Assalam
Minggu kerja yang bermula dengan hari Selasa. Semoga anda terus bersemangat untuk memikul tanggungjawab yang anda terima sebagai insan di dunia. Jangan abaikan tanggungjawab kerana kalau anda tak peduli, akhirnya nanti anda juga yang rugi.
Semalam, kami sibuk di Cyberjaya dan kemudiannya di Putrajaya. Di Cyberjaya kami makan tengah hari di Restoran canggih kepunyaan seorang lelaki Arab keturunan Syria yang pernah tinggal lama di Amerika Syarikat dan kemudian di Austria. Kini beliau berada di Cyberjaya dengan Restoran 'Culinary Pleasure' nya. Memang hebat-hebat makanan yang disediakan di situ terutama sekali pasta dan pemanis mulutnya. Fantastic! Sangat-sangat direkomen untuk anda mencuba. Taukehnya juga sangat peramah, maklumlah dia merupakan seorang chef yang budiman. Alhamdulillah.
Selepas di Cyberjaya bersama famili saya, kami pun membawa anak saudara saya dan suaminya ke IOI City Mall yang terletak di kawasan Putrajaya. Anak saudara saya tak shopping sangat kerana mereka akan ke Uzbekistan hari ini, yang shopping ialah saya dan anak saya... hehe. Kebetulan terjumpa benda-benda yang kami mahukan!
Kemudiannya pula kami ke Thoyib Cafe di Bandar Baru Nilai untuk lepak-lepak minum kopi. Alhamdulillah, syukur di atas nikmat yang Allah berikan. Awal pagi ini, anak saudara saya sudah pun terbang ke Uzbekistan mengikut rombongan adik saya ke negara itu. Semoga semuanya selamat, insyaa-Allah.
Saya dan anak saudara saya, Nafisah kami sangat rapat walaupun Nafisah tinggal di Jakarta. Begitu juga dengan suami saya, dia juga rapat dengan Salleh suami Nafisah. Mereka sama-sama jurutera dan graduate dari UK. Arwah abang sulung saya (ayah Nafisah)merupakan salah seorang anak ayah saya yang terus tinggal di Indonesia, tidak ikut ayah saya berhijrah ke Malaysia. Namun alhamdulillah, walaupun kami tinggal berjarak, namun ikatan silaturahim terus kekal ke hari ini. Kini, arwah abang saya sudah lebih setahun meninggalkan dunia fana ini, tetapi kami yang tinggal masih kekalkan perhubungan. Semoga Allah izinkan ikatan keluarga kami terus mantap. Aamiin.
Semalam, saya dan Nafisah kami bercerita tentang keluarga. Yang penting bagi kami, jangan sekali-kali mensisihkan mana-mana ahli keluarga yang kurang berada. Sangat penting untuk kami tidak meninggi diri kerana apa jua yang Allah berikan, semuanya sementara sahaja. Yang kekal ialah di akhirat nanti. Kami cuba lakukan yang terbaik untuk pastikan silaturahim kekal hingga akhirat nanti. Aamiin.
Wassalam.
Dengan owner Culinary Pleasure
Dessert yang superb!
Pastanya memang sedap giler
Makan ramai-ramai
Licin Damia makan
Enak sungguh!
Culinary Pleasure






