Social Icons

Pages

Showing posts with label PAS.... Show all posts
Showing posts with label PAS.... Show all posts

Thursday, August 24, 2017

TU DIAAA !!! #DAP GUNAKAN #PKR DI #SELANGOR DAN #KELANTAN UNTUK HANCURKAN #PAS ???


Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS.Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS.Tidak cukup dengan itu,PKR pula dipecahkan sesama sendiri bagi hancurkan terus PAS.Bulan April 2017 ketika Muktamar PAS di Kedah,Ketua Dewan Ulama PAS Kedah,Mohd Rejab Md Akhir telah menjerit "Jahanam PAN".Laungan yang disambut kemudiannya oleh semua perwakilan PAS untuk menjahanamkan parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh Mat Sabu itu.Kemudian,Pengerusi Jawatankuasa Usul PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali membuat usul agar PAS putus hubungan dengan PKR.“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan” kata Khairuddin. 11 Mei 2017, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS-PKR terbatal serta merta,kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh. Kerajaan negeri Selangor bergoncang sekejap dengan keputusan Majlis Syura ini namun akhirnya hubungan “tidak sah” PAS dengan PKR di Selangor diteruskan juga oleh Azmin Ali. 

Bermakna,DAP tahu parti PAS masih ada nyawa kerana ada orang dalam PKR masih simpati dengan PAS. Oleh itu, DAP kena cari jalan untuk "jahanamkan" terus PAS.Semalam,orang kuat PKR telah keluar parti.Bukan calang calang orang,berjawatan Bendahari lagi.Sebabnya adalah kerana tidak puas hati dengan Azmin yang masih tetap mahu meneruskan hubungan politik dengan PAS. "Saya tidak boleh (pertahankan kerjasama dengan PAS).Apabila saya tidak dapat mengikut arahan ini maka saya perlu berundur," kata William Leong yang merupakan Bendahari PKR.Politik kayu tiga cara Azmin Ali sudah mula dibenci oleh pemimpin atasan PKR sendiri. 12 Ogos, Azmin berjumpa Hadi Awang, katanya bincang pasal PRU14. Enam hari kemudian jumpa pula dengan Mat Sabu berbincang pasal PRU14. Yang mana satu Azmin hendak bincang ini sebenarnya? Sedangkan PAN sudah buat ketetapan akan bertanding di seluruh kerusi DUN di Selangor. PAN adalah "isteri yang sah" mengikut gabungan baru Pakatan Harapan manakala PAS pula sudah jadi janda sejak Pakatan Rakyat sudah diiktiraf mati oleh Kit Siang. Namun di Selangor, Azmin Ali ambil "janda" untuk bersamanya dalam "rumah"  kerajaan negeri Selangor. Hayat "janda" yang bernama PAS ini sudah tidak lama lagi di "rumah" itu. Ini kerana, dalam PRU14, bermulalah "proses menghalau janda" oleh PAN. 

Baca tulisan Beruang Biru tentang Azmin gilakan janda bernama PAS di pautan ini https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/08/azmin-talam-bermain-politik-kayu.html#.WZ5AYlFLfIU 

Inilah yang menyebabkan William Leong keluar dari PKR.Khabarnya bukan William Leong sahaja yang akan keluar daripada PKR. Ramai lagi yang akan mengikuti William kerana tidak puas hati dengan Azmin. DAP dipercayai menjadi dalang menghasut William keluar dari PKR. William Leong memang sudah lama tidak puas hati dengan ADUN PAS Taman Templer iaitu Zaidy Abdul Talib kerana beberapa isu berkaitan agihan peruntukan di kawasan terbabit.Kerusi Taman Templer ini dijangka akan ditandingi oleh calon PAN yang akan ditaja oleh DAP nanti. Begitu juga dengan dua lagi kawasan di Kuang dan Rawang, dulu PKR yang masuk tanding di situ. Dipercayai di dua kawasan ini juga, DAP akan meletakkan calonnya untuk menguatkan kedudukan DAP dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Sebenarnya pengundi di dua DUN situ adalah bukanlah ahli PKR tetapi mereka lebih cenderung kepada DAP. Samalah juga dengan William Leong, dia dapat undi banyak dari penyokong DAP. Jika Azmin terus berkeras mahu kerjasama dengan PAS dan William masih lagi berada dalam PKR, kemungkinan besar William juga akan kalah di parlimen Selayang. Bukan sahaja di Selangor yang bergolak dan pecah belah, PKR di Kelantan juga tengah bergaduh teruk kerana hubungan dengan PAS. Satu puak PKR diketuai oleh Ab Aziz Ab Kadir,Pengerusi PKR Kelantan yang lebih cenderung untuk kerjasama dengan PAS. Satu puak PKR lagi diketuai oleh Mohd Khairul Amin Abdul Rahman, Naib Ketua AMK Kelantan yang lebih suka kerjasama dengan PAN bersama Husam Musa. Di pihak Ab Aziz, diam diam “hubungan dengan PAS” dilakukan oleh membolehkan semua penyelia yang dilantik oleh kerajaan negeri PAS Kelantan boleh menerima elaun bulanan dan keistimewaan lain. Ab Aziz buat begitu kerana orang orang PKR ini sudah buat perjanjian sulit mahu undi PAS dalam PRU14 nanti. 

Perjanjian yang dibuat tanpa pengetahuan Husam Musa pun.Dengan Husam Musa beriya iya benar hendak menjadi Menteri Besar baru di Kelantan, dia sanggup melakukan apa sahaja cara agar PAS dapat dilumpuhkan dan PKR berkerjasama secara penuh dengan PAN. Husam tidak mahu lagi PKR bersikap seperti Azmin, secara bersembunyi sembunyi jalin hubungan dengan janda, PAS. Husam minta bantuan DAP bagi jahanamkan PKR yang pro PAS di Kelantan. Inilah yang sedang berlaku di Selangor dan Kelantan. PKR sedang berpecah belah kerana mahu rebut kuasa dan kedudukan. Di Selangor, berpecah kerana pemimpin PKR masih mahu jalin hubungan sulit dengan PAS. Di Kelantan pun begitu, pemimpin PKR masih lagi mahu jalin hubungan dengan PAS. DAP akhirnya berjaya memecah belahkan PKR dan juga PAS.DAP tubuh PAN sebagai parti serpihan PAS. Kemudian untuk menjadikan PAN kuat, DAP gesa pemimpin PKR yang pro PAN agar bergaduh dengan semua pemimpin PKR yang masih lagi pro pada PAS. Ini bukti DAP adalah ketua sebenar dalam Pakatan Harapan. Mencaturkan segala perkara yang berlaku dalam pembangkang. Jangan dilupakan, logo Pakatan Harapan pun masih belum diserahkan lagi kepada ROS.

Pendaftaran Pakatan Harapan pun masih berstatus “tidak sah”.Begitu juga dengan hal CEC DAP.Sebenarnya DAP masih lagi berstatus parti haram,sama taraf seperti kilang haram di Pulau Pinang. Namun dalam pakatan pembangkang, DAP adalah ketua sebenar.Yang menentukan segala galanya hinggakan buat PKR berpecah belah dan menubuhkan PAN untuk melawan dengan PAS.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, May 12, 2017

TAHALUF SIYASI !!! ANTARA KUASA,WANG DAN WALA !!! DI MANA KEDUDUKAN #PAS #SELANGOR ???


Tarikh 11 Mei 2017 adalah tarikh yang tidak akan dilupakan oleh PAS dan PKR kerana pada hari berkenaan,Majlis Syura PAS mengambil tindakan berani dengan memutuskan tahaluf siyasi parti itu dengan PKR setelah 9 tahun hubungan terjalin.Tindakan yang diambil ini bukan mudah namun keputusan Muktamar PAS kali ke 63 di Alor Setar pada awal bulan ini telah menghantar isyarat bahawa PAS enggan lagi bersekongkol dengan PKR dalam apa jua bentuk hubungan politik. Melihat kepada keputusan Majlis Syura ini,timbul persoalan,apa nasib tiga orang Exco kerajaan negeri di Selangor? Bagaimana pula dengan Ahli Majlis Tempatan ??? Bagaimana pula kedudukan imam-imam dan penjawat awam lantikan kerajaan negeri yang kebanyakannya adalah ahli PAS ??? Apa pilihan yang ada pada mereka ??? Adakah mereka akan memilih kuasa atau wang ataupun memilih untuk taat kepada keputusan Majlis Syura dan kepimpinan tertinggi PAS ???

Dalam keadaan sekarang,tidak banyak pilihan yang ada buat ahli PAS setelah keputusan berkenaan dibuat. Pilihan yang ada hari ini adalah kekal setia dengan PAS atau memilih untuk terus berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor.Secara amnya,sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari dari hasutan hawa nafsu.Kali ini,keputusan Majlis Syura itu merupakan ujian kepada ahli PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.Menyebut tentang nafsu,tarikan kuasa dan kewangan seringkali menjerumus seseorang itu meninggalkan prinsip kesetiaan.Sering kali,seseorang itu akan melakukan kesilapan dalam membuat keputusan dan ini juga tidak mustahil boleh berlaku.Ramai yang sedang melihat sejauh mana kesetiaan ahli PAS menjunjung prinsip taat kepada perintah ketua sebaik sahaja Majlis Syura memutuskan untuk tidak lagi meneruskan tahaluf siyasi mereka dengan PKR.Majlis Syura PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR disebabkan beberapa perkata, antaranya ialah tindakan PKR tidak menyokong, malah menentang sebahagian daripada agenda Islam dibawa PAS seperti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355). 

PKR juga melanggar adab bekerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej parti berkenaan.Selain itu,PKR telah khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, May 09, 2017

FAKTA !!! #PAS BENAR-BENAR JADI #LEBAIMALANG DI #SELANGOR !!!


Bukan main lagi bergegar dalam muktamar mahu jahanamkan PAN,mahu ceraikan PKR.Balik sahaja Azmin dari luar negara,ADUN PAS dulu yang ke depan menerpa.Selepas kira-kira seminggu tamat Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Alor Setar pada 1 Mei lalu,PAS ternyata masih satu parti yang cakap tidak serupa bikin kerana sungguhpun usul memutuskan hubungan dengan PKR telah diterima dalam tanpa bahas dalam muktamar,kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Negeri Selangor masih bertugas seperti biasa hari ini.Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kanan Negeri,Datuk Iskandar Abdul Samad buat alasan bahawa Kerajaan Negeri Selangor adalah hasil dari mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas dan mereka masih kekal bersama di dalamnya.Siapa yang hendak PAS tipu sekarang ni ??? Rakyat,pengundi atau para perwakilan di muktamar apabila Iskandar berkata kesemua ADUN dan Exco kekal dalam kerajaan negeri menjalankan tugas seperti biasa ??? Laungan takbir dan para perwakilan berdiri yang dibuat ketika usul berkenaan diterima sebulat suara di muktamar dianggap sia-sia oleh para pemimpin PAS di Selangor. 

Pada 30 April 2017,Exco PAS dalam Selangor Zaidy Abdul Talib macam rendah diri kata PAS Selangor akan akur apa keputusan kepimpinan dan keputusan muktamar tetapi sekarang apa cerita ??? 

Tanggal 27 November 2013,ialah hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji yang tinggi,ini yang membuatkan para Exco di negeri Selangor tidak hiraukan lagi keputusan muktamar tapi tugas di negeri Selangor.Gaji Exco di Selangor ialah RM20,250 manakala gaji ADUN ialah RM11,250.Cerita ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman jangan dilupakan. Ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar beliau yang mewakili PAS tapi dilihat berada bersama-sama sebelah Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberikan sokongan kepada calon PAN yang bertanding pada ketika itu. ADUN PAS di Selangor bersikap talam dua muka, depan Hadi Awang cakap lain, depan Azmin cerita lain.Sekarang ini betul-betul dah keliru kerana Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pun berdiam diri berkenaan langkah memutuskan hubungan dengan PKR di Selangor. 

Majlis Syura Ulama PAS masih belum bermesyuarat berkenaan hal ini,tetapi di Selangor nampaknya kerjasama mereka masih erat dan tidak ada tanda-tanda pun hendak diputuskan.Kasihan betul kepada ahli ahli PAS di Selangor yang mengundi PAS kerana mereka menyangka PAS ni satu parti yang tegas dan betul-betul ada prinsip dalam politik,tetapi sebenarnya takut pada Timbalan Presiden PKR.PAS sanggup duduk bawak ketiak PKR dan DAP di Selangor. Takut hilang jawatan Exco. Takut hilang gaji besar.Berapi-api bertakbir di muktamar tapi keputusan dan kesannya tiada. Kini PAS bernilai di mata Azmin sebelum PRU14 sahaja.Masa PRU14 nanti,semua ADUN PAS ini akan ditamatkan karier mereka oleh calon calon PAN atau PKR.Sallehin Mukhyi dilantik sebagai Pengerusi PAS Selangor yang baru gantikan Iskandar.Ini signal awal,Hadi Awang juga mahu kerat barah dalam PAS Selangor. Adun & Exco PAS Selangor ikut Azmin disebabkan gaji yang tinggi. Mereka tidak tahu pada PRU14 nanti mereka semua ini akan jadi pak lebai malang sahaja. Tengok apa yang berlaku di Penang DAP gunakan PAS untuk penggal pertama sahaja, 2008-2013. Penggal kedua, PAS diterajang keluar,PAN jadi dibawa masuk sebagai kawan.Itu yang akan berlaku pada PAS Selangor juga.Akhirnya,jadilah mereka ini seperti pak lebai malang selepas PRU14 nanti.Waktu itu baru pak lebai PAS ini menyesal ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, April 28, 2017

TU DIAAA !!! KERAJAAN SELANGOR GOYAH !!! #PAS PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN #PKR !!!


Tidak ada apa yang mengejutkan apabila akar umbi PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka dengan PKR.Perkara ini sudah lama didendangkan namun hanya semalam ia menjadi kenyataan.Bertitik tolak dari kemahuan kuat akar umbi PAS yang enggan lagi bekerjasama dengan PKR,timbul persoalan,adakah keputusan ini bakal mengoyahkan kedudukan kerajaan Selangor yang ada pada hari ini ??? Umum sedia maklum bahawa PAS mempunyai tiga Exco di dalam kerajaan negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali.Melihat kepada kemahuan kuat akar umbi PAS ini,bagaimana pula nasib Exco PAS ini ??? 

Paling utama,mampukah Azmin terus kekal menerajui kerajaan Selangor setelah Exconya sendiri meninggalkan pakatan yang dibentuk ??? Sekiranya kita mengambil keputusan PAS sebagai sandaran,kedudukan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Azmin,memang berada dalam keadaan yang cukup goyah.Mari kita lihat kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Selangor.Hari ini, kerajaan Pakatan Harapan di Selangor mempunyai 30 kerusi DUN dengan DAP menguasai 15 kerusi,PKR (13) dan PAN (dua) manakala PAS (13), Barisan Nasional, 12 (12) serta Bebas (satu kerusi).Dengan keputusan yang dibuat dalam Muktamar PAS semalam, maka kedudukan kerusi terkini juga bakal berubah. 

DAP – 15 
PKR - 13 
PAN - 2 
Jumlah keseluruhan - 30 Kerusi 

Manakala di pihak pembangkang di Selangor pula, 

PAS - 13 
Barisan Nasional - 12 
BEBAS – 1 
Jumlah keseluruhan - 26 Kerusi 

Melihat akan kedudukan ini,Azmin hanya menerajui kerajaan Selangor dengan majoriti yang cukup tipis.Hanya tiga kerusi diperlukan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.Dalam arena politik hari ini,bukan satu perkara mengejutkan andai ada antara ADUN yang bertindak meninggalkan parti untuk membentuk kerajaan baru di Selangor.Sejarah di Perak telah membuktikan bahawa ia bukan mustahil.Melihat kepada hasil kemahuan akar umbi pada Muktamar PAS kali ke 63 di Alor Setar semalam,nampaknya,penolakan mereka terhadap PKR benar-benar serius dan bukan satu perkara mustahil,jika percaturan politik ini benar-benar berlaku,Selangor mungkin akan mendapat seorang Menteri Besar yang baru.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

TU DIAAA !!! LAUNGAN JAHANAM #PAN BERGEMA DI #MUKTAMARPAS !!!


Memang ia kelihatan kasar apabila PAS melaungkan Jahanam PAN,yang merujuk kepada Parti Amanah Negara (PAN) ketika muktamar PAS sedang diadakan tetapi ia sebenarnya menunjukkan bahawa PAS sudah benci sangat dengan parti serpihannya itu.Tanpa dapat disembunyikan lagi kemarahan tersebut,Ketua Dewan Ulama PAS Kedah,Mohd Rejab Md Akhir telah menjerit "Jahanam PAN",sebaik sahaja beliau habis membacakan ikrar selepas membacakan ucapan alu-aluan pada Muktamar Dewan Ulama PAS di Alor Setar.Selama ini pun PAS memang menganggap PAN,yang diterajui oleh Muhamad Sabu sebagai pengkhianat yang bersekongkol dengan DAP.Melewati semula kewujudan bibit-bibit kebencian berkenaan, AN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang kalah pada pemilihan parti itu pada 2015. 

Apa yang membuatkan PAS marah ialah Muhamad Sabu atau Mat Sabu dengan bangganya menyatakan bahawa PAS tidak lagi relevan dalam landskap politik negara dan kononnya PAN ditubuhkan untuk membuat pembaharuan.PAN kemudiannya menjalin kerjasama dengan DAP dan bergabung di bawah Pakatan Harapan.Dan pada Muktamar Tahunan Pas pada 2015 itu juga menyaksikan Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas selepas Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng mula menyerang parti Islam itu.Malah asakan keras oleh Guan Eng itu terhadap presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membangkitkan semangat perwakilan ketika itu untuk bersatu.Mereka tidak kisah kehilangan Putrajaya asalkan tidak menggadai maruah apabila dihina DAP.Kini pada 2017,PAS sekali lagi mencetuskan gelombang sama dengan mengambil tindakan tegas iaitu untuk menamatkan hubungan politik dengan PKR. 

Tindakan itu diambil selepas Abdul Hadi memutuskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan politik bersama DAP dan PAN.Jelas sekali di sini,PAS memang bencikan PAN dan rakan sekongkolnya DAP.Ketegasan yang diambil oleh PAS itu sebenarnya memberikan kesan yang besar kepada PKR.Selama ini PAS yang banyak membantu kemenangan calon PKR di kerusi yang mereka tandingi. Tanpa jentera PAS, boleh dibayangkan bagaimana PKR selepas ini.Ternyata PAS punya pendirian dan mahu berjuang sendirian tanpa bantuan Pakatan Harapan. Mungkin selepas ini laungan jahanam bukan lagi untuk PAN, mungkin akan ditujukan pula kepada DAP.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, April 11, 2017

TU DIAAA !!! #PAN DAN #PPBM DIBELASAH TERUK BILA #PAS TANDING 80 KERUSI !!!


PAS umum akan bertanding tidak kurang 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang,seperti diumumkan Idris Ahmad (Naib Presiden PAS) pada 9 April 2017.Hasrat PAS ini disambut dingin oleh parti serpihannya iaitu PAN dan serpihan Umno iaitu PPBM.Dalam ketakutan atas pengumuman PAS itu, PAN dan PPBM tampil memperkotak katikkan hasrat parti Islam berkenaan.Walhal PAN dan PPBM sebenarnya amat seriau dengan perkembangan ini.Andaikan PAS berjaya menang sekurang-kurangnya 30 kawasan daripada 80 yang dihasratkan itu.PAN dijangka akan hilang semua 6 kerusi yang dirampas secara lompat parti daripada PAS dahulu.Manakala PPBM pula hanya sekadar menagih undi di tempat yang pernah dimenanginya atas tiket Umno dahulu sahaja. Ini belum tentu undi yang sama akan pergi kepada individu seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir ketika mereka berada dalam Umno dahulu. 

Gambaran inilah yang menyebabkan PAN dan PPBM 'kecut perut' apabila PAS berani bertaruh di 80 kerusi seperti dihajati.Tibalah masanya DAP tidak lagi mengharapkan pengaruh undi Melayu melalui PAN dan PPBM kerana berpandukan situasi semasa ini kita dapat lihat pengundi semakin banyak pilihan dan Pakatan Harapan akan ditolak mentah-mentah begitu sahaja.Apatah lagi sikap DAP yang terus menjadi anti Islam dan dua parti harapannya itu (PAN dan PPBM) masih tidak berdaya meraih sokongan orang Melayu kerana sikap munafik mereka masing-masing dalam memperjuangkan agama,bangsa dan tanah air.PAN dan PPBM akan kalah teruk.PAS sudah sanggup jadi naib juara atau undi kedua tertinggi sahaja di beberapa kawasan parlimen pada PRU14 nanti.Ini kerana PAS tidak mahu maruahnya tercalar dan tidak mahu undi PAN melebihi mereka. Jentera PAS adalah yang terkuat dalam komponen pembangkang sebelum ini.Mereka sanggup buat kerja tanpa bayaran dan fanatik dengan perjuangan.Kini PH hanya mengharap jentera berbayar sepenuhnya. Jentera PKR adalah jentera yang boleh dikatan kuat ini.Belum tentu jentera PKR yang "hardcore" seperti "Otai Reformasi" akan menolong PPBM jika mereka diarahkan begitu. Sabotaj pasti berlaku. Inilah masanya Otai Reformasi membelasah parti Mahathir itu. 

PAN hanya boleh harap bantuan DAP untuk menang.Barangkali Mat Sabu akan diberikan satu tempat selamat DAP untuk beliau bertanding.PPBM lebih teruk,mungkin tewas hampir 95% kerusi yang mereka masuk tanding. PPBM akan ditolak kerana mereka hanyalah parti serpihan sahaja.PPBM dan PAN hanyalah memecah belahkan lagi undi Melayu.DAP akan kekal menjaga kerusi kerusi selamat mereka.DAP juga akan ambil sikap jaga kubu sendiri dari membazir masa tolong PPBM dan PAN.Habislah PPBM dan PAN.Kemasukan PAS di 80 kawasan parlimen bakal menjadikan PRU14 banyak pertembungan tiga penjuru dan lebih.Yang pasti kena belasah teruk nanti adalah PPBM dan PAN.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, March 31, 2017

FAKTA !!! #PAS AKAN BENTANG #RUU355 !!! TIDAK TIMBUL SOAL KENCING MENGENCING !!!


29 Mac 2017,dalam satu sidang media selepas mesyuarat Barisan Nasional,Dato Seri Najib menyatakan bahawa kerajaan BN tidak akan bentangkan RUU355.Selepas kenyataan ini dikeluarkan maka bertepuk dan bersoraklah puak puak pendokong LGBT,homoseksual,liberal dan pluralisme kononnya PAS sudah kena kencing dengan UMNO.Padahal puak puak itu baru membaca “headline story” sahaja,belum membaca habis lagi kandungan ceritanya.BN telah buat keputusan bersama dalam mesyuarat tentang RUU355.Keputusan dicapai secara sepakat bukannya seperti Pakatan Harapan,hari ini keputusan lain,esok keputusan lain.BN tidak halang RUU355 untuk dibentangkan secara bersendirian di Dewan Rakyat.Ini yang Dato Seri Najib sebut rang undang undang ini akan terus menjadi rang undang undang persendirian dan terserah kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat) menentukan.

Sekiranya beliau putuskan akan bentangkan,maka ia akan dibentangkan dan beliau akan menentukan peraturan undang undang tersebut”.Ini tidak dibaca habis oleh macai macai pembangkang.Mereka tidak faham bahawa ada dua jenis usul di Parlimen.Usul kerajaan dan usul persendirian.Pindaan RUU355 dibawa secara usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang,Hadi Awang.Ianya masih kekal sebagai usul persendirian sehingga hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.Perkara ini dibincang dalam DT BN kerana pada 17 Mac 2017 yang lalu,Dato' Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan BN akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke 13 ini.Keputusan Dewan Tertinggi (DT) Barisan Nasional memberi maksud; kerajaan tidak akan menjadikan pindaan RUU355 sebagai usul kerajaan. Hadi Awang akan kekal sebagai pencadang usul ini. Skop perbincangan DT Barisan Nasional malam tadi adalah mengenai dua pilihan : 

1) Biarkan Hadi Awang bentangkan di bawah usul persendirian; atau 
2) Kerajaan ambil alih dan bentang melalui usul kerajaan Akhirnya DT BN secara konsensus memilih pilihan pertama dan membuat keputusan untuk tidak membawanya di bawah usul kerajaan. 

Jadi persoalan kononnya BN menolak RUU355 hanyalah satu dakwaan dan tuduhan puak puak pembangkang sahaja.Lebih teruk puak puak liberal itu menuduh kononnya PAS sudah kena kencing dengan UMNO.Nasruddin Tantawi,Ketua Penerangan PAS juga sudah bercakap mengenai keputusan DT BN ini.Nasruddin melihat cadangan Dato Zahid untuk BN membentangkan RUU355 adalah sebagai satu pilihan sahaja.Nasruddin menyatakan PAS kekal dengan format pembentangan asal RUU355. 

“Pengisytiharan DT BN itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah "kekal pada format asal".Sememangnya,Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam 'mode standby' bagi menghadapi perbahasan di parlimen” ulas Nasruddin Tantawi Puak liberal dan pluralisme ini meloncat yang bukan bukan.Dulu mereka meloncat kata PAS kena kencing bila Dato Zahid kata BN akan bentangkan RUU355.Kini bila BN tidak bentang dan PAS akan bentang secara bersendirian, mereka meloncat juga kata PAS kena kencing. Puak puak liberal ini yang sebenarnya kencing merata rata.Mereka hilang arah,hilang punca bila melihat ribuan orang Islam bersatu sokong RUU355 di Padang Merbok.Lebih mereka runsing bila RUU355 ini menjadi medan penyatuan dan kesatuan ummah tanpa mengira parti politik dan warna kulit.Tuduhlah PAS kena kencing dengan UMNO,padahal format asal pembentangan RUU355 tidak pun berubah.Mati kutu lagilah puak puak liberal ini.Apa lagi yang mereka hendak cakap selepas ini ????

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, March 30, 2017

FAKTA !!! #GAGASANSEJAHTERA,GABUNGAN #PAS DAN #IKATAN TERKUBUR SEBELUM #PRU14 ???


Tanggal 13 Ogos 2016 lalu PAS telah mula bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) sebagai sebuah blok ketiga politik di negara kita.Dikenali sebagai Gagasan Sejahtera,fungsi mereka adalah untuk "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.Walau bagaimanapun,kira-kira 32 minggu selepas itu,Haji Abdul Hadi Awang berkata bahawa partinya akan bergerak sendirian dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Presiden PAS itu berkata pada 25 Mac 2017,parti itu tidak mahu menyertai Pakatan Harapan (PH) kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya.Katanya lagi,PAS juga tidak boleh menyertai Barisan Nasional (BN) kerana masih terdapat halangan dalam melaksanakan dasar dan matlamat parti itu.Hadi Awang juga berkata jika masuk Pakatan Harapan,ianya umpama menanggung "biawak hidup".Maknanya Hadi Awang tahu bagasi skandal Mahathir amat besar bila PPBM masuk sama dalam PH.PAS "lone ranger".

PAS telah meninggalkan IKATAN bagi menghadapi PRU akan datang.Antara sebab yang dilihat menjadi punca perpecahan terbaharu blok alternatif pembangkang ini adalah kerana Presiden IKATAN,Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dilihat tidak begitu bersungguh-sungguh untuk bertanding dalam merebut kerusi di PRU akan datang.Telahan lagi,jika ingin dibandingkan secara konsesus,kekuatan jentera yang dimiliki oleh kepimpinan Abdul Hadi adalah jauh lebih kuat berbanding yang dipunyai Abdul Kadir dalam IKATAN.Sehinggakan,ada cakap-cakap politik mengatakan bahawa IKATAN tiada jentera dan ahli, hanya sekadar presiden seorang sahaja menjadi pengikut dan pejuang parti serpihan itu. Kadir juga tidak tampil pertahankan Hadi dan PAS bila diserang dan diasak oleh PAN, DAP dan PPBM.Hadi keseorangan.Menjelang PRU ke 14 yang bakal tiba tidak lama lagi,perpecahan parah telah berlaku dalam kedua-dua blok pembangkang,sama ada pada Pakatan Harapan mahupun yang terbaru pada Gagasan Sejahtera.Hanya yang tinggal kuat,utuh dan terus istiqomah dalam perjuangan sehingga ke hari ini adalah 14 parti politik yang membentuk satu barisan diberi nama Barisan Nasional (BN).Rakyat kena buat pilihan yang betul untuk masa depan negara.Parti yang tidak stabil tidak akan menjadikan negara ini lebih baik.Kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara hanya boleh diteruskan oleh parti yang stabil dan kukuh.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, March 29, 2017

FAKTA !!! KERJASAMA #PAS DAN #PKR BAKAL TERKUBUR DI #PULAUPINANG #PENANG #PP !!!


Selepas hubungan PAS dan DAP mengalami keretakan,kini giliran PKR pula untuk 'diceraikan' parti Islam itu.Hubungan PKR dan PAS kini menunggu masa sahaja untuk berkubur,umpama retak menanti belah.Ia lebih serius di Pulau Pinang apabila PAS melihat PKR tidak menjaga kepentingan umat Islam terutama dalam isu yang melibatkan campur tangan kerajaan negeri pimpinan DAP terhadap pemfatwaan di negeri tersebut.Terkini,PAS kawasan Bukit Mertajam telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan selepas mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka,pada Ahad.PAS kawasan berkenaan mengikut jejak beberapa kawasan lain yang terlebih dahulu memutuskan hubungan tahaluf siyasi tersebut.Mereka adalah PAS Kawasan Nibong Tebal,Permatang Pauh,Bayan Baru,Bukit Bendera,Balik Pulau,Jelutong,Kepala Batas dan Tasek Gelugor.Melihat kepada keadaan berkenaan,ramai pemerhati politik melihat tindakan kawasan-kawasan PAS memutuskan hubungan ini sebagai satu protes dan kecaman ke atas sindiran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali baru-baru ini yang mempersoalkan kekuatan seorang 'Tok Lebai' yang bercita-cita mahu menawan Selangor,walaupun 'kalah tersungkur' di kawasan sendiri.

Walaupun Azmin tidak menamakan 'Tok Lebai' itu,namun ramai melihat ia sebagai merujuk kepada Ketua Pemuda PAS,Nik Abduh Nik Aziz.Disebabkan isu berkenaan juga,hubungan PAS dengan PKR di Selangor kini menjadi `kelat'.Bukan itu sahaja,PAS juga memberi ingatan kepada Azmin,beliau tidak mungkin berada di kerusi Menteri Besar jika tanpa sokongan parti berkenaan.Apa yang pasti kehancuran kerjasama PAS dan PKR di Pulau Pinang yang kini merebak ke Selangor telah dipertanggungjawabkan kepada Azmin Ali.Imej lakonan `tok lebai' yang dibawa oleh Azmin dalam gambar profil di kesemua akaun sosialnya,Facebook,Twitter dan Instagram sebagai satu sindiran akan jadi "backfire".PAS betul betul berdiri teguh dengan Tok Lebai mereka.Azmin silap langkah hina tok lebai.Bila menyesal Azmin cuba berlakon pakai lebai.Segalanya sudah jadi bubur.Lakonan Azmin tidak menjadi.PAS benar benar kecil hati.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, March 17, 2017

TU DIAAA !!! #PAS #SELANGOR MULA SERANG #DAP MENJELANG #PRU14


Demi survival politik dan mungkin kerana sudah lama bersabar melihat keceluparan DAP,PAS Selangor akhirnya dilihat secara terbuka mula menyerang DAP menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Walaupun kedua-dua parti itu masih bergabung atas nama Kerajaan Negeri Selangor.Nampaknya PAS Selangor sudah mula ikut dasar PAS Pusat terhadap DAP.Semalam,PAS menyerang DAP dengan mempertahankan tindakan kerajaan menghantar guru Pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak yang mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching,Chong Chieng Jen.Dengan niat menjejaskan keharmonian agama,Chong berkata tindakan kerajaan menghantar guru mata pelajaran berkenaan akan mengganggu keharmonian antara kaum di negeri Bumi Kenyalang itu.Guru Pendidikan Islam sudah pasti akan mengajar subjek yang ditugaskan dan tidak akan mengganggu subjek lain ataupun pelajar lain yang bukan beragama Islam. 

Di Semenanjung Malaysia pun begitu dan ia tidak ada masalah.Guru-guru berkenaan dihantar ke sana untuk mengisi kekurangan guru Pendidikan Islam sahaja,bukannya menggangu agama lain.Setiausaha PAS Selangor,Mohd Khairuddin Osman berkata kenyataan yang dibuat oleh Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak adalah biadab.Katanya,jika DAP diberi peluang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum nanti, perbalahan agama boleh tercetus."Dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Wakil rakyat DAP itu juga berkata guru Pendidikan Islam di Semenanjung mempunyai falsafah dan pemikiran sempit."Amatlah tidak sesuai untuk kerajaan menghantar guru-guru pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak.Janganlah mencemarkan pemikiran anak muda generasi baru Sawarak, janganlah membawa falsafah dan pemikiran yang sempit atas agama ini dari Semenajung ke Sarawak. Biarlah kita mengekalkan keharmonoian antara kaum di Sarawak," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong,Sultan Muhammad V.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sudah mula merencanakan strategi untuk memastikan PAS menyerang sikap kurang ajar DAP terhadap agama Islam pada masa sama memastikan PAS terus bertapak di Selangor.Sehari sebelum itu PAS mengumumkan sudah menghentikan sebarang rundingan dengan PPBM dan kini menumpukan usaha dan kerja untuk memantapkan parti berkenaan.PAS Selangor dilihat menerima tekanan dari DAP. Dilayan sebagai "kelas ketiga" selepas PAN dan PKR sedangkan PAS miliki kerusi yang banyak di Selangor. 

Sejak kebelakangan ini,DAP banyak menempelak PAS dengan mendakwa parti Islam itu berpakat dengan UMNO dan membantu parti berkenaan untuk menang dalam PRU nanti biarpun sebenarnya PAS masih tidak sepenuhnya menerima UMNO sebagai rakan politik.Pakatan Harapan yang baru sudah menidakkan peluang PAS bertanding di Selangor.Calon PAS tiada dalam senarai calon pakatan pembangkang itu. Jika PAS tidak serang DAP, mereka sendiri akan pupus di Selangor.Perbalahan ini akan menjadi lebih besar menjelang PRU14 ini.Apa tidaknya,PAN sudah berkerjasama dengan DAP dan PPBM untuk ambil alih semua kerusi PAS.Putih mata lah PAS kalau jadi begitu.Pergaduhan ini akan merebak dan terus merebak. Azmin Ali sendiri tidak akan mampu bendung perkara ini.Hilang jentera PAS, kalahlah PKR. Kekuatan PKR sebenarnya adalah pada PAS. Di Selangor,PKR hendak berpihak kepada siapa ??? DAP atau PAS ??? Pergaduhan peringkat akar umbi akan jadi lebih parah kerana persoalan ini. Pakatan Harapan sudah retak menanti belah di Selangor.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, February 20, 2017

TU DIAA !!! #HIMPUNANRUU355 #RU355 SINGKIRKAN PARASIT DALAM #PAS !!!


dianggarkan kira-kira 50 RIBU orang menghadiri Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 yang diadakan di Dataran Merbok.Himpunan berkenaan juga tidak mendapat sebarang halangan daripada pihak berkuasa dan ia dibenarkan diadakan di situ.apa yang pasti,himpunan anjuran PAS ini akan menyaksikan parasit yang selama ini berada di dalam parti itu tetapi dalam masa yang sama menyokong pakatan harapan akan disingkirkan.Bagaimana caranya ??? Ianya mudah kerana pakatan harapan terutama DAP tidak menyokong RUU,justeru sesiapa yang tampil senada dengan parti itu,sudah semestinya menjadi parasit.Selain DAP,Parti Amanah Negara (PAN) juga menolak RUU malah Khalid Samad,Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) pada tahun lepas telah menolak cadangan usul persendirian berkenaan pindaan RUU yang dibawa oleh Presiden PAS.Begitu juga Mahfuz,walaupun menyokong RUU tetapi beliau tidak bersetuju himpunan itu diadakan di jalanan.

"Kalau tanya saya sokong ke tidak Akta ini dipinda,saya akan undi sokong tetapi soal sama ada saya akan hadir ke tidak untuk menyokong Himpunan RUU 355 nanti,saya akan tentukan nanti. "Ini kerana bagi saya, dengan membentangkan ia ke dalam Parlimen sahaja dah cukup.Tak perlu bawa ia ke jalanan,” katanya kepada The Malaysian Times (TMT) pada 19 Januari lalu.Tetapi hairannya beliau boleh pula turun menyertai himpunan haram Bersih 5 yang diadakan di Dataran Merdeka pada tahun lepas walaupun PAS secara jelas menyatakan ia tidak menyokong himpunan Bersih itu.Memang tindak tanduk Mahfuz selama ini yang gemar mengkritik parti juga mencetuskan kemarahan beberapa pemimpin PAS hinggakan Naib Presiden Pas,Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencabar beliau supaya keluar dari parti itu.Malah dalam banyak perkara,Mahfuz seolah-olah menjadi jurucakap PAS walaupun tanpa diminta.Beliaulah yang kerap bersuara hinggakan suatu masa dulu ketika bekas ahli PAS menubuhkan parti serpihan PAN,ramai yang menyangka Mahfuz akan ikut serta.geng geng parasit tidak akan berani turun di Padang Merbok.Mereka takut pada DAP dan PAN.Maka tersingkirlah parasit dan keluar dari PAS.siapa dia ??? anda dah lihat kan siapa yang tak datang ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #HIMPUNANRUU355 #RUU355 LEBIH BERTAMADUN DARI DEMO #BERSIH #BERSIH5 !!!


Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 Sabtu lepas di Padang Merbok terbukti berjalan lancar dan penganjurannya lebih bertamadun dari demonstrasi Bersih 4 dan Bersih 5.Biarpun berlangsung sejak pukul 2.30 petang sehingga pukul 11 malam,tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh para peserta malahan mereka setia duduk di atas padang mengikuti aturcara program yang dijalankan pihak penganjur iaitu PAS.Pada Himpunan RUU355,tidak ada pihak polis yang terpaksa menahan peserta,kerana pergerakan masuk dan keluar dari Padang Merbok begitu lancar dengan orang ramai yang hadir dan beredar dari lokasi himpunan begitu lancar dan teratur.Polis tidak dirempuh seperti demo Bersih.Biarpun cuaca panas dan lokasi parkir kereta agak jauh dan terpaksa berjalan kaki,tidak ada pun kedengaran rungutan atau provokasi dari pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan penganjuran berkenaan. 

Berbanding himpunan Bersih,lokasi perhimpunan ada yang dijadikan medan remaja berbuat maksiat.Ada juga aksi hubungan sesama jenis yang dilarang dalam Islam sesama demo Bersih.Tidak ada bendera LGBT dan kelibat geng homoseksual dalam perhimpunan RUU355.Ketika Himpunan RUU355,para peniaga di sekitar ibu negara juga tidak sampai menutup perniagaan mereka sepanjang perhimpunan kerana tidak bimbang premis mereka dirosakkan seperti dalam perhimpunan Bersih yang anjuran Ambiga dan DAP.Paling menarik ialah,pihak yang bersolat jemaah di Padang Merbok,bersolat dengan arah kiblat yang betul dan mereka berjemaah beramai-ramai di atas Padang Merbok.Ketika himpunan Bersih,peserta Bersih bersolat mahu menunjuk-nunjuk sehingga arah kiblat berbeza beza di lokasi himpunan berkenaan.Tiada pergaduhan atau perkelahian yang berlaku malahan tidak ada pun kereta peronda Polis yang rosak angkara provokasi dalam kalangan peserta perhimpunan RUU355.

Bagi seorang Penganalisis Politik dari Universiti Malaya,Dr Awang Azman Pawi,beliau percaya Himpunan RUU355 mencerminkan aspirasi rakyat dan bukti kekuatan PAS.“Kehadiran itu menunjukkan sokongan akar umbi terhadap pindaan yang dicadangkan itu, terutamanya penyokong PAS yang terdiri daripada orang Melayu Islam yang ramai jumlahnya,” katanya.Beliau berkata,ia juga jelas yang NGO Islam menunjukkan diri mereka sebenar pada himpunan itu. “Terdapat sokongan daripada NGO Islam yang selama ini memilih mendiamkan diri tetapi kini mengambil keputusan menunjukkan sokongan terbuka terhadap pindaan itu," katanya.Sudah pasti dari segi angka Himpunan RUU355 sudah menang.50,000 orang berkumpul berbanding Bersih 5 hanya dalam 20,000 sahaja.Himpunan RUU355 lebih tamadun kerana tiada langsung caci maki pada pemimpin,berbanding demo Bersih yang penuh kata nista dan maki hamun.Himpunan RUU355 ini telah menghantar satu mesej kuat pada DAP bahawa PAS masih lagi kuat.Hantar mesej bahawa PAN adalah lemah.DAP tentu termenung panjang melihat angka dan kesan Himpunan RUU355 ini.DAP akan rangka strategi baru selepas ini.Dengarnya akan ada himpunan balas melawan RUU355 dengan lebih besar lagi pada 18 Mac ini.Benarkah ???

APA KOMEN ANDA ???


RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, January 25, 2017

TU DIAAA !!! #PRU14 BELUM BERMULA,#PAN SUDAH SERANG #PAS DI #SELANGOR !!!


Pembangkang pernah mengakui bahawa mereka sebenarnya berkerjasama sesama sendiri untuk memastikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti,pertandingan Barisan Nasional (BN) hanya akan terjadi melibatkan satu lawan satu.Bagaimanapun,perkataan itu hanya retorik mereka kerana mereka sudah mula berkonflik sesama sendiri sekarang ini.Teruk dan parah konflik mereka.Seperti yang diketahui,PAN adalah parti serpihan dari PAS yang terdiri dari bekas pemimpin PAS yang kalah dan kecewa dalam pemilihan parti berkenaan dulu.Kini,PAN dilihat sudah mula secara terbuka mengkritik dan menyerang PAS di Selangor.Serangan PAN itu diketuai oleh Timbalan Presiden PAN,Salahuddin Ayub ke atas PAS.Di Selangor,pakatan pembangkang yang dulu,Pakatan Rakyat masih wujud kerana PAS,PKR dan DAP masih bersama-sama dalam Kerajaan Negeri Selangor kerana pakatan itu menang PRU ke-13 lalu.Oleh kerana Pakatan Rakyat di luar Selangor sudah berkubur dan wujudnya Pakatan Harapan bersama PAN tanpa PAS,PAS nampaknya perlu dibersihkan dalam kerajaan negeri dan digantikan dengan PAN pimpinan Presidennya Mohamad Sabu. 

PAN jelas mahu mengisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik PAS dan mahu merampas jawatan Exco yang kini disandang oleh wakil rakyat parti Islam itu dalam DUN Selangor.PAS selepas PRU13 ada 15 kerusi dan selepas dua ADUN meninggalkan PAS ke PAN, kini PAS hanya tinggal 13 kerusi sahaja lagi.Dulu,Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampak komited untuk kekal bersama gabungan dengan PAS dan tidak menghiraukan serangan PAN tetapi nampaknya Timbalan Presiden PKR itu sudah berubah sedikit gayanya. Azmin nampaknya sudah merestui tindakan PAS berkenaan dan seakan-akan membenarkan PAN menyerang PAS ketika ini.PKR juga sudah nampaknya terlibat dalam ketegangan kedua-dua parti ini dan mungkin juga DAP yang mahu PAS dilenyapkan terus dalam nyawa Kerajaan Negeri Selangor. PKR juga dilihat sudah berpihak pada PAN untuk serang PAS. Semalam Rafizi telah mendedahkan menerusi kajian INVOKE, bahawa PAS akan lenyap selepas PRU14. 

Ini membuktikan pembangkang tidak boleh memerintah di mana-mana pun di Malaysia ini kerana kerap sangat berkelahi sesama sendiri sampai mereka sendiri enggan memikirkan berkenaan masa depan negara dan rakyat.Azmin sendiri sudah lupa jasa PAS yang menyokongnya sebagai MB dan tidak berpihak Wan Azizah. Kini bila dah berkuasa,Azmin beri pisau lagi pada PAN untuk tikam terus PAS di Selangor.Sikap Azmin yang memihak PAN sudah dapat dilihat semasa PRK Sungai Besar lagi.Kali ini,Azmin merasakan PAN lebih penting berbanding PAS. Perang besarlah pembangkang di Selangor jika PAN bertanding di semua kerusi PAS bertanding.Satu sahaja cara hendak ajar mereka ini.Jangan beri undi pada pembangkang.Kalau beri undi juga,tiga kali lah orang Selangor kena tipu.Cukuplah dua kali,kali ketiga jangan terjatuh ke lubang yang sama.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, January 24, 2017

TU DIA !!! #TUNMAHATHIR #TUNM PERCAYA #DAP LEBIH MEMAHAMI JIWA MELAYU BERBANDING #PAS ???


Tindakan yang sama setiap masa akan menghasilkan keputusan yang sama.Begitulah agaknya pandangan Mahathir,maka atas sebab mahu hasil yang berbeza pula,maka Mahathir perlu membuat tindakan berbeza.Itulah yang boleh di lihat pada hari ini.Setelah berpuluh tahun menghasut orang Melayu membenci DAP,maka apabila keadaan terdesak dan Mahathir perlukan DAP untuk menyambung nyawa politik anaknya,maka kerja mensucikan DAP terpaksa dilakukan dengan keadaan drastik.Mahathir membuat kenyataan menolak terus kerjasama dengan PAS dan memilih DAP untuk bersama dalam pakatan pembangkang Apabila Mahathir sudah berubah pendirian,ada pula kalangan ahli Parti Bunga nya dan segelintir golongan rakyat yang menyokong Mahathir mengatakan mereka yang tidak sokong Mahathir adalah salah dan tidak betul. Sedangkan yang berubah adalah Mahathir.Yang suka U TURN juga adalah Mahathir.Keputusan U TURN itu dibuat oleh Mahathir sendiri.

Maka atas sebab DAP sudah dikenal pasti oleh Mahathir untuk dijadikan alatnya,lalu kerja mensucikan DAP perlu dilakukan,maka segala benda berkenaan DAP mesti harus dinampakkan kesucian dan kebaikan sahaja.Sebaliknya,segala benda berkenaan “Najib” mesti dijijik kan dan diburukkan.Maka,atas sebab jenama DAP telah diburukkan oleh Mahathir sendiri sekian lama,hampir dua dekad.Maka Tuhan telah membuat Mahathir sendiri sebagai pencuci najis najis DAP sekarang ini.Hari ini DAP tidak perlu berpeluh dan bersusah payah untuk mempertahankan diri jika ada orang Melayu terutamanya pemimpin UMNO mencaci dan mengkritik DAP, kerana Tun Mahathir akan melakukan kerja membela DAP. “Its a dirty job but Mahathir has to do it”.Bukan kerana Mahathir sayang DAP tetapi kerana Mahathir amat sayang cita cita peribadinya dan semestinya lah dia membela “alat” barunya setelah “alat” lamanya UMNO enggan menjadi baruanya. Dalam satu ucapan ketika kempen mahu menjatuh kan Abdullah Badawi,Mahathir ada berkata kepada ahli UMNO,supaya mereka tidak harus sokong tubuh badan Presiden UMNO (Pak Lah) dan sepatutnya mengikut dasar, lalu apabila Abdullah Badawi sudah tidak berada di landasan yang betul (ikut penilaian Mahathir sendiri ) maka sepatutnya ahli UMNO menolak Pak Lah. 

Tetapi seperti biasa,apabila Mahathir sendiri sudah keluar landasan Melayu,bangsa dan agama dengan menyokong DAP,sepatutnya penyokong dan pentaksub Mahathir tidak lagi sokong Mahathir dan tubuh badannya.Kerana Mahathir sudah keluar landasan dan berada di jalan yang tidak betul,namun sebaliknya pula terjadi.Mereka terus menyokong tubuh badan Mahathir.Yang tidak menyokong di gelar pemakan dedak pula.Kini nyata sekali,Mahathir sudah kotor,jijik dan bertaraf “pariah politik” tetapi kenapa masih ramai terpedaya dengannya ??? Jangan hairan atau terkejut jika esok lusa Mahathir akan berkata DAP juga adalah pejuang Islam dengan menyokong PAN dan Mat Sabu. Mahathir sedang laksanakan tugas yang pernah dipikul oleh Presiden Melayu pertama Singapura, dia dilayan sebegitu kerana menjual umat Melayu.Tetapi hadiah untuk jawatan Presiden bukan diberi PAP kepada bangsa Melayu, tetapi kepada dia seorang sahaja.Apabila dia sudah mati,Melayu tidak pernah lagi menjadi Presiden di Singapura selama lamanya walau pun menjadi bangsa kedua teramai di Singapura. 

Maka itulah DAP akan lakukan,mereka hanya melayan Mahathir kerana kerja memecah belahkan Melayu dan orang Islam sedang di “execute” oleh Mahathir.Dalam cengkaman DAP adalah orang Islam PAN dan kini orang Islam Pribumi juga akan akur kepada DAP kerana Mahathir berharap sangat DAP akan memberi laluan kepada anaknya menjadi Perdana Menteri.Hanya anak Mahathir sahaja akan laksanakan “tugas khas” yang dua Perdana Menteri UMNO enggan bekerjasama. Itulah Mahathir dia sanggup melakukan apa sahaja sebelum pejam mata kerana rencananya “perjuangan belum selesai” hanya akan selesai jika Mukhriz naik menjadi Perdana Menteri. Kepada yang lupa dan terpedaya dengan membenci dua Presiden UMNO ingatlah bahawa slogan “perjuangan belum selesai” di sebut Mahathir lama sebelum dia bersara lagi. Bermakna dia sudah lama simpan rencana menjatuhkan pengganti,tidak kira siapa pun asalkan tidak melebihi sepenggal demi menyelesaikan perjuangannya.Maka di kala ini,DAP dilihat sebagai “alat” terbaik untuk menaikkan anaknya.Maka DAP dianggap oleh Mahathir sebagai amat memahami jiwa melayu. PAS pada Mahathir tidak memahami jiwa Melayu.Ia sama seperti Presiden Pertama Melayu Singapura menganggap PAP sebagai memahami jiwa melayu lalu mempercayai PAP,tetapi setelah dia pejam mata , melayu tidak pernah lagi dilantik menjadi Presiden Singapura dan berkemungkinan tidak dilantik lagi sehingga hari kiamat demi menjayakan agenda Singapura Raya yang pro Israel.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, September 22, 2016

BREAKING NEWS !!! #PAS BAKAL DIKUASAI OLEH #SYIAH ???


Setelah kematian Mursyidul Am PAS,Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Hospital Standford,San Francisco,California,Jumaat lalu,ramai yang ingin mengetahui,siapakah pengganti beliau yang akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baru.Ditambah pula pendirian PAS yang kini lebih sederhana,pastinya ramai yang ingin melihat sejauh mana pengganti Allahyarham dapat mengekalkan prinsip PAS itu.Seperti sedia maklum,jawatan Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dalam hirarki kepimpinan PAS.Justeru,sesiapa sahaja yang dipilih menjadi Mursyidul Am,pastinya akan menentukan corak dan hala tuju parti berkenaan selepas ini.Setelah pemangku Mursyidul Am PAS,Datuk Ahmad Yakob dilaporkan menolak namanya daripada dicalonkan untuk menjadi Mursyidul Am PAS yang baru,timbul persoalan,siapakah yang bakal menerajui PAS selepas ini. 

Beberapa nama disebut-sebut sebagai calon termasuk Ketua Dewan Ulama,Datuk Dr Mahfodz Mohamed,bekas Ahli Parlimen dan pemimpin PAS Kedah,Taib Azamudin dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.Namun difahamkan Taib enggan namanya dikaitkan atas alasan kesihatan.Antara nama yang hangat diperkatakan adalah Dr Mahfodz.Beliau bukan asing lagi dalam PAS dan telah dilihat antara pemimpin masa hadapan PAS.Namun terdapat spekulasi yang melabelkan beliau sebagai pemimpin Syiah.Andaian itu dibuat kerana beliau dikatakan pernah menghasilkan sebuah buku “Ahl Al-Bayt Dalam Al Quran dan Al Sunnah” dengan isi kandungannya disifatkan mirip seperti apa yang diamalkan oleh golongan syiah. 

Meskipun kebenaran tuduhan itu tidak diketahui namun persoalannya,adakah PAS akan mengizinkan seorang yang diragui walaupun hanya satu spekulasi,memimpin PAS selepas mengecap kegemilangan di bawah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Allahyarham Datuk Dr Haron Din ??? Di Malaysia hari ini,fahaman syiah telah ditolak oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan hampir kesemua ulama muktabar.Ini kerana,Malaysia memegang mazhab Shafie dan sebarang penyebaran dan menganut fahaman ini merupakan antara kesalahan yang boleh diambil tindakan.Seharusnya,Majlis Syura PAS harus lebih berhati-hati dalam memilih bakal Mursyidul Am mereka yang baru.Sebarang kesilapan memilih pemimpin,memungkinkan PAS sekali lagi terpesong daripada perjuangan mereka.Malah,lebih teruk lagi,ada kemungkinan menyaksikan,ahli PAS sendiri mungkin akan terpesong aqidahnya,sesuatu yang paling mahu dielakkan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, November 05, 2015

BREAKING NEWS !!! KELANTAN BAKAL GUNA #NGO UNTUK KAUT UNTUNG MANGSA #BANJIR ???


Musim tengkujuh datang lagi.Seperti kelazimannya negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bakal berhadapan dengan segala kemungkinan yang tidak dapat dijangka.Tahun 2014 menyaksikan bagaimana Kelantan adalah negeri yang paling teruk dilanda malapetaka banjir sehinggakan digelar oleh rakyat di sana sebagai Banjir Kuning atau dalam bahasa dialek Kelantan,Bah Kuning.Hadirnya banjir petaka ini bukan sahaja mengorbankan nyawa malah harta benda penduduk yang majoritinya mendiami di sepanjang sungai-sungai di dalam daerah tertentu.Sebagai contoh,antara daerah yang teruk musnah adalah Tanah Merah dan sebahagian Pasir Mas.Bayangkan hampir tiga ribu unit rumah kediaman samada yang bertaraf harta milik persendirian ataupun bertaraf setinggan musnah sama sekali.Paling teruk,sehingga artikel ini ditulis,masalah penempatan terutama pemberian rumah kepada mangsa banjir tersebut masih belum selesai.Ironinya bala petaka ini bukan setahun dua pernah dialami oleh negeri Cik Siti Wan Kembang ini.Peristiwa banjir besar yang dikenali sebagai Bah Merah pernah berlaku pada tahun 1920an lagi.Hampir setiap tahun banjir berlaku dan Kerajaan Pusatlah yang turun membantu termasuk membantu dari segi kewangan kepada mangsa yang terlibat.

Kerajaan Negeri terutamanya selama 23 tahun di bawah pemerintahan PAS hanya mampu ‘membina’ alasan dan bukannya membina tebatan banjir.Alasan paling kukuh yang pernah dipersembahkan oleh Kerajaan PAS adalah ‘Qada dan Qadar’,rakyat dan mangsa banjir kena belajar menerima ujian dari Maha Pencipta ini.Terbaharu di sidang DUN Kelantan,Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob dengan nada sudah kehilangan semangat berjuang untuk rakyat seperti sebelum Pilihanraya Umum ke 13 menjawap soalan dari Mohamad Zaki Ibrahim Adun Pas Kelaboran bahawa Kelantan akan menggunakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai sektariat mengurus banjir.Tidakkah Kerajaan PAS Kelantan merasa malu apabila mendedahkan bahawa perancangan menyerahkan kerja penyelerasan banjir ini adalah hasil rumusan daripada beberapa bengkel yang dibuat serta taklimat bagaimana untuk menyelesaikan serta tindakan yang sepatutnya dibuat oleh kerajaan apabila menghadapi petaka banjir.25 tahun Kerajaan PAS memerintah,sepanjang itulah mereka menghadapi situasi yang sama saban tahun dan akhirnya itu sahaja jawapan kepada permasalahan yang mampu PAS Kelantan buat,menyerahkan kepada NGO untuk urus masalah banjir.

Kenapa NGO ???

Persoalan yang wajar mendapat perhatian rakyat Kelantan.Adakah ianya berkait rapat dengan penyaluran dan dana bantuan dari Kerajaan Pusat dan juga syarikat-syarikat yang bermurah hati ??? Kalau pengurusan banjir dijalankan oleh NGO,pekerja kerajaan negeri boleh mengambil cuti bersenang lenang bersama keluarga ??? Atau jawapan Menteri Besar pada tahun lepas bahawa beliau juga sibuk mengurus rumahnya yang turut menjadi mangsa banjir maka semua kena serahkan kepada pihak lain untuk uruskan semua ini ??? Mungkin Kerajaan PAS Kelantan masih beranggapan rakyat Kelantan kurang cerdik dan boleh ditipu untuk ‘kelepek’ duit sumbangan yang bakal diterima dengan jumlah jutaan ringgit seperti kebiasaannya di tahun tahun sebelumnya ??? Bersandarkan ‘akaun mala petaka’ yang diuruskan oleh NGO,siapa pun tidak akan bertanya kemana dibelanjakan,inikah cara Kerajaan PAS Kelantan dalam usaha mencari Tabung Politik peribadi wakil-wakil rakyat mereka ??? Adakah Adun BN Kelantan tidak nampak kebocoran yang bakal berlaku ini ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, September 01, 2015

KANTOI !!! #PAS AKAN JADI #PEMBANGKANG DI #SELANGOR ???


Akhirnya hala tuju Gerakan Harapan Baru (GHB) kumpulan yang kecewa kerana kalah perebutan jawatan dalam PAS,terjawab apabila mereka mengambil alih parti politik sedia ada dikenali sebagai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang kini Pengerusi GHB bagaimanapun berkata parti tersebut akan dijenamakan semula dan bakal dikenali sebagai ‘Parti Amanah Negara’. BNBBC Melaporkan nama baharu dan Perlembagaan parti yang diterajuinya itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat. “Pelancaran parti ini akan dibuat pada tanggal keramat 16 September ini,” katanya pada sidang media, Isnin.Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 namun gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandinginya.Menurut Mohamad atau Mat Sabu,pemilihan nama Parti Amanah Negara (Amanah) dibuat selepas RoS menolak permohonan penggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI).Nama-nama lain yang meanggotai parti itu sudah dijangkakan. Mereka ialah bekas Naib Presiden PAS,Ahmad Awang yang tewas pemilihan jawatan Presiden dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Beliau kini dilantik sebagai penasihat umum manakala bekas naib presiden PAS,Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi,Ahli Parlimen Parit Buntar,Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai naib pengerusi, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Ahmad sebagai ketua wanita. Turut serta ialah Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang). Selain itu, lima Adun PAS yang menyertai parti tersebut ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering),Aminolhuda Hassan (Parit Yaani),Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). Phahrolrazi juga adalah Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) NGO yang sebelum ini dijangka menjadi parti politik menggantikan PAS dalam pembangkang. 

Selain itu Ahli Parlimen PAS Tumpat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar dan ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad juga dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara 16 September depan.Persoalannya kini jika pertukaran nama Parti Amanah Negara diluluskan RoS,mampukah mereka yang sebelum ini menikam belakang PAS,berada dalam sebuah parti yang kononnya Amanah ??? Selain itu,keputusan mereka meninggalkan PAS dijangka memudahkan parti berkenaan membuat pendirian sama ada mahu kekal bersama PKR dan DAP di Selangor atau tidak.PKR dan DAP Selangor tidak bermasalah mengekalkan kerajaan negeri dengan menerima Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin ke dalam Pakatan Rakyat di negeri itu.PKR yang kini mempunyai 13 kerusi Adun,DAP (15) dan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (2),sudah cukup meneruskan pentadbiran dengan jumlah 30 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. PKR dan DAP Selangor kini boleh menyingkirkan PAS yang hanya berbaki 13 kerusi DUN untuk duduk di kerusi pembangkang bersama Barisan Nasional (BN) (12) dan Bebas (1) yang diwakili Tan Sri Khalid Ibrahim.Secara tidak langsung juga kedudukan BN Perak,Johor dan Kedah bertambah kukuh dengan tindakan beberapa Adun PAS meninggalkan parti dan menyertai parti yang dipimpin Mat Sabu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, August 20, 2015

TU DIAA !!! DR #SITIMARIAH SPIN PERKATAAN BARU !!!


adakah anda masih ingat dulu pemimpin PAS mengatakan umno KAFIR ??? kali ni,tiba-tiba Dr Siti Mariah menggunakan istilah “Keluar dari PAS tidak bermakna keluar Islam” inilah dikatakan Matlamat menghalalkan cara,maka jangan hairan sekiranya justifikasi yang diserlahkan adalah hanya untuk menyokong pendirian diri dan persekongkolannya.saya pasti,ungkapan tersebut bakal merobek ego PAS yang selama ini terkenal dengan siri pengkafiran secara besar-besaran oleh PAS ke atas ahli UMNO dan mereka-mereka yang enggan bersama-sama dengan mereka.Bukankah UMNO sudah lama mengasingkan antara PAS dan Islam,tetapi tidak pernah diakui oleh Mariah dan sekutunya sebelum ini ??? Malah,kafirlah kepada mereka yang enggan bersama PAS.Bukankah begitu ??? 

Selaku professional dan orang yang faham akan demokrasi,Mariah enggan mengakui kekalahan kumpulannya dalam muktamar PAS,lantas bertindak untuk bersama Gerakan Harapan Baru.Bayangkan jika mereka menang tempohari,apakah akan ada nada rajuk yang sama ??? Kalah pada Muktamar,Mariah akhirnya memilih untuk berada di “kenderaan” yang berbeza untuk menuju destinasi yang dipilihnya, tanpa mahu mengakui erti sebenar demokrasi serta professionalisma dalam politik.Dia menafikan hak dan kemenangan mutlak pemandu dan pembantu pemandu kenderaan asal. Nada kecewa, dan mungkin sahaja tidak mahu kehilangan nikmat “manisnya berkuasa”.Sekian lama mengikuti perkembangan politik tanahair,tidak pernah terfikir bahawa ianya akan hadir dari mulut seorang yang diangkat menjadi pemimpin PAS.

“Tidak masuk PAS bukan ertinya kafir”,atau “PAS hanyalah parti politik, bukan agama” membawa maksud yang sama seperti apa yang dilafazkan oleh Mariah.Sedang tidak mahu bersama PAS sahaja sudah digelar “kafir”,apa pula fatwa untuk mereka yang percaya “keluar dari PAS bukan bermakna keluar dari Islam” ??? Hari ini,Mariah membenarkan bahawa ahli-ahli UMNO berada di pihak yang benar sejak dahulu lagi dalam polemik kafir mengkafir dan siapa lebih Islam.UMNO lebih berpandangan jauh dan berjaya memahaminya. Tahniah kepada UMNO dan ahli-ahlinya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, July 27, 2015

BREAKING NEWS !!! 10 FAKTA APA ITU SUMPAH #BAIAH #PAS DIDEDAHKAN !!!


Sepuluh fakta yang masyarakat perlu tahu tentang apa itu bai'ah yang dilafazkan oleh ahli dan wakil rakyat Pas. Pengertian mengenai bai'ah ini dikongsikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas,DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH kepada Sinar Online dalam satu wawancara khas semalam. 

1. Definisi bai'ah Pas ? 

Menyentuh topik yang dinamakan bai’ah di dalam Pas sama sebagaimana bai’ah yang dirujuk dalam Fiqh al-Islami , di dalam sirah Nabi Muhammad SAW, Rasulullah mengadakan bai’ah antaranya Bai’ahtul Nisa, Bai’atul Ridwan, Bai’atul Aqabah dan banyak lagi bai’ah-bai’ah yang lain, yang dilaksanakan oleh Rasululllah dengan tujuan supaya umat Islam ini terikat dengan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Islam, dan umat Islam ini terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Rasulullah, walaupun peraturan itu kadangkala sangat mencabar seperti perkara yang membabitkan peperangan antara Islam dengan musuh Islam jadi bai'ah ini dibuat supaya ia mengikat para sahabat ini, maka Rasulullah memperkenalkan satu sistem yang dinamakan bai’ah. Jadi kita sebagai parti Islam kita ambil semangat daripada sirah ini, untuk kita laksanakan didalam parti kita kerana parti kita Pas ini sangat berpengalaman dari segi pelbagai isu... masalah dan macam-macam perkara jadi kita ambil faedah bai’ah ini untuk diperkenalkan dalam Pas supaya pimpinan dalam parti kita tahan menghadapi ujian sama ada ujian berbentuk dalaman mahupun berbentuk luaran. Jadi sebab itu bai’ah yang kita perkenalkan ini adalah salah satu daripada sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. 

2. Jenis bai'ah dalam Pas ? 

Dalam konteks Pas, bai’ah ini ada dua yang pertama bai’ah kepada ahli umum apabila mereka ini mengisi borang Pas. Jadi walaupun kita tidak namakan ia sebagai bai’ah tetapi bila mereka mengisi borang Pas ini mereka mengakui dengan nama ALLAH, mereka mengakui bahawa masuk di dalam Pas ini untuk dia menegakkan syariat Islam. Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu sama ada isu dalaman atau luaran, supaya ahli (boleh) tahan, kita (Pas) ikat mereka dengan bai’ah. Ada pun peringkat kepimpinan terutama sekali pemimpin yang dipilih menjadi calon di dalam Pas kerana di dalam konteks negara kita ini banyak aspek yang akan mencabar calon-calon ini seperti isu membeli calon, isu lompat parti, isu khianat parti, jadi kita dalam Pas hendak supaya parti Pas ini berbeza dengan parti-parti yang lain, maka kita ambil inpitati daripada sunnah ini kemudian kita laksanakan di dalam parti kita. Kita buat bai’ah untuk mengikat calon kita biar mereka lebih istiqamah dengan perjuangan Islam kerana memang perjuangan Islam ini satu perjuangan yang banyak menghadapi ujian tetapi bila kita ikat mereka dengan bai’ah Insya-ALLAH calon ada ketahanan dan sebelum bertindak, mereka akan ingat apa janji dengan parti, janji dengan bai’ah yang dilafazkan sebelum daripada masuk bertanding dalam pilihan raya. Untuk ahli, kita tidak namakan sebagai bai’ah secara umumnya, kita tidak rasmikan namanya sebagai bai’ah tetapi bila mereka isi borang Pas itu maka mereka memahami janji dengan Pas untuk patuh kepada segala peraturan parti dan kita kaitkan perkara ini dengan nama ALLAH, Nabi maka bila satu perjanjian dikaitkan dengan ALLAH dan Rasulnya maka perjanjian ini namakan sebagai bai’ah manusia dengan ALLAH adapun bai’ah membabitkan calon-calon yang bertanding ini perlu saya perjelaskan bahawa, bai’ah ini kita bagi pilihan kepada orang yang hendak bertanding atas tiket Pas, kalau calon merasakan bahawa mereka hendak bertanding atas tiket Pas kita mengatakan dalam Pas ada bai’ah, jadi kalau dia hendak bertanding dan dia tengok bai’ah itu, dia restu dengan bai’ah itu, dia kena patuh dengan bai’ah dan kalau dia tidak hendak dengan bai’ah ini, jangan bertanding atas tiket Pas, bolehlah bertanding atas tiket mana-mana sahaja.

3. Jika langgar bai'ah ? 

Jadi sebab itu isu melanggar bai’ah ini adalah isu yang besar kerana bai’ah ini adalah pilihan daripada individu itu sendiri, bukan parti yang paksa... dia bebas kalau dia hendak bertanding sahaja, kalau dia tidak mahu bertanding tidak mengapa, kalau dia hendak guna parti lain tidak mengapa, tapi apabila hendak bertanding atas tiket Pas dia kena faham bahawa dalam Pas ini ada bai’ah ada janji setia untuk mengikat mereka ini dengan perjuangan Islam supaya mereka tidak tergopoh-gapah, istiqamah dengan perjuangan Islam, jadi bila dia berbai’ah dengan Pas dia kena akur bai’ah ini janji dia dengan ALLAH yang paling besar. Calon ini menyebut sumpah dengan nama ALLAH, nama Nabi dan malaikat, sekiranya dia khianati apa yang diamanahkan ini dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat, sekalian makhluk yang boleh melaknat. 

4. Garis panduan lafaz bai'ah ? 

Di dalam Pas, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa lafaz yang dilafazkan di dalam bai’ah itu satu lafaz. Cuma kita dapati beberapa negeri ada yang menambah lafaz, jadi Majlis Syura Ulama kita tidak menghalang apa yang hendak ditambah itu kerana di dalam bai’ah ini kita tengok bai’ah yang dilakukan oleh Rasullullah pun ada berbeza misalnya Bai'atul Nisa berbeza dengan Bai'atul Aqabah. Jadi bila kita meletakkan satu lafaz maka lafaz itu digunapakai oleh semua wakil-wakil rakyat hampir semua negerilah kecuali saya difahamkan di Kelantan dia menambah sedikit dalam bai’ah dan kita dalam Majlis Syura tidak menghalang tetapi lafaz yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama adalah lafaz yang jelas antara intipatinya janji supaya tidak mengkhianati parti, tidak mengkhianati amanah yang diamanahkan oleh calon Pas. 

5. Bila bermulanya bai’ah ? 

Waktu Pas mula-mula ditubuhkan dulu tidak ada bai’ah sebab dulu ujian tidak besar dan orang bertanding dalam pilihan raya dalam Pas ini dulu orang tak bercakap akan menang sekiranya bertanding sahaja, cuma tidak mahu Umno menang percuma. Saya masih ingat ketika saya masih kecil, orang kampung cari duit untuk beri kepada calon Pas semata-mata tidak mahu memberi Umno ini menang percuma. Jadi zaman dulu tidak timbul masalah hendak beli calon, hendak hasut, tidak timbul masalah jadi zaman itu.. tiada bai’ah tetapi apabila ALLAH bagi kekuatan kepada perjuangan Pas kita melangkah selangkah demi selangkah sekarang ini bila sebut sahaja kita bertanding dalam pilihan raya maka orang boleh sebut kemungkinan besar Pas akan menang. Apabila menampakkan semakin hari (Pas) semakin kuat , maka sudah tentulah andaian yang kita takut, berlaku dalam kepimpinan dalam Pas ini... lompat parti ke… walaupun Alhamdulillah kita parti yang paling bersih berbanding dengan parti-parti lain berkenan dengan lompat parti ini tetapi macam mana pun kita perlu berwaspada sebab itulah kita meletakkan bai'ah dalam Pas. 

6. Ada calon yang pernah tolak untuk berbai'ah ? 

Sepanjang pengalaman saya tidak ada calon yang dicadangkan menolak bai’ah…. dan tidak ada seorang calon yang menolak untuk berbai’ah dalam Pas. Sebab kalau dia (calon) tolak….. dia kena tengok dulu kalau hendak bertanding atas tiket Pas, ini dia kena berbai'ah kalau setuju sila, kalau tidak setuju dia jangan bertanding… semua calon bertanding semua berbai'ah, bila hendak bertanding dia kena setuju, kalau buat sesuatu yang bercanggah dengan Pas dia dikira mengkhianatilah. 

7. Wujud bai'ah talak tiga ? 

Bai'ah talak tiga ini Masjlis Syura tidak menghalang, cuma lafaz dikeluarkan Majlis Syura tidak ada kandungan itu. Tetapi kita tidak menghalang mana-mana negeri mungkin semangat untuk menjaga kuasa pemerintahan yang ada di Kelantan mungkin dia tekankan, Tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jika dia saksikan dia adalah Mursyidul Am, orang paling besar dalam Majlis Syura Ulama, jadi kalau dia restu isi kandungan tersebut, maka hak negeri dan hak Mursyidul Am kerana umumnya lafaz bai’ah ini dia tidak ada nas qat'i.. sebab itu Rasulullah pun berbeza .. Baiah'tul Ridwan lain, Aqabah lain, bai’ah lain lain ikut keadaan, ikut suasana. Cuma yang saya sebut Majlis Syura Ulama tidak ada talak tiga ini, cuma kalau ditambah di peringkat negeri itu adalah hak yang tidak dihalang oleh Majlis Syura Ulama. Maksudnya mungkin tidak ada taklik talak tiga, setakat ini saya ingat tidak ada di negeri lain cuma rasa di Kelantan sahajalah. 

8. Komen bila Mufti Perlis dan Pulau Pinangs katakan bai'ah talak tiga Pas tidak sah (tidak jatuh taklik) 

Bila dia sebut taklik ini tidak sah, dia punya ayat itu sangat jelas.. mana dia tahu hati orang, mufti ini bila dia tahu hati orang, ayat itu sudah tidak betul. Saya nasihat agar mufti bercakap dengan ilmu dan orang yang layak untuk bercakap dalam isu perjuangan Islam adalah orang yang duduk dalam saf perjuangan Islam, jadi kalau orang yang dalam perjuangan Islam tidak terlibat, tidak faham jadi tidak payah bercakap dalam isu ini, kalau dia tidak sempurna dia tak payah cakap berdiam lebih baik. 

9. Bagaimana hendak elak jatuhnya talak tiga ini ? Saya sarankan agar isteri calon-calon tersebut memainkan peranan agar menasihati suami dia, beri nasihat supaya jangan buat tindakan-tindakan yang orang panggil tidak beretika, tidak ada moral dalam konteks perjuangan ini. Hatta orang bukan Islam yang berjuang pun mereka tidak berganjak daripada parti mereka walaupun komunis, mereka ada integriti, orang Jepun tidak berganjak, kalau kita dakwa kita pejuang Islam, tiba-tiba hendak berganjak. Oleh itu isteri mereka orang yang paling rapat dengan suami, nasihat suami, pujuk dia supaya dia tidak bertindak sebagai mana yang dia hendak bertindak. Nasihat yang paling sesuai kerana akibat sangat buruk, kalau orang yang langgar bai’ah ini akibat sangat buruk kita bimbang dalam rumah tangga tiada keberkatan, anak-anak tiada keberkatan jadi menyusahkan dia sendiri. Kalau dia berbai'ah dia memang jatuh talak kerana kuasa cerai itu ikut pada suami, jadi isteri jangan diam, pergi rujuk mahkamah syariah, paling praktikal cakap dari hati ke hati, beritahu suami agar berfikir panjang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini, kalau berlaku memang jatuh talak. 

10. Nasihat kepada rakan-rakan yang seolah-olah hendak langgar bai'ah dan tubuh parti baharu. 

Jangan sesekali sesiapa melanggar bai’ah dengan ALLAH, mengkhianati jemaah, dalam sejarah perjuangan, minta maaf saya tidak mahu sebut nama sesiapa… tetapi dalam Pas orang yang langgar bai’ah yang cuba keluar parti semua sekali, saudara boleh tengok macam mana kedudukan mereka dunia ini. Dia tidak dihormati dan kadang-kadang kita lihat individu itu berhadapan dengan kesusahan yang banyak…. kerana apa? Kerana apabila kita langgar perjanjian ini dengan umum semua makhluk yang boleh melaknat akan laknatnya termasuk ALLAH, malaikat lebih daripada itu di hari akhirat … Satu benda yang sangat besar, jadi sebab itu dalam kesempatan ini saya hendak nasihat kepada kawan-kawan semua yang cuba hendak tubuh parti baharu, saya ingatkan perjuangan Islam ini tidak akan tergugat… kerana perjuangan Islam ini dijaga oleh ALLAH sebab itu dalam sejarah parti politik mereka yang tidak perjuangkan Islam ini mereka akan hanyut habis begitu sahaja.  

Atas nama kawan,saya sangat simpati kadang-kadang saya rasa kasihan walaupun kadang-kadang mereka lebih umur daripada saya, saya hendak nasihat kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan.Kalau ALLAH boleh ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab, kita dalam Pas boleh maafkan kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.. kami pun tidak untung apa. Cuma kita kasihan mereka yang bertindak di luar batasan agama tidak akan selamat, di dunia ini dihina oleh orang masyarakat, kita mati jawab di hadapan ALLAH satu benda yang sangat besar. Saya mengharapkan supaya semua kawan balik semua ke jalan Islam, kalau mereka hendak keluar tubuh parti cubalah mereka jawab, yang pertama parti yang ditubuh mereka itu,mereka berpegang pada ayat mana, surah mana kerana perjuangan Islam ini hanya satu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, June 17, 2015

BREAKING NEWS !!! TANGISAN RAKYAT KELANTAN KEHILANGAN TANAH DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!


Rakyat Kelantan semakin menderita,lebih 20 tahun dibawah kerajaan negeri yang ditadbir PAS tidak ada satu pun yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya.Membangun bersama Islam yang menjadi modal politik PAS juga hanya retorik semata mata.

saya nak tanya,selepas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia,sekarang adakah rakyat kelantan dapat tanah tu ??? cuba beritahu rakyat wahai Menteri Besar yang baru !!! 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates