Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, August 01, 2015

Musim Kahwin-Kahwin

Assalam

Ya memang sekarang ini musim orang kahwin. Bulan Syawal sering dijadikan bulan untuk mereka yang mahu berkahwin memilih untuk dinikahkan. Jadi hari ini, saya sangat busy. Di bahagian pagi, kami akan ke rumah rakan baik anak perempuan saya yang akan bernikah. Selepas itu, kami akan ke rumah kawan saya pula untuk hadiri majlis perkahwinan anak perempuannya. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin.

Petang nanti kami akan kesibukan juga, kerana terpaksa mencari bahan-bahan untuk projek di Lenggeng. Rasa macam tak sabar nak tunggu semuanya siap. Dah letih rasanya... tapi tak apa, masih ada lagi tenaga, insyaa-Allah.

Apa-apa pun, kalau anda sudah berkahwin, pastikan rumah tangga anda selamat dari segala cobaan untuk meruntuhkannya kerana zaman sekarang memang mudah didatangi manusia yang berjiwa syaitan. Semoga kita hidup aman dan tenteram hendaknya dan semoga Allah swt melindungi kita dunia akhirat, aamiin.

Wassalam.