Oit lu sana..wa sini, i mean..WASSINI

Wednesday, April 26, 2006

KOMENs

Huk-aloh! Patutlah beberapa entri kebelakang ini tiada langsung komen datang bertandang. Hampir saja aku membuat kesimpulan sendiri bahawa tiada lagi yang sudi menjengah. Ibarat seorang ayah tua ternanti-nanti anak kesayangan datang menjenguk bertanyakan khabar-a'fiatnya. Rupa-rupanya kekhilafan sendiri menjadi punca. Tanpa sedar aku telah membina 'tembok penghalang' di bahagian setting agar setiap komen di approve dahulu. Entah-entah benar kata-kata Mat Jan, barangkali anak kesayangan turut membuat kesimpulan yang ayahandanya pula tidak lagi sudi menerima kunjungan. Terus hidup dalam tempurung ciptaan. Apabila diperiksa ruang Moderate comments, terasa diri bersemangat dan ceria kembali. Bukanlah hanya aku seorang yang memikul beban selama ini. Masih ada sahabat-taulan yang Allah kirimkan sebagai bantuan. Maha Suci, Maha Agung, Maha Mengetahui! Terima kasih semua. Semoga Allah angkatkan beban dan masalah dalam hidup kalian jua!

Ameenn.. ;)