Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, December 03, 2013

Kahwin Buat Pertama Kali

Assalam

Sesiapa pun, bila mahu berkahwin buat pertama kalinya, mestilah rasa excited. Teruja. Mungkin ada rasa takut dan gelisah, tapi perasaan teruja itulah yang sering mendahului segala perasaan yang lain. Lainlah kalau kahwin kerana dipaksa atau terpaksa. Mungkin rasa teruja itu tiada.

Semestinya setiap saat dan detik dikira, rasa macam tak sabar untuk menjadi isteri atau suami. Tentu juga kita mengharapkan kebahagiaan hingga ke pintu syurga. Alhamdulillah kalau perkahwinan kita bertahan, namun begitu, adat alam dan ketentuan Ilahi, tak ada perkahwinan yang tidak dilanda ombak, tak kira kecil atau besar. Ketika itulah kita kena ada semangat kuat dan kental. Setiap perkahwinan itu tentu akan diuji Allah SWT, untuk pastikan keimanan kita. InsyaaAllah kalau kita kuat, tak kira ombak apa yang datang, kita tetap utuh pertahankan benteng yang dibina. Kita perlu ingat, sekalipun kita mempunyai niat yang baik, masih ada di luar sana yang akan datang untuk mengganggu ketenteraman kita. Terlalu banyak musibah yang mengelilingi kita, cuma kita kuat atau tidak untuk berdepan dengannya.

Bagi mereka yang pernah kahwin dan kini hidup bersendirian, eloklah berusaha untuk mencari pengganti. Tetapi, kalau anda seorang perempuan, eloklah kalau cari pengganti bujang atau duda, tak payahlah cari suami orang, kerana bala yang akan datang lebih teruk daripada 'remain single'. Buat apalah kita nak rosakkan rumah tangga orang lain, kecualilah isteri pertama yang dah bersetuju untuk terima anda. Sekalipun kita rasa macam nak menumpang kasih sayang orang, tak payahlah buat dengan cara yang tak elok. Mungkin orang lain tak tahu dan tak nampak, tapi Allah SWT tahu niat buruk kita itu. Perkahwinan patut dihebahkan, perkahwinan rahsia semestinya menjemput musibah dalam hidup.

Apa-apa pun, berkahwin buat pertama kalinya memang kelihatan sangat indah dan menarik. Semua orang menantikannya dalam kehidupan ini. Kalau anda sedang menanti hari bahagia anda, saya doakan yang terbaik, semoga Allah memberkati perkahwinan anda itu. Bila kita berkahwin, biarlah kita berniat kerana Allah, bukan kerana apa-apa yang lain. InsyaaAllah ada barkatnya di situ. Amin.

Wassalam.

                          Gambar cilok