Assalam
Sudah selesai majlis pernikahan anak saudara saya. Sebenarnya anak saudara saya Salamah ni bekerja di negara Arab Saudi dan pulang buat seketika untuk menikah. Alhamdulillah, dapat suami seorang ustaz, semoga akan terus mendidiknya untuk menjadi isteri solehah. Aamiin.
First time kami ke Masjid Husin di Seremban2. Memang cantik dan bersih masjid yang di bina oleh Rashid Husin salah seorang yang kaya-raya di Malaysia. Alhamdulillah... terasa macam di luar negara.
Okeylah... teringat pada cerita ini, cerita bagaimana kadang-kadang orang suka pilih bulu hinggakan nak buat majlis pun kena pilih bulu juga. Biasanya bila nak buat majlis perkahwinan kita akan dulukan ahli keluarga selain daripada bakal menjadi besan kita. Tapi memang peliklah kalau kita pilih-pilih tetamu yang datang ke majlis kita dengan melihat material yang ada padanya. Kalau kaya dan bernama, maka cepatlah datang kad jemputannya, tetapi kalau tak punyai apa-apa... tunggulah situ, kalau teringat nanti, datanglah jemputan, kalau tak ingat... memang adioslah!
Ada tu pula, bila aturkan majlis diasing-asingkan tetamu. Yang ada gelaran, pangkat dan banyak duit, diminta untuk duduk di tempat khas. Yang biasa-biasa tu... suka hatilah, boleh duduk di mana-mana asal bukan di tempat istimewa yang dikhaskan untuk mereka yang 'berada'. Memang pelik, kan?
Hah, tapi yang bertambah peliknya... bila ada manusia yang merasakan dirinya seperti 'orang susah' dan 'tak punyai apa-apa', tetapi sebenarnya ada kerja, ada gaji, ada rumah dan ada kereta! Orang macam ni bagi saya memanglah pelik. Kenapa sanggup mengaku susah sedangkan tak susah pun? Susah ke kalau dah ada semuanya, mungkinlah tak kaya-raya, tapi namanya memang tak bersyukur hingga sanggup mengaku sedang hidup susah! Nauzubillah min zalik.
Sungguh mukanya tak malu. Tak malu pada Tuhan sebenarnya kerana sanggup buat apa-apa sahaja asal dapat meningkatkan material kutipan bulanannya! Kata orang putih ini lah dia jenis "hard up!" atau kata orang Melayu, "Kemaruk"! Kata orang Islam... jenis tak bersyukur pada Ilahi.
Semoga kita tidak jadi manusia pelik yang begitu. Terlalu pentingkan soal material hinggakan sanggup merendahkan maruah di mata Allah swt.
Wassalam.
Kita tak tahu dia betul miskin atau tidak