Assalam
Kata orang putih, "Ramadhan is just around the corner," dan kata orang Perak, "Bulan puasa dah dekat bebeno,". InsyaaAllah, kita akan merasa Ramadhan sekali lagi. Biarlah kita juga bersedia secara fizikal dan mental. Walaupun setiap tahun kita berdepan dengan Ramadhan, namun adalah lagi baik kalau kita perbaiki atau tambahkan amalan kita pada bulan yang indah dan penuh barakah ini.
Pun begitu, ramai yang suka forward macam-macam tunjuk ajar, macam-macam panduan dan macam-macam nasihat tentang amalan di bulan Ramadhan. Memang baguslah asal jangan tukang forward sekadar tolong forward sahaja, tetapi pada realitinya tak adalah nak buat apa-apa yang tambah baik untuk diri sendiri. Janganlah hari ini tolong forward macam-macam panduan ibadah puasa, esok-esok forward pula kisah umpat-mengumpat, tak kisahlah tentang siapa jua.
Lagi satu yang saya rasa mungkin elok kalau kita ingatkan diri kita, agar jangan terlalu ghairah untuk melakukan segala macam amalan ibadah hinggakan tak mampu untuk melakukannya. Ada orang, hanya di bulan Ramadhan sahaja nak baca al-Quran, di bulan lain tak ambil kisah pun. Walaupun memang baik (lagi baik daripada tak baca langsung pada bila-bila masa pun), mungkin elok juga kita cuba konsisten dengan mencari jalan yang diredhai Allah swt. Biarlah kita cuba yang terdaya dan terbaik pada setiap masa sepanjang tahun, setiap tahun selagi ada umur. Janganlah kita beramal ikut musim sahaja. Mungkin elok juga jangan kita cuba lakukan segala-galanya di bulan Ramadhan hinggakan kita jadi letih dan bosan. Buatlah apa yang kita termampu dan cubalah lakukan yang terbaik.
Jangan hanya nak jadi orang Islam hanya di bulan Ramadhan sahaja. Sedih tu.
Biarlah kita berasa excited kerana Ramadhan akan tiba, janganlah teruja kerana selepas Ramadhan Syawal pula menjelma. Utamakanlah Ramadhan dan amalan yang kita akan lakukan, bukan beratkan keseronokan hari raya nanti. Jangan pula dah mula berhutang kerana nak beli macam-macam untuk hari raya sedangkan diri memang tak mampu!
Biarlah kita jadikan Ramadhan ini bulan yang membawa kita untuk tuntut lebih banyak ilmu, biarlah kita kurangkan berhibur, biarlah kita belajar untuk lebih dekatkan diri dengan Allah taala, semoga hidup kita dan akhirat kita diberkati-Nya. Aamiin ya Rabbal alamin.
Wassalam