Oit lu sana..wa sini, i mean..WASSINI

Sunday, September 25, 2005

saya dan disember

Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

= toi ke eh? cam kurang setuju je..eheh

Thursday, September 22, 2005

saya dan perigi

Yg ni pulak pandangan susulan aku terhadap topik Jejaka/jejaki pilihan tu.
Aku ada gak yg setuju ngan aqil dot-dot-dot tu :D Memula dulu aku mmg ow-kay dgn idea pompuan yg dahulu memulakan langkah, dan aku beranggapan aku dah setapak melangkah dari pemikiran lapuk dan konservatif. Spt aqil, aku tabik spring & appreciate pd hawa yg berani cenggini. Namun setelah beberapa kali di approach, aku tersedar bhw diriku cuma setgh tapak sj melangkah, apatah laie nk berlari.

1st time di approach masa aku f2 dolu. Kawan awek abg aku. Aku xdpt nk ada perasaan yg sama terhadap dia sebab aku rasa aku naive sgt. Laiepon dia jenis daring. Baru sebulan kenal dah kerap sgt tepon umah aku sampai parent aku bising. Pastu dah heboh kata aku ni balak dia. Erk, lantas aku terus wat tak pedulik. Skang dia dah slamat kawen..alhamdulillah.

Pastu masa aku 3rd yr. Pendengar setia Radio Bingseng di mana aku la DJ nya. Aku layan dia sama cam pendengar yg lain. Xdak ayat jiwang2. Selalu la jugak dia bg buah, cekelat & hadiah. Pastu dpt sms yg agak jiwang. Memula tu aku xdpt tangkap. Lalu dia mtk tlg housemate aku bgtau hasrat dia. She's a very nice girl. Cuma aku xdpt nk ada perasaan yg sama terhadap dia sbb aku anggap dia cam adik & pd masa sama aku ada samtin ngan org lain. Aku xmo memain lalu mtk hosmet aku tu tlg sampaikan. Pastu aku terus-terang ngan dia. Alhmdllah dia leh accept. Skang dah slamat berkapel ngan member aku :D

Then masa 4th yr. Ni aku xtau muncul dari mana. Dak 1 bacth yg aku x pernah tgk muka. Dia kata pernah bersua masa exhibition final yr project aku. Bbudak lain dh pakat heboh dia minat kt aku, walhal aku masih laie xtau sapa. Aku rasa sungguh x munasabah tetiba ja ada org gila suka kt aku. Nak kata dia one of the listener, x pulak. Nak kata aku pernah bertegur-sapa & terkeluar ayat2 mengorat, jauh 8 ribu kali. Jadi aku try menten cool jela. Pastu, masa aku chat ngan dia, secara terangnya dia mengaku for some reason terlalu sukakan aku, lantas aku terkedu (oh-ye, one of the reason I cud recall she said coz i'm pious) Aku xdpt nk ada perasaan yg sama terhadap dia sebab aku langsung xkenal dia. Dan jugak sebab aku masih ada samtin ngan org lain. Aku bagitau dia yg the best thing aku leh offer is a friendship dulu. Skang aku dgr dia dh g wat Master kt Australia. Ada org kata sebab berjauh ati ngan aku.

Lepas grad, aku join kursus sebulan setgh kt PERMATA. Macam biasa, aku dgn perangai huha aku. Kali ni ada sorang peserta kursus dah tersalah-anggap lah. Mula tunjukkan minat yg berlebihan. Kali ni aku pon aku x dpt menangkap yg tersirat, sebab dia pon huha-huha jugak. Mujur ianya x berlarutan. Di akhir kursus dia kasik surat menceritakan apa yg dia rasa & dia sedar mmg perangai aku yg suka melayan semua org cenggitu, which is very true. Aku xdpt nk ada perasaan yg sama terhadap dia sebab aku hanya anggap dia sbg kawan, dan jugak sebab masih ada samtin ngan seseorang. Tp aku appreciate sebab dia sudi terus-terang. Sampai skang kami berkawan baik.

Seterusnya, mungkin disebabkan perangai huha aku skali laie telah menimbulkan salah anggapan. Spt biasa aku melayan sbg kawan. Tp bila dlm waktu yg singkat dia tunjukkan minat yg berlebihan, aku jadi kurang selesa, lalu memutuskan utk x brapa layan. Bukan aku xsedar hint yg dia bagi, tp aku xtau cemana nk terus-terang tanpa ada possibility melukakan someone as sweet as her. Aku lebih selesa jadi seorang kawan..

Yg terbarunya pun sungguh aku x sangka. Lain sket cerita. Aku ingatkan depa main2 saja. Pasai baru ja 2, 3 kali bersua muka, baru ja nk mengusha & berputik-mesra. Aku baru ja berkira2 utk xmo ada samtin dah ngan seseorang tu. Baru ja aku dok bermunajat mtk petunjuk drpd-Nya. Tiba2 sms yg menerpa membuat aku terpana. Yg laie bestnya, aku masih blur2 & xpaham juga. Ada yg aku x jawab sebab xtau nk kata apa. Ada pulak jawapan yg x kena dgn skema. It's too sudden aa. Aku perlu ruang & masa. It's like a turn off rasa minat yg ada. Aku amik keputusan utk tenangkan hati yg tegezut & ajak dia jumpa. Alhamdllah, dia sudi berterus-terang & dgr penjelasan aku.Tp dia dh amik keputusan nk terus tutup buku, anggap x pernah berlaku. Beranggapan tiada signal balas positif dariku.

La ni aku dah xtau apa yg aku rasa & patut rasa. Bergantung pd perancangan Yg Esa. Aku masih tetap ngan perangai huha. Kekadang tu hairan juga cemana org leh suka aku yg biasa2. Tp tu semua kuasa & kurniaan Dia. Ake berdoa semoga xtimbul rasa riak atau bangga diri dek peristiwa perigi menyapa. Tu je la aku nk kongsi bersama. Bhw ada org yg mcm aku ni yg leh terima usaha perigi utk carik timba, tp pd masa yg sama jenis yg mudah tegezut juga, kena meli-go-slo supaya x sakit dado den la.. :) Oh-ya, terima kasih x terhingga kerana sudi meluahkan hasrat di jiwa, i'Allah kalau jodoh kita di dalam perancanganNya..kan bersatu jua di satu masa. Sama2 kita bermunajat & berusaha tingkatkan amalan ya?

Wednesday, September 21, 2005

saya dan pengetuk

(Dgn nama Allah yg Maha Pemurah, yg Maha Mengasihani...)
Aku dah lama bercadang utk menyentuh berkenaan bab ni tp selalu ditangguhkan. Namun dek satu peristiwa yg berlaku dan atas cadangan ro-wau-met ku, aku muntahkan di ruang forum. Dan di sini menyusul jejak...
Setelah melalui beberapa peristiwa, dpt disimpulkan bhw antara ciri2 pengetuk yg menambat hati utk ditabalkan sbg ISTERI adalah:
  1. Bertudung (wajib): Sejuk pandangan mata aku tgk hawa yg bertudung labuh menutupi dada, x kisahla pakai jubah ke x. Seolah2 ianya satu perisai keimanan bagi depa. Bertudung biasa masih 'score'. Rambut yg merupakan mahkota dia tu hanya aku ja yg leh tgk...org lain xleh, eheh.
  2. Sama cita2: Ingin jadikan institusi perkahwinan sebagai pemangkin kpd turunnya hidayah & keredhaan Allah. Dgn adanya dia, aku akan jadi lebih tenang beribadat, lebih yakin nk memimpin merintis jalan agama tanpa mengabaikan keperluan dunia. Sesama leh dok bincang kt mana kurangnya kita, cemana nk improve. Solat jemaah sesama, tegur bila aku salah tajwid, bilamana aku alpa. Aku pernah baca, adalah lebih afdal wanita memilih seorang lelaki yg lebih kuat agama drpd dirinya. Dan aku tgh berusaha nk jadi lelaki tersebut. Aku nk kami bahagia sini & sana...
  3. Kelembutan: Bagi aku wanita ni Allah anugerahkan dgn lemah-lembut, sopan-santun & malu-alahnya, manakala lelaki sebaliknya, lebih kasar & x malu. Cara bercakap & perilaku seorang wanita tidak seharusnya sampai 'setanding' dgn lelaki. Bukan menidakkan hak wanita @ mengatakan wanita ni lemah ka apa ka. Cuma bila lunak suara dlm berbicara, lembut tingkah-laku & dilitupi perasaan malu yg bertempat, pehh..mmg bisa gugur iman gue ;p Aku suka tgk kelembutan Cik Puan Muda Julita Aishah tu.
  4. Tarikan fizikal: Mcm Dato' Dr Fadzilah Kamsah kata, lelaki secara semulajadinya mmg akan tertarik pd benda/perkara yg cantik/indah. Jd x hairanla kalau R. Azmi dlm lagunya berdendang "dari kerana mataa...yg m'punyai kuasaa..ohh, aku tergoda.." sebab dr mata turun ke hati. Dan x dinafikan aku seniri akan tertarik pd hawa yg Allah anugerahkan fizikal yg lawa/cun..especially yg berwajah keibuan. Chinese-look, senyum menawan, lesung pipit & pandai bergaya wud be a bonus. Namun at the end, iman & hatibudi jugak yg jadi kayu ukuran. X guna lawa tp perangai ...
  5. Peribadi: Aku harap Allah jodohkan aku dgn seorang yg sentiasa ada keinginan utk memperbaiki diri, keluarga & persekitarannya. Kalau kata x pandai masak, at least ada azam & usaha nk bagi pandai. Kalau kata diri xcukup alim/berilmu, p belajaq..don't use it as an excuse rasa rendah diri@x cukup baguih. HV A POSITIVE THINKING. Pada masa yg sama dia jugak boleh ditegur/sudi menegur, boleh ditunjuk ajar/sudi tunjuk-ajar & ada azam nk tgk org/benda di sekelilingnya jadi lebih baik. Sama2 tegur dgn berhikmah. Tunjuk ajar dgn kasih-syg. Berdoa x putus2 di samping sentiasa BERSANGKA BAIK. Jgn putus asa ye yang.. :)
  6. Suka masak, sebab aku suka makan. Aku makan x cerewet. Tp aku paling suka cekodok pisang & pulut degheyan
  7. Ada pendidikan. At least sampai diploma. Sebab xnak timbul jurang pemikiran nanti. Xpa kalau dia laie bijak dr aku, sampai PHD sekalipon. Asalkan jgn menunjuk2 & jatuhkan maruah aku. Laiepon anak2 akan lebih mewarisi gen2 kebijaksanaan ummi dia, not so much dr walid dia
  8. Kreatif. Umah sempit cemana pon dia leh 'luaskan' dgn sentuhan kreatifnya tu. Dia kemas umah sket punya cun dah pastu aku nyemak balik, ahaha.. >:p
  9. Manja & cemburu yg x ngengada. Ada sket sifat keanak-anakan. Leh dibawak bergurau & sudi gelakkan lawak kurang cerdik aku ni. Baru la ceria hidup. Senyum la selalu, sebab aku ni mudah dijangkiti virus senyum kembali..terasa aman jiwa pabila pulang ke umah disambut dgn senyuman walaupun fizikal keletihan
  10. Independent. Tp pd masa yg sama kalau aku offer nk tolong jgn la juai mahai lak. Tu tandanya aku sayang & amik berat, bukan bermaksud memperkecilkan.
  11. Jgn la senyap sgt, asik aku ja yg bukak crita, asik aku ja yg dok wat lawak spastik. Tp kalau yg xreti berenti bercakap pon lama2 penin jugak ;p Bila dia bercerita, aku dgq. Bila aku bercerita, dia pon dgq. Tau la hawa ni leh bercakap & mendengaq dgn serentak. Aku x terer camtu aa..eheh.
  12. Penyabaq & x terlalu mendesak...especially bila aku lambat wat keputusan. Juga pada ketika dia dpt 'cuti'. I'Allah aku pon penyabaq orangnya. Bukan nakkan respect yg menggunung-tinggi, cuma kena sedar turunnya redha Allah pada isteri apabila suami turut redha pd isterinya itu..
Dahla kot. Setakat ni tu ja yg Allah ilhamkan kt aku. Esok2 kalau Dia takdirkan ciri2 tu bertukaq ka apa ka..wallahua'lam. Mungkin ada yg anggap aku ni memilih sgt. Mmg aku akui i'm very choosy about this thing. Pasai keputusan utk memilih bakal isteri ni boleh jadi penyebab di syurga atau di neraka kah aku kelak. Aku sedaq, aku pon x sebaik mana, sebab tu aku dok pesan kt diri seniri, kena sentiasa perbaiki diri jadi insan yg lebih baik, supaya Allah akan takdirkan bertemu jodoh yg baik2 jugak.
Ya Allah ya rabbul 'alameen, tolonglah takdirkan aku dgn seorang wanita yg Engkau redhai & juga yg aku senangi. Kelak jadikanlah tautan hati kami ini pendorong utk lebih dekat padaMu...

saya dan permata

saya dan ptd

saya dan pks