December 9, 2011

Rehat Sebentar.


Hari ini hari Jumaat. Kalau di Kelantan, hari Jumaat adalah hari bermulanya cuti hujung minggu. Hari ini aku tidak melakukan sebarang aktiviti. Hanya duduk dalam bilik dan menyiapkan tugasan yang perlu dihantar sebelum tarikh akhir. Sementara meredakan perasaan geram dengan beban tugas yang ada maka aku menulis blog ini.

Sambil lagu-lagu Bahasa Inggeris yang beri banyak erti kepada aku berkumandang aku berusaha menyiapkan tugasan yang ada. Biasalah, bila mahu mendekati penghujung sem memang akan ada lambakan tugasan yang diberi oleh pensyarah yang baik hati. Tak perlu minta memang akan dapat punya. Aku pun takkan bodoh suka-suka minta tugasan daripada pensyarah.

Namun, walau terbeban macam mana sekali pun tugasan mesti di hantar tepat pada waktunya. Tertekan itu pasti tapi aku memilih untuk tidak merasa tertekan dan Alhamdulillah, aku berjaya mengatasi perasaan itu.

Sebenarnya aku tengah memotivasi diri aku sendiri. Aku merasa sedikit tertekan sebab tak dapat fikir macam mana nak buat assignment ni dan aku pula malas nak turun pergi bilik budak kelas aku yang kat blok sebelah. Maka jalan penyelesaiannya? 

Aku pilih untuk merasa tidak tertekan.

Tidur.

December 4, 2011

Kadang-Kadang Aku Begini.


Okay tak perlulah aku nak mulakan dengan ayat tipikal, nak tiup-tiup habuk konon dalam blog sebab dah lama tak update. Yang patut aku tiup keyboard ni haaa, tak pernah nak dibersihkan dan kalau rosak beli baru terus. Senang. Habis cerita. Itu pun kalau ada duitlah kan.

Kenapa lama agaknya aku tak update? Bukan sebab malas tapi ya, yang ini memang alasan tipikal. Aku sangat sibuk. Sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian yang tak pernah buat aku bosan kat sini. Setiap minggu ada saja aktiviti untuk memenuhi masa terluang. Kalau takde benda nak buat masa hari minggu, aku akan jadi sangat bosan dan hari yang berlalu sangat tidak produktif.

Tak semestinya hidup aku kat sini seronok sentiasa. Aku baru sahaja mengalami fasa kejatuhan perasaan yang tidak berapa melampau tapi agak menekan aku. Namun, dengan bantuan kawan-kawan aku masih berfikiran positf. Setakat ni juga tiada lagi niat nak terjun dari aras 3 asrama atau lot letak kereta aras bumbung di KB Mall. Ya, kawan-kawan atau pendengar setia sangat penting dan sebagai balasan untuk mereka, hari-hari mereka terpaksa mendengar aku berdebat. Kejam bukan? Takdelah, hari-hari aku akan mencari masa terluang untuk bersama mereka. Walaupun bukan keluar makan bersama namun makan makanan ringan di bilik mereka sambil bercerita sudah mencukupi untuk aku meluahkan perasaan apabila bertemu mereka.

Terima kasih kamu, kamu dan kamu juga. 3 perkataan kamu yang berulang bukan bermakna untuk 3 orang sahaja okay. Kamu itu untuk semua orang yang telah banyak membantu aku.

Sedar atau tidak bulan ni dah Disember, penghujung tahun 2011. Cepat betul masa berlalu kan? Aku akan menjadi lebih dewasa tapi matang belum tentu lagi.

Ohhhh dan aku belajar lagi benda yang sama. Jangan mudah puji, percaya dan meletakkan harapan kepada seseorang. Entah ini kali ke berapa aku sudah terkena. Mungkinkah aku sebenarnya memang mudah di pijak? Baiklah, seseorang tolong ajar aku bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada keadaan ini.

Aku penat layan karenah manusia. Mungkin aku perlu jadi seorang yang tidak berperasaan dan tidak ambil peduli supaya aku tidak mudah terasa dengan mereka. Kalau itu yang terbaik apa salahnya kan?

September 29, 2011

Sejarah Telefon Bimbit Saya.

Ohhhh lupa nak cakap plak. Handphone aku rosak. Betul tak tipu. Ya aku tahu aku baru je tukar handphone baru sem lepas tp nampaknya jodoh aku dengan handphone merah itu tak panjang. Sekarang sedang berfikir dengan mendalam nak pakai handphone apa pula memandangkan aku ni agak kasar orangnya maka agak tidak sesuai membeli handphone yang mahal.

Kalau beli handphone baru bermakna ianya adalah handphone aku yang ke-6. Aku mula pakai handphone masa tingkatan 4. Heyyyyyyy perlu ke cerita??

Nak jugak cerita. Dulu pernah pakai handphone ni :


Waaaaaa sape tak pernah pakai handphone ni bapak kaya lah korang kannn. Ada handphone ni pon aku dah bersyukur dah dulu.


Kemudian pakai handphone Nokia 3200. Itu pun ayah minta tukar dengan Nokia 3310 sebab ayah tak reti guna handphone canggih sikit. Sayang gilerrrrrrr handphone kat atas. Ada banyak kenangan dengan ehem ehem sebab banyak mesej dgn dia sampailah handphone ni hilang tertinggal dalam toilet kat The Curve masa kerja lepas SPM dulu. Tak nak bagi ayah tahu maka aku beli handphone ni balik sampailah aku tukar handphone yang lain. Handphone ni aku bg kat Cepek sbb dia takde handphone tp sekarang dia pun pakai handphone canggih drpd aku. Handphone ni dia kata tak tahu dia letak kat mana T_T


Haaaaaa lepas tu tukar beli handphone Sony Ericsson C902 masa dapat gaji bulan Februari 2009 kerja Starbucks dulu. Suka handphone ni sbb tengok James Bond pakai dalam Casino Royale kalau tak silap. Dalam filem tu punyalah canggih handphone ni sampai boleh tangkap muka orang jauh giler tapi cessssss tipu je sebenarnya. Handphone ni hilang kat library masa sem lepas. Aku pun tak tahu macam mana boleh hilang. Haishhhhh.


Di sebabkan handphone SE C902 aku hilang, 3 hari lepas tu aku beli Sony Ericsson J108i warna merah ni dengan keadaan bajet yang terhad. Handphone ni sangat simple. Takde wifi pon. Kamera pon 2MP je tp aku suke giler handphone ni sebab kamera dia cantik then keypad pun sedap taip mesej. Mula-mula beli tak suka sangat sebab teringat handphone lama tapi bila dah lama guna rasa sangat best. Handphone ni pun tahan lasak juga tapi rosak juga akhirnya sebab aku bawa dalam poket masa snorkeling kat Pulau Perhentian minggu lepas. Tu laaaa exited sangat nak terjun laut sampai lupa nak keluarkan handphone dalam poket seluar. Habis snorkeling Nadya tegur apa "petak" kat dalam poket aku T_T

Jadi sekarang aku tengah berkira-kira nak beli handphone apa terbaik untuk aku dan harga takdelah melampau sangat memandangkan aku ni kan student so seharusnya berlagaklah macam student yang hanya mengharapkan ihsan duit mak dan ayah. Tak pun pakai jelaaa handphone Nokia ada warna ber"torchlight" milik Fazilla ni, buat harta terus. 

Heheheheheeee~ 

Janji.

Malam ni akan pulang ke Kota Damansara atas alasan yang sangat kukuh, ingin menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik aku.

Tak sangka, dalam kesibukan dia membuat persediaan untuk menyambut hari bahagia dia, dia masih ingat dgn janji aku kat dia. Aku janji dgn dia yang aku nak cuti seminggu sebelum dia kahwin nanti. Aku cakap macam tu sbb seminggu sebelumnya aku ke Pulau Perhentian dgn sahabat-sahabat yang lain (yang ini akan ada entri khas yang lain pula) maka aku berniat mahu pulang ke KD dengan mereka terus namun terpaksa membatalkan hasrat aku memandangkan terpaksa ponteng kelas dgn banyaknya. Tak sampai hati la plak.

Aku tak sabar nak balik, berjumpa dgn dia dan meraikan hari bahagia dia bersama. Bagaimana agaknya perasaan dia menanti hari untuk disatukan dgn bakal suaminya? Rasa sedih juga sebab tak dapat nak kongsi perasaan tu dgn dia. Kawan jenis apa aku ni?

Maaf kawan. Aku akan pastikan aku duduk sebelah kau di hari pernikahan kau esok hari. InsyaALLAH.

September 20, 2011

Dugaan Yang Tak Terduga.

Sakit kepala, sakit perut dan muntah-muntah. Serius sudah sangat lemah untuk menanggung semua ni. Sudah juga ke hospital dan sudah juga dapat ubat. Rasanya bila makan ubat lagi banyak maka lagi bertambah pening kepala otak ini.

Semoga saya cepat sembuh agar dapat menjalani kehidupan normal kembali.

Amin.

Percaya atau tidak, dalam saat-saat lemah macam ni sokongan dan keprihatinan daripada orang sekeliling adalah sangat penting dalam menghadapi dugaan semacam ini.

Terima kasih semua :')

September 13, 2011

Terbukti.


HAHAHAHA nampak dah nampak dah nampak dahhhh.

Okayyyy aku dah nampak yg sepatutnya.

Boleh buat tak kesah dah lepas ni.

Selamat malam!

September 12, 2011

Berangan.




Catatan Awal Semester 5.


Owhhhh dan Minggu 3M dah pun habis. Aku sangat enjoy jadi fasi untuk junior plus junior-junior sgt sporting dan kelakar. Aku tak rasa aku akan jadi fasi lagi untuk tahun depan memandangkan ada beberapa perkara yg buat aku rasa tak selesa terutamanya sejak insiden itu. Dan, bila aku dapat tahu dgn jelasnya yg "perempuan tu" tak suka aku atas alasan apa aku pun tak tahu membuatkan aku rasa cukuplah sekali ni saja aku kutip pengalaman jadi fasi. Mungkin dia tergugat dengan aku kot. HAHAHAHA. Yelaaa tak semua orang suka kita kan sbb kita pun bukannya suka semua orang. Haihhhhh macam-macamlah.

Dan aku dapat roomate baru, bilik baru tapi masih aras 3. Geng-geng aku ramai suruh minta tukar blok supaya sama dengan dorang tapi aku macam tak yakin boleh dapat memandangkan aku ada sejarah hitam dengan pengurus kolej kediaman ni. Entahlahhhh. Kalau dapat, dapatlah. Tak dapat, redha jelaaaa. 

*********


Ahad, 11/9/2011.

Kelas mula pukul 2 tadi. Hari ni ada 3 kelas je dan aku pg semua kelas. First time pg kelas minggu pertama. Kalau tak masa sem-sem lepas aku mst balik lambat seminggu macam tu. Aku berazam nak rajin pg kelas sbb nnt bila hujung-hujung sem aku akan malas pg kelas sbb rasa mcm dah lemau nak pg kelas. So baik aku jaga attendance awal-awal ni sbb aku dah plan ada hari-hari mana yg aku nak ponteng. HAHAHAHA.

********


Banyak benda nak buat tapi masih terbengkalai. Sebenarnya nak buat apa pun aku tak tahu tapi aku rasa macam ada sesuatu yang aku nak kena buat. Nantilah fikir.

Oklah, selamat malam kamu.

September 3, 2011

Entri Pertama September 2011.

Hey hey hey heyyyyy aku tak percaya cintaaaa!
Hey hey hey heyyyyyyyy!

Heyyyyyyyyyy aku bukan nak nyanyi lagu Liyana Jasmay kat dalam entri ni. Haishhh ni penangan cerita Hantu Bonceng yang aku tengok tadi-lah ni dengan Fazilla. Nasib baik best. Best sikitlahhhhh.

Terima kasih Fazilla sebab belanja aku dengan Hanis makan nasi ayam penyet siang tadi kat Shah Alam. Walaupun pedas sampai bibir dah jadi macam Angelina Jolie tapi tak kisah sebab sedapppppppp. Sayang kat kau. Hehehehe.

Rasanya belum terlewat lagi untuk aku ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat-sahabat sama ada yang dah kenal lama atau yang baru kenal sekejap. Saya manusia biasa, memang selalu buat salah. Minta halal mana yang patut.

Terima kasih.

********

Kad kahwin dia sudah pun sampai ke tangan aku. Ya, aku masih tak percaya sampai sekarang walaupun aku adalah antara orang terawal yang dapat tahu dia nak kahwin sebelum dia sedia menghebahkan berita perkahwinan dia.

Rasa pilu sangat sebab aku akan hilang seorang sahabat yang boleh berkongsi cerita, yang boleh memberi pendapat bernas dan yang sabar menunggu aku untuk berjumpa. Adakalanya aku juga tidak mengendahkan dia kerana terlalu sibuk dengan hal-hal lain sedangkan dia tinggal jauh dan susah nak jumpa kecuali bila dia balik ke sini.

Sudah tiba masa dia rupanya. Aku tak patut bersedih. Kegembiraan dia haruslah aku kongsi. Dia terkejut bila tengok aku tak gembira dengan berita ini.

Susahlah nak cakap. Nanti dia dah kahwin mungkin baru aku tahu perasaan sebenar aku macam mana.

Ohhhh aku akan pulang ke Kelantan. 2 hari saja lagi dan banyak baju tak basuh lagi. Syabas!

August 15, 2011

My Heart Speaks.


I told u. They're my favourite hello and my hardest goodbye.

August 13, 2011

Maaf, Saya Sibuk.

Uishhhhhhhhh banyak benda nak cerita tapi bukan dalam entri ni. Entri ni just nak cakap ;

High school friends is the best. They are my favourite hello and my hardest goodbye.

I can't wait for our next lepaking together. They drive me insane!

Love u babes! *Kiss kiss hug hug.


P/S ; Balik kerja td jumpa Zizan Raja Lawak. Hehehehe *gelak gatal.

August 3, 2011

Tak Percaya.

Rasa macam cepat sangat atau aku sebenarnya yang tak boleh terima kenyataan.

Tolong lambatkan. Tolonglah.

July 13, 2011

Sekarang Aku Dah Faham.

Tahun lepas aku apply untuk jadi fasilitator tapi hampa sebab aku bukan antara yang terbaik untuk jadi fasi. Agak kecewalah juga sebab aku apply sama dengan Mas, Aisha dan C-ma dan dorang semua dapat jadi fasi tahun lepas. Masa tu memang rasa loser gila tapi takpe, kehidupan tetap di teruskan macam biasa.

So bila dapat peluang jadi fasi tahun ni aku tak tolak walaupun tahu kena berkorban banyak benda terutamanya nak raya nanti. Setakat ni pengorbanan aku dah nampak hasilnya. Dapat jugalah kutip pengalaman sikit-sikit. Ececececehhhh.


Macam tak percaya pun ada sebab secara jujurnya aku pergi mana-mana kem atau program tak pernah dapat pun tapi kali ni dapat plak. ALLAH Maha Adil kan? Mungkin DIA tak bagi aku pergi tahun lepas sebab tahun ni DIA nak bagi double.

Alhamdulillahhhh :)

July 6, 2011

Sekadar Lagu.


"The scars of your love remind me of us.."
Suka giler lagu ni tak kesahlah versi siapa yang nyanyi pun.

Kenangan Ohhh Kenangan.


Tadi aku melepak kat RFM dengan Hafiz, Daus dan Afiq. Masih orang yang sama macam semalam cuma semalam ada Risa tapi hari ni hilang pula si Risa tu.

Sebenarnya rasa biasa je lepak dengan dorang. Macam lepak dengan kawan-kawan lain, takde beza sama je tetap best tapi yang buat aku rasa lagi best bila tiba-tiba kitaorang cakap pasal kenapa mak bapak pukul anak-anak masa kecik dulu then masa tu semua macam sedarlah, "Ohhhh kalau tak pukul dulu mungkin tak jadi oranglah aku hari ni. Silap-silap dah buat tu ini blablablablaaaa.."

Nampak simple tapi sumpah kelakar bila dengar masing-masing cerita pernah kena libaslah, belasahlah apalah. Lepas tu mulalah terkenang ayat touching kecik-kecik dulu kononnya nanti, "Dah besar nanti aku tak nak jumpa mak ayah aku lagi sebab pukul macam ni blablablablaa.."

Ok itu baru lepak 4 orang, belum lagi lepak dengan yang lain. Mesti lagi banyak cerita best-best yang buat kau tak ingat nak balik rumah lepas tu order air kosong banyak-banyak sampai mamak-mamak kat kedai bengang. Sorrylah mamak, esok kau tak jumpa muka aku dah memandangkan aku nak balik Kelantan kejap ada Kem Kepimpinan Fasilitator kat Setiu Agro-Resort, Terengganu untuk Minggu Mesra Mahasiswa bulan 9 nanti.

Mesti nanti mamak nama Kamal rindu ini budak yang suka order Milo ais. Ohhh esok bas pukul 9.30 pagi. Tak sukalah bas pagi sebab bila sampai petang nanti lalu depan court futsal, ramai orang tengah bersukan kat situ tengok aku tarik beg. Yelaaaa aku kan hot. Tak suka publisiti senang macam tu tau. Tak suka tak suka tak suka okayyyy.

Dah lah, nak kemas beg. Bye!

July 4, 2011

Terharu.


"Jangan ingat kitaorang dengar tapi dengar macam tu je. Kitaorang faham. Biar je, rilek je weyhhh. Kitaorang doa untuk kau.."

-Aku suka ayat kau kawan. Thanx babe :)

Jalan-Jalan KL.

Ohhhh sebenarnya kalau weekend aku malas nak masuk KL sebab for sure KL sesak dan ramai orang tp memandangkan Pqaa ada hal kat Low Yat maka aku, Ilani dan Fazilla teman Pqaa pergi sana. Pqaa dan kawan dia cari barang, kami pula duduk je tak nak bangun-bangun bersamaan dengan selfish macam kerusi tu kami yang punya sampailah Pqaa datang kat kami balik. Hehehehe sorry Pqaa. 

Sementara tunggu laptop kawan Pqaa siap kat kedai, kami main archery kat Times Square dulu. Tak rancang nak main pun tapi tiba-tiba jadi sangat menarik pula.


*Birthday girl 02/07/2011 :)

*Teruja untuk bermain archery.


*Para gadis yang gagah.

*Gaya mesti lebih walaupun panah tak kena.


Fazilla sebenarnya mengharapkan agar di hari jadi dia yang ke-22 ni kami buat surprise belikan lens untuk DSLR dia namun memandangkan hari jadi dia jatuh pada tarikh yang salah maka kami terpaksa musnahkan harapan dia. Maaf, aku masih belajar manakala ekonomi Ilani dan Pqaa pula tak kukuh lagi. Walaupun tanpa lens baru, aku tak kisah janji wajah aku tetap jadi pujaan DSLR dia. HAHAHAHA!


Dah lama mereka tak naik train. Bila naik train kena tinggal plak, memang terbaik. *Sumpah nak gelak kalau ingat* Aku baru je naik tahun lepas kot masa pergi KLCC. Sebab tu mereka agak teruja tapi lepas ni mungkin tak naik dah. Apa guna ada kereta baru iaitu kereta kita bersama tapi tak guna kan Pqaa kan? kan? kan?

Okayyy kenapa nama Pqaa je yang di sebut-sebut? Semoga Pqaa faham. Hehehehe.

July 2, 2011

TF3 - Menarik Tapi Macam Kurang Sikit.

Tak sangka tadi dapat lepak sekejap dengan Hanis, Bashi, Hafiz Roslan, Eddy, Farhan dan Fauzan. Disebabkan An dan Janjan datang dari nun Jitra sana maka kami pun jumpa dan lepak kejap sebelum aku, Eddy & Hafiz pergi tengok midnite show Transformers 3 dengan Fazilla, Ajun dan Aisyah.

Entahlah tak tahu kenapa. Aku rasa macam ada yang tak kena dengan Transformers kali ni. Bila keluar panggung je tak rasa puas. Tak rasa macam nak tengok lagi sedangkan masa Transformers 2 aku boleh tengok sampai 4x kat wayang. Aku gelak betul-betul masa tengok TF2 sebab kawan kolej Sam memang sangat kelakar tapi kali ni lawak dia biasa-biasa je. Heroin dia sangat hot tapi macam kaku je. CGI dan grafik tak aku nafikan, sangat cantik dan nampak real. Perang antara robot-robot tu pon best juga.

Tapi tapi tapi bagi aku, Shia Labeouf paling kacak dan betul-betul lelaki dalam movie tu. Bila marah ke, nangis ke, takut ke semuanya bersungguh-sungguh. Tak pernah tak suka dia, sentiasa sukaaaa. Kalau aku nak tengok movie ni lagi pun sebab dia je. Tak mungkin sebab Optimus Prime ke, Bumblebee ke, Sentinel ke, Megatron ke etc.

Eyhhhh setiap orang kan ada pendapat masing-masing. Aku tak minta korang setuju pun dengan aku. Bila korang tengok korang fahamlah. Pastikan korang khatam betul-betul Transformers 1 dan 2 dulu okayyyy.

July 1, 2011

Sudah Masuk Julai.


Happy 4th Anniversary Universiti Malaysia Kelantan.

Ya, kami masih muda. Sangat muda. Juga banyak kekurangannya tapi saya tetap sayang UMK. Tempat saya bertemu kawan-kawan baru dan belajar dunia baru.

********

Selamat datang Julai.

Semoga ALLAH kurniakan rezeki dan kesihatan yang baik selalu kepada saya, keluarga dan kawan-kawan.

Aminnnnnnn :)

Selatan Thailand Jun 2011 (2).

Ishhh ishhh ishhh rasa geram gilerrrrr. Serius geram gilerrrrr. Geram. Kalau ikutkan darah muda aku yang membuak-buak ni nak je aku pergi tengok sorang-sorang Transformers 3 tapi memandangkan tiket hari Jumaat dah beli jadi tunggulah sampai Jumaat. Rasa macam lambat giler nak Jumaat. Ishhh sabar weyh sabarrrrrrr.

********

Bila aku baca entri aku, aku terperasanlah satu perkara. Teruk jugalah perkara ni. Aku selalu janji yang aku nak cerita apa jadi bila aku buat tu buat ni tapi akhir ayat dalam entri tu aku mesti tulis, "nantilah cerita, sekarang ni aku penat" then lepas tu aku tangguh-tangguh sampai hari ni aku tak cerita. Walaupun aku tahu takde orang pun yang ingat aku tulis macam tu, takde orang pun yang ternanti-nanti aku tulis apa dan sebenarnya takde orang pun yang kisah tapi aku tak mahulah jadi macam tu lagi. Mungkin lepas ni aku boleh elakkan daripada menulis ayat "nantilah blablablabla" tu untuk selamatkan diri. Kalau aku tak nak cerita maka aku takkan cerita melainkan kalau aku jumpa korang maka aku akan cerita walaupun korang tak nak dengar pun sebenarnya kan? AKU PEDULI-I APANYE PUNNNNNNN.

Tapi last few days aku promise nak cerita pasal pergi Thai hari tu so nak ceritalah jugak. Plus, aku dah lama tak tulis diary so aku rasa this blog is the best place to keep my memories. Boley kan kan kannnn?? Heeeeee. Kalau malas baca boley terus klik "X" kat atas tu. Jangan risau, aku bukannya tahu pun. So, jom kita terjah gambar jom jom jom :)

*Dinner kat pekan Sg. Golok sebelum perjalanan ke Phuket.
Hari pertama ke Thai bermula pukul 5 petang sebab perjalanan ke Phuket yang mengambil masa satu malam maka malam pertama kami hanyalah di atas bas. 

Hari kedua kami bermula selepas breakfast, menaiki bot untuk melawat pulau-pulau sekitar Panga dan menikmati lunch kat Kampung Atas Air, Panji.

*They called this place as James Bond Island.
*Cause there is one of James Bond movies lalu bawah gua tu :)
Selepas tu terus ke Phuket, check in hotel dan pada malamnya berjalan-jalan sekitar bandar Phuket. Okay kalau nak shopping kat sini agak murah. Kalau pandai tawar untunglah :)

*Dinner dulu sebelum shopping kat bandar Phuket.
Hari ketiga bermula dengan perjalanan ke puncak bukit di bandar Phuket untuk menikmati pemandangan bandar Phuket dari atas. Lepas tu pergi lawat sana lawat sini dan petang harinya kami ke Rawai Beach (kot).

Bila dah petang-petang sikit kami ke Promthep Cape, kawasan paling cantik untuk tengok matahari terbenam. Bak kata orang, kalau korang datang Phuket tapi tak pergi sini serupalah macam korang tak datang Phuket sebenarnya. Kat atas tu memang berangin, yelah tepi laut kan dan masa kami pergi tu ada 2 pasang pengantin yang tengah photoshoot wedding. Romantik sangat :)

Malamnya pula kami ke Bangla Road, Patong Beach. Okay kat sini aku rasa aku tak datang dah kot. Serius, tempat ni memang untuk hiburan sahaja. Flyers for sex, tarian tiang dan open pub bersepah-sepah. Tak hairanlah kawasan ni tempat yang paling teruk kena tsunami, 2004. Nanti honeymoon jangan datang Patong Beach, takut bercerai pula kena kacau dengan bapuk-bapuk Thai yang hot-hot gilerrrrrr. HAHAHAHA.

Okay aku tahu bapuk tu tak hot sangat tapi bapuk tu yang tarik my lecturer and my lecturer have to paid him RM10, just ambil gambar saja and he called my lecturer as daddy. HAHAHAHA. Bapuk tu jugaklah yang bagi salam kat aku. What the... And nak say thanx kat my lecturer juga sebab beliau yang bayar duit tips kat bapuk-bapuk ganas lepas tangkap gambar dengan dorang. Thanx doc :)

Hari keempat kami ke King Prince University of Songkla (PSU) untuk program yang telah di atur, perkongsian idea tentang bidang pelancongan dan banyak lagi.

Kat PSU ni, budak-budak laki sangat suka sebab dapat kenal awek-awek Thai yang comel-comel belaka. Selain tu, kami juga ada buat persembahan kebudayaan untuk orang-orang PSU. Habis je program kat PSU kami terus ke Krabi dan bermalam kat sana. There's nothing much at Krabi, hanya pekan kecil je tapi ada pantai-pantai yang cantik juga :)

Lepas breakfast kami terus ke Hatyai. Sebelum sampai Hatyai kami singgah di Le Khaokob Cave. Seriusssssss, sinilah tempat paling best sepanjang trip aku ke sana. Sangat sangat best. Naik sampan without life jacket, menyusuri sungai masuk ke dalam gua sambil kena tunduk-tunduk dan yang lagi best kena baring dalam sampan juga sebab akan lalu kat part gua yang sangat rendah. Kau bangun sikit pun confirm berdarah kepala kau kena batu gua atas muka. 

*My teammates naik sampan & buat bising dalam gua :)
Habis je aktiviti ni, kami terus ke bandar Hatyai dan malamnya kami berjalan-jalan untuk shopping. Bandar Hatyai agak meriah kalau nak bandingkan dengan Phuket pada waktu malam sebab Phuket kawasan yang paling meriah pun kat Patong Beach tu je laa. Aku juga belajar naik "tuk-tuk", pengangkutan awam kat sana.

Hari terakhir kat Phuket kami menuju ke Muzium Songkla. Waaaa part ni pun aku suka sebab aku memang suka pergi muzium. Muzium Songkla lagi besar dan menarik dari muzium kat Malaysia. Sampai tak larat nak tengok semua bilik-bilik dia, tengok gitu-gitu je tapi best sebab info-info dia lagi banyak dan menarik. Muzium ni laa tempat assignment aku untuk exhibition buka sem nanti. T_T

*Pemandangan dari menara kat Muzium Songkla.
Selepas muzium kami ke Shamila Beach dan Taalat Nam market. Yang uniknya kat Taalat Nam ni, penjual-penjual kat sini berniaga atas sampan. Kebanyakan benda yang mereka jual adalah makanan dan minuman tapi ada juga jual barang-barang lain tapi kat pasar atas darat.

*Datang Shamila Beach wajib ambil gambar dengan duyung ni.
*Makan tengahari kat tepi laut :)
*Taalat Nam market :)
 
Dan Alhamdulillah, kami selamat tiba kat UMK dalam pukul 11 malam dan sempat menonton Maharaja Lawak akhir kat kedai makan. Nak beritahu jugak dapat tengok Maharaja Lawak tu sebab aku selalu tak dapat tengok, sibuk dengan aktiviti semasa. Konon.

Okay itu saja. Semoga terhibur. Sikit pun takpe :) 

P/S ; Terima kasih Naim & Saufi utk gambar-gambar kat atas.