Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, February 10, 2015

Mimpi Dan Angan-Angan

Assalam

Alhamdulillah masih hari yang baik, cuaca nyaman dan angin sepoi-sepoi bahasa, kadang-kadang kuat dari biasa.

Semestinya Allah maha agong, memberi hidayah dan nikmat buat hamba-hamba-Nya yang beriman, aamiin.

Anda percaya tak pada mimpi? Kadang-kadang kita memang mimpi yang bukan-bukan, atau mungkin ada 'nightmare' kerana otak kita ralit fikirkan sesuatu yang mungkin menggerunkan. Apa-apa pun, saya biasa bermimpi perkara-perkara yang menjadi kenyataan. Seolah-olah minda sudah tahu atau sedang tahu apa yang berlaku dan minda itu memberitahu saya dalam mimpi. Ada ketika saya kurang mahu percaya, namun apabila ia menjadi realiti, tentu sekali saya tahu bahawa ia bukan sekadar mimpi. Penting sebelum tidur kita membaca ayat-ayat suci kerana tidak mahu bermimpi yang bukan-bukan lalu mengganggu lena kita.

Saya tak tahulah, tetapi saya memang biasa mimpikan sesuatu berulang-ulang kali. Kadang-kadang hampir setiap malam ia datang. Lepas itu ia akan hilang, tak datang lagi. Biasanya, di atas izin Allah, minda saya sedang memberitahu sesuatu... seolah-olah satu isyarat. Malah, sebelum ibu saya meninggal dunia, berbulan-bulan dia memberitahu saya yang dia sering mimpikan arwah ayah saya dan juga arwah ibu dan ayahnya. Saya selalu berkata padanya mungkin itu hanyalah mimpi yang mengganggu. Namun, mimpinya adalah realiti kerana beberapa bulan selepas itu ibu saya kembali ke Rahmatullah.

Kadang-kadang juga apa yang kita angan-angankan sering datang kepada mimpi. Mungkin juga kerana otak kita asyik teringatkan hal yang kita angan-angankan. Apa-apa pun memang membahagiakan kalau apa yang kita angankan itu menjadi suatu realiti. Alhamdulillah, saya percaya Allah akan izinkan sesuatu yang baik itu dan setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kerana itu, adalah sangat baik kalau kita pasang angan-angan untuk mendapat sesuatu yang mempunyai kebaikan, lepas itu berusaha dengan keras, mungkin tunggu juga ia datang dalam mimpi lalu akhirnya menjadi realiti. Syukur alhamdulillah.

Kalau semangat kita kuat, iman kita teguh, tak berputus asa, lalu banyak berdoa pada Ilahi, lakukan kebaikan, insya-Allah, Tuhan akan merealisasikan semua angan-angan, tidak sekadar angan-angan mat jenin sahaja. Aamiin.

Wassalam.






 Salah satu angan-angan untuk makan angin ke tempat-tempat yang menarik. Bila tercapai, biasanya ia akan datang dalam mimpi lagi. Alhamdulillah.