Thursday, September 30, 2010

Sedih dan Bersyukur..

Siapa yang tak sedih bila :

1. Tgk member gambar beraya bersama anak2 dgn penuh kegembiraan dan keriangan..

2. member or sedara mara kita baru kawen beberapa bulan terus pregnant tanpa apa2 masalah..

3. tgk betapa comelnyer anak member yang baru lahir..pastu member tu tanye lak kita 'ko biler lagi ?' Andai ku tahu..senang aku bg jawapan bg soalan itu..

4. makcik /kawan keep on asking u..'bile nak lekat nie,org lain dok jauh pon dah lekat'....DUSH!!..tumbuk diri sndirik..nak tumbuk mkcik or member derhaka nanti..

5. makcik2 happy beraya bersama cucu-cucu......mak saya?happy jua ngan anak-anak walaupun belum ada cucu..alhamdulilah...

6. Kawan-kawan suami also keep on asking him..'org umah dah berisi lom?'...kesian dia...maaf yek suami atas kelewatan ini..

Sedih jugak kadang2..tp..malas nak layankan perasaan...sbb semuanya ketentuan Dia..bukan saya or suami saya..kami hanya berusaha se'mampu' yang boleh berserta doa dan tawakal..

Saya happy utk kamu semua yang memperolehi apa jua yang kamu ingin dalam dunia ini..begitu juga saya..Saya gembira dengan hidup saya bersama suami dan keluarga tersayang...Syukur kepada Tuhan kerana saya masih mempunyai mereka, walaupun saya belum punyai rezeki untuk memperolehi zuriat.......


okeh..saya nak nangis sekarang...

Tuesday, September 7, 2010

Syoknya Raya!

28 Ramadhan 1431

Hari terakhir aku bekerja sebelum cuti paaanjaaang utk hari raya..insyallah pas keje ni aku akan balik terus ke kampung jika cuaca mengizinkan..kalau hujan lebat cam smlm, akanku postponed balik esok pagi sahaja..

Kegembiraan aku terlebih sikit tahun ni sbb esok en.madey jua akan pulang ke BP utk menyambut hari raya bersama2..tahun ni adalah kali ke-2 dia dpt cuti beraya setelah 7 thn berkhidmat sbg anggota bomba..dia bukan setiap tahun dpt cuti raya..dorg guna sistem cuti raya bergilir2..nasib la kan,pasni 5 thun lagi en.madey akan dpt cuti raya lg...kesian..tp,tu la pengorbanan mereka utk keselamatan negara..berhati-hati la di jalanraya yek kengkawan..utk keselamatan kita, juga utk mengurangkan kerja anggota bomba menyelamat mangsa kemalangan di hari raya..

Aku ni share sket planning hari raya kami tahun ni :

8hb September 2010
= di rumah aku (Tmn Soga) dan bermalam

9hb September 2010
= di rumah en.madey (Prt. Bilal) dan bermlm (mlm raya di rumah mertua ok)

10hb September 2010 (raya pertama)
= di rumah en.madey (Prt. Bilal), after Asar balik ke kampung aku di sg.suloh dan bermalam di rumah aku (Tmn Soga)

11hb September 2010 (raya ke-2)
= join konvoi raya keluarga aku (Sg.Suloh-Prt.Hj.Mustaffa-Kg.Air Putih-Air Hitam) dan bermalam di rumah aku (Tmn Soga)

12hb September 2010 (raya ke-3)
= marhaban lelaki di rumah en.madey(Prt.Bilal) dan bermalam

13hb September 2010 (raya ke-4)
= konvoi raya keluarga en.madey dan bermalam

14hb September 2010 (raya ke-5)
=planning beraya bersama rakan-rakan sepelaungan aku dan bermlm di rumah aku (Tmn Soga)

15hb September 2010 (raya ke-6)
= en.madey sudah kembali bertugas,isteri masih menikmati cuti di rumah sehingga 19hb...bahagiaanyee saya dirumah...

ADIL dan SAKSAMA kan jadual kami....muafakat membawa berkat ni namanyer..hahaha...


Dengan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Dan Batin kepada :

1. Semua warga LPNM di HQ,JB dan juga cawangan-cawangan diseluruh Malaysia
2. Semua warga JBPM di Seremban 2 khususnya, seluruh Malaysia amnya..
3. Keluarga Tmn Soga=mak,abah,along,abg long dan adik..
4. Keluarga Prt Bilal=mak,abah,atok, along,abg irun, al dan aa ..
5.Rakan-rakan sekalian = Epit, Yah, Jep, Kak Pah n Muqri, Nad, Mimie n Hafiz, Sri, Yuhana, n Husband, Ned, Ryan and Azlan, Shar, Eliza n husband, Azza n husband, Eton n Mr.Alfateh dan semua (maaf mesti ada yang tertinggal)
6. Semua umat Islam..muslimin dan muslimat.....


Sama-samalah kita manfaatkan Hari Raya tahun ini dengan sebaiknya..agar kita sama-sama mendapat keberkatan daripadaNya..Salam Aidilfitri utk semuaa!!!


Monday, September 6, 2010

Sinopsis Ramadhan

Salam ramadhan...

Hari ni bersamaan dgn 27 Ramadhan..

Begitu cepat masa berlalu..Ramdhan dah nak jumpa penghujungnyer...rasa baru bape kali jek wat tarawih..sedih!..niat di hati nak terawih full..tp asal balik JB jek, mmg byk btol kekangan nak g masjid..tp bila balik BP,segalanyer dipermudahkan..tahun ni kira 'kerajinan' aku g terawih meningkat sedikit dari tahun2 lepas..antara sbbnyer..

1. Parents aku setiap mlm pergi terawih..sunyi dok umah pas buka tue..dengan TV kat umah rosak..baik aku habiskan masa ikut dorang terawih..

2. En.Madey gak kerajinan terawih meningkat jua seiring dengan peningkatan usia..aku dpt gak g terawih bersama2 kat kampung dia..seronok!sbb dpt jumpa mkcik2 kmpung yg selama ni aku tau nama jek..tak kenal rupa..dorg siap kenal aku,tau nama aku,tau aku bini madey,tau aku menantu mahmod..ohh...terasa glamer ok..

Tahun ni program berbuka pose di luar pon tak sebanyak tahun2 lepas..boleh dikira la buka kat luar tue..g lepak umah sewa en.madey pon aku masak sendiri tuk berbuka kat sana..kepuasan la bila masak nie..lagi tuk suami yg jarang2 sekali dpt makan masakan aku..Program berbuka pose di luar hanyalah :

1. Berbuka puasa bersama rakan-rakan office kat HADRAMAWT (The Best Yemeni and Arabian Food in Town). Lokasi restoren ni kat Hotel Pan Pacific Johor Bahru..Berbuka puasa kat sini pon atas invitation..kalau tak, takkan nyer aku suke2 nak makan kat restoren Arab nie..mahal lak tue..RM60++ per person..



2. Berbuka puasa bersama en.suami tersayang kat Kenny Rogers di Jaya Jusco Seremban2..buka kat sini pon sbb terlampau asyik bershopping smpai terlupa waktu berbuka dah hampir..nasib baik sempat booked tmpat ni..kalau tak mmg buka korek idung la..


Tu jekla program berbuka puasa kat luar setakat hari ni yek..manala tau tetiba mlm ni gatai nak buka luar lagik..akan i update kemudian..

Yang paling bestnyer buka puasa tahun nie, aku n member2 dpt berbuka puasa ramai2..bukan di hotel macam 5 thun lepas..tp hanya la di rumahku syurgaku..plan mmg macam2..akhirnya keputusan dibuat 2 hari sblm majlis berbuka bersama2 tue..nasib gak ramai yg ada..Credit to Mak Yah kerana masak hidangan yg sungguh enak tuk kami berbuka..Sgt meriah mlm tu dengan kaedah rewang-rewangan..dah mcm nak keje kawen kecohnyer..korang mmg best ok!

Ni antara tetamu yang hadir majlis berbuka puasa bersama rakan2 di rumahku:

1. Kak pah + Muq + Lana
2. Mazura + Jep
3. Mimie + Hafiz + adik Hafiz
4. Epit
5. Nadia Ir
6. Cik Rod
7. Yuhana + Syariz
8. Fadhilah Yaacob (nama penuh lagi ok)

pics from here

Smlm lak selesai majlis khatam keluarga hj arsat sailan kat umah kakak aku kat Senai..walaupun tak semua adik beradik bapak aku dtg, tu pon dah cukup meriah..bersama lauk yg sgt superb!..mmg berbaloi2..

Maka, hanya tingggal beberapa hari jek lagi tuk kita semua menyambut Hari Raya..persiapan raya tahun sgtla ala kadar..walaupun baju raya aku ada 15 pasang...nak pengsan akak bayor duit upah baju ok!!..sbb tu kuih muih..hamper hampehs tuk bos2 tertentu tiada yek tuk tahun ini..harap maklum..

Ape2 pon Slamat Hari Raya!!! (aku dgr ura-ura raya hr khamis..be alert la yek kawan2..)