahu hanya menilai dr sudut negative tapi positif nyer kurang.

KECEWA!!!!

Namun aku bangga ngn scene pergaduhan QUE HAIDAR dan LISA SURIANI so real...itu baru belakon beb!!!