Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Nasheed Maulana Arshad

Teri har ada hai pyaari

Saturday, November 20, 2010

Ibadah korban boleh sampai hari ini - JAKIM

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini boleh melaksanakan ibadah korban sehingga hari Sabtu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk melaksanakan ibadah ituselepas solat sunat Aidiladha Rabu lepas iaitu 10 Zulhijjah sehingga hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah atau 18, 19 dan 20 Nov.

Baca di sini.

Sunday, October 24, 2010

Apabila dasar pelajaran negara dilulus dalam mesyuarat parti politik

Apabila Dasar Pelajaran Negara diputuskan dalam perhimpunan parti politik, bayangkan impaknya kepada anak-anak.

Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO telah membuat satu dasar mewajibkan matapelajaran sejarah di sekolah-sekolah mulai 2013 setelah didesak oleh perwakilan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tanpa pegawai-pegawai di Kemeterian Pelajaran diajak berbincang, pengumuman sudah dibuat.

Perancangan, persediaan, keperluan, kewangan, tenaga pengajar dan sebagainya sudah tidak diambil kira.

Bukan sahaja NGO dan parti-parti politik pembangkang tidak dipelawa berbincang malah MCA, Gerakan dan MIC dikira seperti daun kerng yang berterbangan.

Bukankah baik cadangan perwakilan itu diterima dahulu, dibincangkan pro dan kontranya di peringkat kemeterian lalu dijadikan arahan atau dasar. Apakah tidak boleh begitu ?

Kenapa perlu tergesa-gesa ?

Saturday, October 16, 2010

Macam-macam kategori Taska di Malaysia

Ada Taska di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ada Taska Jabatan KEMAS (Kemajuan Masyarakat). Ada Taska Jabatan Perpaduan. Ada Taski ABIM, ada PASTI PAS. Ada Taska di bawah Jabatan Agama Negeri.

Ada yang campur adukan Taska dan TADIKA.

Terkini, ada Pusat Asuhan PERMATA di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Semuanya ada. Dianggarkan cuma 10% sahaja Taska JKM yang ada lesen.

Kenapa Taska, Tabika, Taski, Pasti dan lain-lain tidak ada lesen ? Ini kena tanya Meme Zainal Rashid Ketua Pengarah JKM Malaysia.

Seorang lagi kanak-kanak Taska mati di Putra Jaya

Saturday, September 18, 2010

Khalid Samad perlu ikut pengarang Utusan Malaysia

Bukankah MAI dan JAI kerja ikut titah.

Khalid Samad tak faham-fahamkah ?

Ikutlah editorial Utusan Malaysia. Saya 'percaya' mereka semua faham agama. Didikan ibubapa mereka cukup sempurna. 'Ustazah Teo' tak boleh, 'Ustaz Kamal' boleh !

Mentaliti UMNO dan Utusan tak berkembang-kembang sejak 53 tahun yang lalu. Istihar saja merdeka, semuanya masih dijajah.

Itu yang mereka mahu terapkan pada orang lain yang berada di luar kerangka UMNO dan Utusan.

'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid
Jabatan Agama paling corot dalam perkhidmatan awam

( Kartun di atas telah diubahsuai oleh alkerohi sebagai menyedarkan pembaca tentang amalan manusia dua darjat dalam politik Malaysia )

Sunday, August 22, 2010

Belum berpolitik penuh, guru sudah tunjuk rasis ?

Belum apa-apa, guru sudah menampakkan rasis ala Umno.

Guru pro pembangkang belum bertindak liar seperti apa yang berlaku dengan guru di Kulaijaya Johor dan Bukit Selambau di Kedah.

Agaknya kena tempias BTN, Perkasa dan dirasuk hantu Umnokah.

Puak mana yang kata doa untuk Kamalanathan dibolehkan tapi doa untuk Lim Guan Eng tidak boleh ?

Dalam isu Guan Eng, Najib Bangsawan kelihatan lompat sakan macam kera yang juburnya di'ludah' ular.


Baca jika rajin :

Pengetua rasis UMNO BN patut dipersalahkan

Friday, August 13, 2010

AUKU : Kerajaan malu mengubahnya

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 telah dipinda pada tahun 1975 dan merupakan 'buah fikiran' Dr Mahathir Mohamed Menteri Pelajaran ketika itu.

Zaman ketakutan Mahathir dan kabinet sekarang pada mahasiswa sepatutnya sudah lama berlalu.

Betul, gerakan mahasiswa pada tahun 70-an sangat hebat dan berbisa. Tidak kira di Malaysia atau di negara lain.

Banyak isu yang diketengahkan oleh mahasiswa. Ekonomi, pelajaran, budaya, sukan, agama, sosial, kemiskinan dan sebagainya.

Ramai pemimpin-pemimpin rendah moral dan korup dijatuhkan oleh golongan menara gading seperti jatuhnya buah nangka busuk.
Hari ini ada, esok sudah tiada.

Inilah agaknya punca kenapa kerajaan sekarang takut kepada anak-anak di pusat pengajian tinggi.

Sepatutnya mereka dididik, diajar, dibantu dan kerajaan menjadikan dirinya sebagai ikutan dan contoh terbaik.

Pastinya di gedung ilmu itu tidak ada sesuatu yang pelik buat masa ini. Di sana tidak diajar menipu, mengkhianat, merogol, membunuh, cantas mencantas dan tidak juga diajar memilik keluargakan harta rakyat dan kekayaan negara.

Cuma ada sebagai tambahan - perbandingan ilmu. Diantara yang baik dan tidak bermoral. Diantara teladan dan sempadan.

Tidak ketinggalan sedikit kekalutan dan kesombongan beberapa kerat kepimpinan jakun universiti tertentu.

Biar mahasiswa sendiri melahirkan idea dan bergerak mengikut acuan yang telah ditetapkan. Samada mahu mengikuti acuan sebenar atau acuan alternatif perbandingan.

Tidak pelikkah apabila kita takut mendidik anak-anak hanya kerana bimbangkan teguran balas dan bangkangan mereka.

AUKU yang diilhamkan oleh Dr Mahathir banyak keburukan dari kebaikannya. Faktor utama pengekang kegiatan mahasiswa yang telah dimasukkan ke dalam AUKU ialah;

*penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja,
*penggabungan di antara badan-badan pelajar.

Pengalaman di ITM banyak mengajar kami erti kehidupan sebenar sesama rakan sebaya . Pengalaman itu juga memberikan kami kesedaran betapa peritnya kehidupan rakyat Malaysia berbanding kemewahan pemimpin-pemimpin politik pemerintah terutamanya.

Melarang mahasiswa aktif berpolitik bermaksud menyekat perkembangan awal pemuda-pemudi sebagai tunas kepimpinan negara.

Dengan larangan ini juga bermakna hak dan kebebasan mereka dicabuli. Bukan itu sahaja. Ianya memantulkan bahawa ada banyak perkara yang cuba disorok oleh pemerintah dari pengetahuan rakyat.

Apa hendak dimalu dan ditakuti jika tidak mengamalkan sikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Ubahlah AUKU.

Sunday, June 27, 2010

40 lulusan agama menyertai UMNO ?

Ramai yang musykil tentang berita 40 ulama menyertai UMNO.

Mereka berpendapat adalah lebih sesuai dikatakan "40 lulusan agama menyertai UMNO".

Keduanya, samada penyertaan mereka ikhlas atau ada keterpaksaan. Jika ikhlas, maka ianya tidak mengapa untuk UMNO.

Jika dipaksa, maka ianya juga tidak mengapa bagi mereka yang berada di luar UMNO.

Adakalanya masuk belajar jurusan agama pun juga kerana terpaksa di atas pelbagai faktor. Itu boleh difikir sendiri.

Apapun, mana hala tuju mereka selepas ini, jika ianya benar, sama-samalah kita nantikan.

Semoga mereka boleh memanafaatkan kumpulan yang disertai. Semoga mereka boleh meletakkan papan tanda menuju ke arah yang betul.

Ramai pecinta agama, lulusan agama dan ulama' yang pernah menyertai parti Melayu itu tetapi akhirnya jumud di situ.

Jangan semuanya sesat jalan sudahlah. Atau masing-masing memaksa diri untuk
'paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka'*.

[* mendapat keuntungan tanpa bersusah payah]

Wednesday, March 10, 2010

Mufti kelihatan gincu dibibir UMNO

Tidak semestinya siapa yang ada lesen boleh buat kerja, tahu buat kerja atau kerjanya betul.

Ada polis bohong, rogol dan rompak. Ada guru liwat murid. Ada doktor matikan pesakit. Ada peguam kelentong anak guamnya. Ada paderi meniduri pelajarnya. Ada tok imam ditangkap berkhalwat. Ada pegawai SPRM merasuah. Ada jambatan runtuh kerana arkitek. Macam-macam berlaku.

Ada pula ulama termasuk mufti apabila bercakap tidak ikut Quran dan hadis.

Bercakap ikut sedap mulut, ikut sedap rasa, ikut kederasan angin politik ,ikut pula kroni dan sebagainya. Sejarah telah menghamparkan beribu kisah tentang itu.

Pengamal arak ditangkap ketika meminumnya kerana kata mufti, itu menyalahi agama. Tuan punya saham terbesar kilang arak yang mengeluarkan produk itu untuk edaran pengamal arak dibolehkan pula oleh mufti yang sama.

Saya teringat kisah sewaktu saya kecil-kecil dulu. Kisah penembak anjing dari Jabatan Haiwan di kampung saya Pekan Keroh.

Oleh kerana penduduk di Keroh ramai juga Cina, India dan Siam, maka ketika itu banyaklah anjing-anjing yang dibela oleh mereka di atas pelbagai sebab.

Tidak hairanlah bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa pun kerap menjadi mangsa anjing-anjing itu.

Jabatan Haiwan mengambil inisiatif menyuntik anjing-anjing itu dan selepas suntikan, dikalungkan lesen aluminium di leher anjing-anjing berkenaan. Kata pegawai berkenaan jika anjing menggigit selepas itu, tidak perlu bimbang akan bisa atau racunnya.

Pada suatu hari, kawan saya ditokak seekor anjing dari banyak-banyak anjing yang berkeliaran berhampiran rumahnya. Setelah ditinjau didapati anjing yang menokak itu dari gerombolan yang ada lesen.

Faham-fahamlah pekan Keroh itu kecil. Boleh dikatakan kita kenal satu sama lain. Saya pun bertanya kepada pegawai berkenaan, "Pak Cik, kenapa kawan saya itu perlu disuntik ubat walaupun anjing berkenaan sudah ada suntikan dan lesen".

Katanya, "walaupun anjing itu ada suntikan dan lesen, tetapi kita perlu waspada kemungkinan penyakit merbahaya tetap ada".

Maksudnya lebih kurang penyakit campak, rubella dan sepertinya. Biarpun disuntik vaksin semasa kecil, kebrangkalian ianya ada lagi tidak boleh ditidakkan.

Adakah saya nak kaitkan kisah ini dengan ulama atau mufti yang ada lesen ?

Bukan. Pertamanya, nostalgia bunyi tembakan anjing seperti itu sudah tidak kedengaran lagi di Keroh.

Keduanya, masyarakat Malaysia termasuk di Keroh sudah semakin cerdik. Kata mereka, ada lesen bukan bermakna tidak ada kemalangan.

Contoh ketika memandu. Ada yang cuai, lalai, mabuk, ada lesen kopi, tidak cukup tidur dan sebagainya.

Cuma ada yang tertanya-tanya. Apakah perhiasan seperti bau-bauan, berpegang pegangan, bertepuk, bercium, angkat mengangkat, puji memuji dan yang seperti itu menjadi salah satu dari faktor penyebab kemalangan juga.

Seperti dakwaan sesetengah orang, kelihatan ada mufti cuba mahu menjadi gincu dibibir UMNO.

Bukankah itu juga faktor yang boleh menyebabkan kemalangan politik ?

Mufti kemalangan dilebuhraya politik ! Lebuhraya yang memisahkan agama darinya.

Monday, March 1, 2010

Puad Zarkashi orang Johor kelas ketiga


Puad Zarkashi orang Johor bermentaliti kelas ketiga mewakili UMNO.
Apa perubahan yang boleh dia lakukan di Kementerian Pelajaran.

Harap saja ke mulut besar cakap, kerja satu pun tak cekap.
Bila akal nak lawan akal tidak boleh, cantas dan sembelih sahaja.

Sunday, February 28, 2010

Exco Penerangan Kedah : Kita akan jumpa blogger


Sejak beberapa hari kebelakangan ini nampaknya isu pengamal media terutama sekali blogger di negeri Kedah yang tidak mendapat perhatian dan kerjasama yang sepatutnya dari kerajaan negeri dibangkitkan oleh para blogger.

Pada 8 Mac 2010 ini genaplah dua tahun kerajaan PAS memerintah Kedah. Rata-rata blogger yang memberikan liputan tentang berita di Kedah diabaikan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azizan Abdul Razak.

AFRAR YUNUS dari blog alkerohi menghubungi YB Dr Hj Hamdan B Mohamed Khalib Exco Penerangan Kedah merangkap ADUN Tanjung Dawai untuk mendapatkan komen beliau tentang perkara ini.

Adakah YB sedar akan perkara yang dibangkitkan dalam blog-blog terutama sekali blogger Kedah sepanjang beberapa hari ini tentang kerjasama dan peranan media dan blogger di Kedah.

Ya sebenarnya saya menyedari perkara ini. Kita dalam sektor kerajaan terpaksa melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Untuk makluman, kami telah lama berikhtiar untuk menjadikan ianya sebagai kenyataan iaitu dengan mewujudkan sebuah urusetia penerangan yang kukuh pada peringkat negeri.

Ada apa-apa masalahkah YB

Ialah, kita terpaksa melalui banyak halangan-halangan. Saya memang berhajat hendak berjumpa dengan media dan blogger di seluruh negeri Kedah. Lagipun jawatan ini baru saya pegang dan ini pula kedengaran ada rombakan dalam barisan exco. Tapi percayalah samada saya kekal atau tidak, InsyaAllah perkara ini saya akan lakukan sendiri atau sampaikan kepada pengganti baru nanti.

Urusetia macamana yang YB maksudkan

Satu urusetia sebagai pengganti kepada peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan RTM yang mana buat masa ini kita tidak ada. Supaya ia boleh menyampaikan segala perancangan dan aktiviti kerajaan negeri kepada rakyat.

Apa harapan YB kepada bloggers sebagai penyampai media baru

Kami berharap sangat kerjasama para blogger dan pengamal media memberikan idea kepada kerajaan negeri. Bloggers memang penting dan saya tidak menafikan ini. Saya berharap agar kita dapat mengolah satu hubungan kerjasama yang lebih erat.

YB mungkin ada maklumat bahawa bloggers Perak telah mengadakan mesyuarat pada 19 haribulan yang lalu di bawah seliaan ADUN Titi Serong YB Idham Lim ?

Ya saya mendapat tahu tentang perkara itu dan saya berharap kita akan mengadakan seumpamanya di Kedah.

Terima kasih YB.

Terimakasih.

Friday, February 26, 2010

Terima kasih TNB Alor Setar

Ibubapa yang merayu baru-baru ini agar TNB mempertimbangkan cadangan mereka - merakamkan ucapan terima kasih kepada TNB Alor Setar kerana sudah ada perubahan pada lampu jalan.

Zamri Mahathir menelefon memberitahu mereka berasa lega dengan tindakan TNB itu.

Sunday, February 21, 2010

Apa kata Sultan Kelantan ?

Kata putus Sultan Kelantan dalam hal ini

Hina mahkamah: Isteri kedua Sultan Kelantan saman Sultanah

KOTA BARU, Feb 21 — Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Sultanah Kelantan kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan beliau menziarahi baginda di hospital di Singapura.

Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.

Pada akhir Disember lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan juga telah mengesahkan Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana.

Elia Suhana pernah dilaporkan telah mengunjungi baginda beberapa kali tahun lalu. Baginda menjalani rawatan di Singapura sejak pertengahan tahun 2009.

Wednesday, February 17, 2010

Jalan utama di Alor Setar gelap pada waktu pagi

Ibubapa merayu pada TNB Alor Setar

Masyarakat terutama sekali ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah di sepanjang Jalan Sultanah dan Jalan Tun Razak di Alor Setar merayu kepada Tenaga Nasional Berhad agar mematikan lampu jalan pada waktu pagi sekitar jam 7.30.

"Bukan untuk selamanya. La cuaca pagi agak lambat cerah. Jam 7.00 pagi masih kelam (gelap). Budak-budak dok lintas jalan. Bahaya" kata Sharif Abdul.

"Kalau boleh minta TNB matikan lampu jam 7.30 pagi. Bila cuaca dah macam dulu, depa bolehlah balik semula ke jam 7.00 pagi" katanya lagi.

Beberapa sekolah terletak disepanjang dua jalan ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar, Sekolah Sultanah Bahiyah, Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat dan Sekolah Taman Uda.

"Pemandu agak laju mengejar waktu kerja. Adakalanya dalam gelap macam tu tak nampak orang melintas" kata Zamri Mahathir bapa seorang pelajar.

"Diharap sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku, agensi-agensi berkenaan dapat mengambil tindakan awal membantu anak-anak kita" tegas Zamri.

Monday, February 15, 2010

Raja Petra : Disebalik kisah menjadi mufti

Cerita mufti yang ditulis oleh RPK.

Raja Petra Kamarudin

A friend of mine, the son of a renowned Mufti of Perak of some time back, told me this story.

There was this man who had four sons. The first son became a doctor, the second one a lawyer, and the third one an engineer. The fourth son, however, was not that clever. So the father sent him to do religious studies. And this son who took up religious studies later became a Mufti. And that is why we do not get the best brains as Muftis, summed up my friend.

Well, that is what my friend, Jad, a staunch Umno man and opposition hater, son of a renowned Perak Mufti, told me. It is his joke, not mine. I am merely repeating what he told me.

But not all who go on to become Muftis are school dropouts and failures. Some, like the ex-Perlis Mufti, has a doctorate to his name. And he, as you may already know, is amongst the most progressive and liberal Muftis Malaysia has ever known. Even the non-Muslims feel comfortable with his views. And he is probably the only Mufti that I know who runs his own Blog (http://drmaza.com/) and writes in both English and Bahasa Malaysia. He would probably write in Arabic as well if there are enough Arabic proficient readers in Malaysia.

Saturday, February 13, 2010

Perlukah pembuang bayi dilindungi ?

Masalah pembuangan bayi samada di kalangan remaja atau orang dewasa bukanlah sesuatu yang perlu disimpatikan.

Sesetengan Menteri, Kementerian dan NGO berpandangan bahawa golongan yang membuang atau memusnahkan bayi adalah mereka yang memerlukan perhatian.

“Perhatian” ini diandai dan disinonimkan pula oleh mereka sebagai ‘masih ada yang menyanyang”.

Bagi saya ianya satu andaian atau kiasan yang tidak masuk akal kerana beberapa faktor berikut:

1. Termengandungnya pembuang bayi adalah kerana hasil kerja samada sukarela atau dipaksa. Kajian menunjukkan majoritinya di atas dasar suka sama suka.

2. Pasangan lelaki yang melakukan kerja terkutuk ini sering terlepas kerana pendakwaan tidak dapat dilakukan di atas pelbagai alasan.

3. Jika adapun pengakuan dari pihak wanita atau gadis, Polis dan Jabatan Agama Islam tidak memainkan peranan mendakwa berlakunya persetubuhan secara haram.

4. Olehkerana pembuang bayi ibarat kera dihutan disusukan dengan diberikan bantuan kewangan, perlindungan, geran perniagaan, kaunseling dsb, mereka menganggap pekerjaan ‘termengandung’ itu sebagai satu kemuliaan.

5. Mufti dan ulama yang berlesen membisu dalam kejadian seperti ini. Adakah membantu kes suka sama suka ini tanpa hukuman setimpal dikira sebagai membantu atau tindakan subhah ?

6. Saya tidak nafikan sebagai manusia kita perlu membantu. Tetapi selepas membantu menyelamatkan kes dan bayi, kenapa kes tidak dirujuk kepada agensi berkenaan untuk diambil tindakan mengikut undang-undang yang ada – bersetubuh secara haram, merogol dan sebagainya ?

7. Hasilnya banyak kes yang berulang. Mereka percaya semua agensi yang ada hanya membantu melindungi pekerjaan mereka tanpa sebarang hukuman dikenakan.

8. Pada hemat saya, pelaku persetubuhan samada yang lelaki atau yang perempuan bukanlah mangsa kecuali dilakukan secara paksa. Kes paksaan dikategorikan sebagai kes rogol. Mangsa rogol wajib diselamatkan, diberi perlindungan dan dikaunselingkan.

9. Jika kes suka sama suka seperti yang sedang berlaku sekarang dibiarkan dan disokong, maka tunggu dan lihatlah, beribu lagi kes baru akan muncul sambil tersenyum.

10. Statistik secara rambang :

“ .. Pada tahun 2004 hingga 2006 mencatatkan 145 bayi iaitu 56 bayi lelaki dan 89 bayi perempuan diserahkan kepada JKM dalam keadaan yang masih hidup dan sihat. Tetapi jumlah itu berbeza dengan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencatatkan 176 kes bayi terbuang dalam tempoh sama, kerana jumlah bayi dicatatkan polis termasuk bayi dijumpai mati”

11. Ini tidak termasuk yang diserahkan melalui pintu belakang termasuk oleh kakitangan hospital atau pelegar awam yang sering menjadi orang tengah seperti yang berlaku di beberapa hospital baru-baru ini.

12. Bacalah apa yang diceritakan oleh seorang gadis yang pernah mengandung (tanpa nikah):

“Kawan lelaki saya membawa saya menaiki motosikal ke rumahnya. Ibu dan bapa dia ada di rumah ketika itu. Saya berjumpa dengan mereka. Saya bermalam disalah sebuah bilik di rumah teman saya itu. Empat kali dia lakukan. Pada mulanya sakit. Dia tak pakai kondom. Tetapi saya tak kisah selepas itu. Esok pagi dia hantar saya balik. Lepas itu kami melakukan lagi beberapa kali termasuk di rumah kawan. Sekarang saya mengandung tujuh bulan. Dia tak mahu saya. Sudah ada perempuan lain”.

Mangsakah gadis ini ? Melakukan persetubuhan secara gembira dan sukarela dengan pengetahuan bakal ibu dan bapa mertuanya ?

13. Biasanya yang diselamatkan adalah mangsa. Bukan yang secara sukarela. Sisukarelawan yang bersetubuh tanpa ikatan yang sah adalah pencacai agama dan peruntuh moral bangsanya. Mereka perlu dihukum.

14. Seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini, agensi kerajaan atau badan NGO wajib membantu menyelesaikan kemelut ini. Gadis dan wanita hendaklah diberi perlindungan sehingga lahirnya bayi. Jika susah, bapa bayi perlu dicari melalui kaedah DNA. Selepas itu dakwa mereka berdua di atas kesalahan yang dilakukan. Sesiapa sahaja yang memberikan ruang tempat berlakunya perkara keji itu tidak sepatutnya terlepas dari hukuman.

15. Barat dan timur mempunyai nilai kemanusiaan yang berbeza. Seorang kawan yang pernah belajar di Amerika memberitahu bagaimana ia melihat adegan persetubuhan dilakukan di bawah tangga bilik kuliahnya. Mampukah kita menerima slot seperti itu di sini dengan alasan “masih ada yang sayang”.

16.Cadangan memberikan insentif oleh Menteri atau Kementerian tertentu kepada kes seperti ini bukan sahaja penggalak kepada seks luar nikah dan mewujudkan kilang melahirkan manusia, malah nun di hujung sana sudah menampakkan keruntuhan nilai-nilai peradaban dan tamadun bangsa.

Apa kata para mufti dan ulama berlesen ?

Saturday, February 6, 2010

Hidup harmoni di bawah Guan Eng dan PR


Diubahsuai dari Utusan Malaysia. Kartunnya sama, maksud tulisan berlainan. Untuk difikirkan.

Monday, January 18, 2010

Hakim zalim dan hina rakyat, siapa ambil tindakan

Seperti kata Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi bahawa melambatkan keputusan di mahkamah bermakna membawa kezaliman kepada 'pelanggan' yang memohon keadilan.

Tidak kira samada mahkamah rendah atau mahkamah persekutuan, jika pintu keadilan anda diketok rakyat dan salam diberi, bermakna tugas anda telah bermula untuk menyelamat dan mengadili sesuatu.

Gaji anda dibayar rakyat untuk menjalankan tugas sebaik mungkin dengan mengabdikan diri kepada Allah swt atau The God.

Namun jika itupun tidak dapat dilakukan, lebih baik serahkan amanah itu kepada yang sanggup memikulnya.

Usah dihina tugas mulia itu.


Harus diingat, doa mereka yang dizalimi tiada sekatan menuju kepada Allah swt.

Sunday, January 10, 2010

Guru sedia menjual burger di asrama penuh

Apabila ada pihak mengatakan MARA terpaksa memotong peruntukan untuk pinjaman dan biasiswa untuk anak-anak kita kerana kerajaan hampir kehabisan dana, ada pemimpin kerajaan menafikannya.

Terbaru, dikatakan pelajar-pelajar Asrama Penuh tidak akan disediakan makanan pada dua hari di hujung minggu.

Mana mereka nak cari makan ?

Ada beberapa orang kawan menelefon memberitahu, sudah ada guru-guru yang bersedia untuk menjual mee, burger dan bermacam lagi di kawasan asrama sekolah. Mungkin akan tumbuh Medan Selera Sekolah Tun Abdul Razak, sebagai contohnya.

Itupun jika ada kebenaran dari Muhyiddin Yassin. Dibuat kroninya sahaja yang mendapat habuan, maka gigit jari-jemari guru-guru yang sudah bersedia ke garisan itu.

Apapaun, ramai yang tertanya-tanya, mahu bangkrapkah Malaysia.

Esok lusa akan kedengaran pula masalah sosial naik dengan mendadak akibat ramai pelajar berhenti dan diberhentikan sekolah.

Ibubapa di Baling, Keroh, Cerok Tok Kun dan beberapa daerah lain telah mula melahirkan kebimbangan tentang masa hadapan anak-anak mereka.

Betulkah sudah sampai masanya anak-anak kita akan menghadapi saat genting seperti itu?

Friday, October 30, 2009

Jambatan gantung runtuh di Perak, projek dari langit

Setakat ini tidak ada yang mengaku.

Jabatan Kerja Raya kata mereka tidak dimaklumkan. Jabatan Pelajaran Perak juga berkata mereka tidak tahu menahu tentang pembinaan jambatan gantung itu.

Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan pula enggan mengesahkan samada mereka tahu atau tidak.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang pula telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal siasat.

Seorang kontraktor tempatan memberitahu, kos jambatan seperti itu pada hematnya dalam anggaran RM30,000.00 sahaja.

Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin lagilah mengaku tidak tahu.

Kerajaan Perak samada yang sah atau yang tidak sah melahirkan rasa terkejut seolah-olah langsung tidak diberitahu.

Istana Perak lagilah tidak campur tangan dalam hal projek kecil-kecilan seperti itu.

Jabatan Perdana Menteri mengaku hanya maklum selepas kejadian.

Jadi siapalah yang tahu ?

Ada yang memberitahu, derma daripada orang tertentu.

Mereka yang berdekatan dengan perkampungan itu tetapi tinggal nun di hujung sana dengan sinis berkata, "ini projek dari langit agaknya".
[Foto:Malaysiakini]