Memaparkan catatan dengan label Aib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aib. Papar semua catatan

Isnin, 6 Februari 2017

7 Untuk apa sebar gambar bayi maut dikelar ibu?

Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan sebuah kejadian yang menyayat hati di mana seorang bayi maut dikelar ibu sendiri. Maka ramailah yang memberi komen, ada yang rasa kasihan, ada yang mempertahankan ibu tersebut kerana dikatakan meroyan, ada juga yang mengecam dan mengherdik ibu tersebut, tidak kurang juga yang menyalahkan suaminya sekali. Orang Malaysia ni kalau tak berpencak di media sosial memang tak sah, semua nak jadi polis nak jadi pegawai penyiasat mengalahkan polis sendiri.

Namun turut menyedihkan apabila ramai orang tanpa rasa bersalah kongsikan gambar mayat bayi tersebut di Whatsapp, media sosial dan laman web tanpa sebarang tapisan. Tidak tahu siapa yang mula merakam dan menyebar gambar tersebut yang akhirnya telah tersebar di seluruh alam maya, sama ada yang telah ditapis atau dikaburkan mahupun gambar asal tidak bertapis.



Sabtu, 10 Oktober 2015

31 Taktik Baru MLM Final - Kita Putus Saudara

Ini adalah final Part dalam siri Taktik Baru MLM. Boleh baca Part 1 dan Part 2.

Aku yakin kebanyakan korang dah tau apa produk kompeni haram jadah ni jual. Dan aku serahkan kepada kebijaksanaan korang untuk menilai produk ini berkesan atau tidak.

Maaf tapi bukan aku.

?

Sabtu, 25 Julai 2015

9 Hentikan budaya sebar gambar mayat di media sosial

"Mak cik... Pak cik dah tak ada.."

Berderai air mata mak cik, mengatahui suaminya sudah tiada. Pak cik 70-an sudah terlantar di rumah 9 bulan akibat strok, datang ke hospital kerana radang paru-paru serius.

Kematian adalah perkara biasa dalam profesi kami. Setiap waktu pasti kami akan menghadapi kematian.

Berurusan dengan kematian, ada adabnya, ada santunnya. Dalam keadaan pesakit sudah tenat, kami bantu sedaya upaya kami, kami bisikkan syahadah (yang beragama Islam) di telinga pesakit, sudah meninggal, kami uruskan jenazah mereka dengan penuh hormat. Jenazah perlu dijaga sebaiknya.


Selasa, 9 Disember 2014

23 Apabila gambar bogel disebar bekas teman lelaki

Dah banyak kali isu pasal ini ditulis dalam Buasir Otak, tapi ini adalah kisah benar yang telah diberitakan. Orang perempuan selagi belum berkahwin, kalau hanya sekadar bergelar awek, tunang, fake relay, girlfriend atau apa sahaja kepada lelaki, janganlah percaya kepada lelaki tu sampai sanggup nak bagi gambar bogel ke separuh bogel atau bagi pasangan korang rakam gambar atau video kau dalam keadaan yang ghairah dan mengaibkan. Sedangkan yang dah kahwin pun risiko merakam gambar dan video berjimak sangat tinggi, apatah lagi yang belum sah bernikah. Last2 bila gambar dan video dah jadi hak milik internet, paling menanggung malu dan aib adalah orang perempuan, orang lelaki diorang selamba je cuci tangan.


Khamis, 23 Oktober 2014

34 Video berniat jahat jatuhkan Ustaz Azhar Idrus

Media2 sosial warga tempatan digemparkan dengan penyebaran video hubungan intim yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita. Bagaimanapun, pembantu UAI telah menyatakan yang ia adalah fitnah jahat yang berniat untuk menjatuhkan golongan ulama.