Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, March 02, 2015

Panjangkan Kaki, Luaskan Pandangan...

Assalam dan selamat pagi.

Semoga hari ini hari yang ceria buat anda semua. Saya memang suka sebab semalam hujan. Dah lama tak hujan. Alhamdulillah. Ada orang tak suka bila selalu hujan, tetapi saya memang suka. Saya tak suka bila kering dan terlalu panas.

Ramai yang rajin ke blog saya untuk mengintai tempat-tempat yang  pernah saya kunjungi. Antaranya ialah Sri Lanka, Bangkok, Korea, Jepun, Phuket, Chiangmai, Istanbul, Yemen, Iran, Manchester, London, Paris, Andalusia, Sepanyol dan macam-macam lagi termasuklah Jakarta, Bandung dan Bali. Juga Djogjakarta. Ada banyak lagi, tapi mungkin ramai yang nak tahu apa ada di tempat-tempat ini. Okey saja. Biasanya saya akan tulis tentang pengalaman saya agar anda di luar sana dapat berkongsi sama. Bagi saya, setiap orang akan mengalami keadaan yang berbeza.

Saya berbual-bual dengan adik saya yang sememangnya banyak berjalan serata dunia. "Tempat mana yang you suka sekali?" Kami rajin bertukar idea dan bercerita tentang tempat-tempat yang kami kunjungi (adik beradik saya memang kaki berjalan). Kata adik saya, "Semua tempat menarik kerana setiap tempat dijadikan Tuhan sebagai istimewa. Tak akan ada yang sama dan kita sebagai manusia kalau menghargainya pasti akan suka ke mana sahaja kita pergi."

Betul dan tepat sekali. Itu juga pandangan dan pendapat saya. Setiap tempat dijadikan Tuhan sebagai istimewa dan setiap tempat itu pasti akan membekalkan ilmu dan pengetahuan buat kita. Terpulang kepada kita sama ada mahu menghargainya atau pun tidak. Ada teman-teman saya yang banyak duit tetapi tak mahu ke mana-mana kecuali tanah suci Mekah. Baginya kalau kita ke Mekah, kita akan dekatkan diri dengan Allah ta'ala. Bagi saya pula pandangan begitu tidak tepat dan tidak bijak. Memang elok kita ke Mekah dan menjadi kewajipan buat kita semua untuk kerjakan ibadah haji, namun kita mampu untuk dekatkan diri kita dengan Allah setiap saat dan setiap masa di mana-mana sahaja kita berada. Namun kalau kita juga melawat dan ziarah tempat-tempat yang dijadikan Tuhan dengan niat untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan juga berniat untuk hadirkan diri sebagai Muslim, lambang Islam, pasti ada juga ganjaran yang baik daripada Allah ta'ala, bukan sekadar bershopping dan duduk hotel mewah. Malah, ada juga yang ke Mekah tetapi banyak menghabiskan masa bershopping dan melepak di hotel mewah!

Sebenarnya memang eloklah kalau kita mampu, untuk melawat dan ziarah sebanyak tempat yang kita dapat kunjungi dengan niat yang baik kerana Allah swt. Islam tidak melarang kita untuk bermusafir di mana-mana sahaja sekalipun negara itu dan tempat itu bukan tempat orang Islam. Kalau orang Islam berkira-kira untuk pergi, macam mana kita nak kenalkan orang kepada Islam? Macam mana pula kita mampu untuk berdakwah?

Jangan lupa, kewajipan kita sebagai orang Islam bukan sekadar solat lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan. banyak lagi tanggungjawab kita dan antara yang penting ialah berdakwah. Namun hari ini, ramai yang tersasul dan mudah terasuk dengan andaian yang berbeza, antaranya ialah untuk berjihad dengan membunuh dan membinasakan manusia, harta benda dan sebagainya. Akhirnya merosakkan nama Islam sedangkan Allah swt tidak pernah mengarahkan kita untuk buat begitu.

Semoga kita rajin membaca al-Quran dan faham segala kandungannya, agar kita tak menjadi manusia yang tersasul dan tersesat dunia dan akhirat. Aamiin.

Wassalam.




                                                              Nostalgia di Eropah