Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

19 September 2011

DAP kata Pilihanraya Umum tidak kurang 6 bulan

Semua jentera parti sudah bersiap de-ngan strategi masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka November ini atau awal tahun hadapan. Ketua Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) berkata, pihaknya turut merasakan Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi.


“Saya menjangkakan PRU akan diadakan kurang enam bulan daripada sekarang, sekitar Mac tahun hadapan.

“Ada ura-ura mengatakan ia akan berlaku pada November ini, tetapi saya rasa tidak sesuai kerana belanjawan akan dibentangkan pada Oktober hadapan,” katanya.

Tony berkata, walaupun PRU tidak diadakan pada tahun ini, DAP sudah bersedia dengan jenteranya dan penyebaran maklumat kepada orang ramai ke peringkat akar umbi.

“Kami sudah melakukan persiapan, sehingga kini lebih 70 peratus sudah berjalan, cuma belum ada nama calon tersenarai mewakili DAP.

“Namun, seperti dimaklumkan, DAP akan memfokuskan gerakan di beberapa negeri antaranya, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah,”katanya.

Pada pilihan raya yang lalu, DAP bertanding di 47 kerusi Parlimen dan menang 28 kerusi.
Beliau berkata, DAP juga mengukuhkan hubungan sesama parti di dalam Pakatan Rakyat supaya boleh menguasai kerusi dua pertiga sekali gus mengambil alih Putrajaya.

“Kita positif Pakatan Rakyat akan menang banyak. Justeru itu, ruang yang masih ada kami gunakan untuk membaiki kelemahan.

“Saya juga merasakan pihak kerajaan perlu melakukan transformasi terhadap sistem pilihan raya terlebih dahulu sebelum membubarkan Parlimen,” katanya.
Sambung baca...

08 May 2011

Pembela gesa polis siasat segera dakwaan Utusan..!

Polis harus menyiasat laporan Utusan Malaysia yang mendakwa pemimpin-pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mahu satu siasatan segera untuk menentukan kesahihan laporan akhbar milik Umno itu.

“Ini perlu disiasat. Jika benar, kita perlu berhati-hati,” kata Presiden Pembela Dr Yusri Mohamad.

Yusri berkata Pembela akan membuat laporan polis dalam waktu terdekat.

“Kita perlu mencari kebenaran. Saya akan menghantar wakil untuk membuat satu laporan polis selepas ini,” katanya pada satu majlis di sini hari ini.

Utusan Malaysia edisi hari ini membawa laporan muka depan berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri. Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan malam tadi.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut sebagai tetamu.
Sambung baca...