Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, August 06, 2015

Negeri Sembilan Best!

Assalam

Alhamdulillah masih di sini lagi dan alhamdulillah diberikan Allah swt kesihatan yang baik. Semoga kita sentiasa beringat dan bersyukur pada Ilahi sekalipun mungkin diuji. Sebaik mungkin kita dekatkan diri dengan Tuhan, jangan tunggu hingga dapat musibah barulah nak beringat. Nauzubillah.

Semalam petang, saya berada di kampus UKM. Dapatlah berjumpa dengan kawan-kawan lama. Kami duduk dan berbual-bual. Kebetulan, seorang rakan wanita saya (sekitar 6 tahun lebih muda daripada saya) telah kena strok. Kini sudah pun pulih, namun tidak sepenuhnya dan dia telah bercerita tentang pengalamannya. Kami sama-sama bersetuju bahawa hidup ini tak perlu amalkan 'stress' kerana penyakit itulah yang akan memudaratkan diri.

Salah seorang rakan senior bercerita tetang perkataan 'pressure' dan 'pleasure'. Katanya, "Masa kerja dulu, saya selalu dapat preasure hinggakan jadi stress giler. Kini, alhamdulillah, semenjak dan bersara dan kerja sendiri, saya rasa akan 'pleasure' nya." Nikmat hidup walaupun sudah berusia. Alhamdulillah.

Sebenarnya, kita perlu pandai mengurus diri. Kalau mudah serabut, umur muda pun akan jadi berserabut dan mungkin cepat sakit dan kelam kabut. Jangan lupa, tak kira usia kita berapa, Allah tetap berikan ujian, tak kisahlah kecil atau besar. Yang penting, kita perlu tahu untuk jaga tubuh badan. Kalau asyik duduk di atas kerusi, itulah yang buat tubuh kita jadi lemah. Tahu-tahu dah kena serangan jantung atau strok! Nauzubillah.

Dalam pada itu, kawan-kawan yang dah lama tak jumpa bertanya saya, "Sekarang you duduk di mana?"

Saya jawab, "Di Nilai."

"Hah, bagusnya... Negeri Sembilan sekarang sangat maju jaya. Macam-macam ada. Menteri Besarnya ada visi dan bijak mengatur negeri."

Saya sekadar tersenyum. Sebenarnya saya sangat bersetuju dan kebetulan, Menteri Besarnya adalah rakan satu batch di Universiti Malaya dulu. Kami adalah rakan baik.

Okeylah... sekadar bercerita. Semoga kita dirahmati Allah swt. Aamiin.



                                                               Tempat relaks-relaks