Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, February 07, 2013

Fenomena Hendonism, Punya Manusia Jahil

                          Sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Bunyi macam berat kan judul di atas ini, tapi saya rasa tajuk ini sangat relevan buat masyarakat hari ini, yang terlalu asyik dengan hiburan. Sebenarnya saya terbaca sebuah artikel tentang hal ini di muka surat khabar dan saya tertarik dengan apa yang dibincangkan itu. Hari ini, ada sebahagian masyarakat kita yang menyangkakan bahawa kita hidup di dunia ini sekadar untuk berhibur-hibur sahaja dan itulah objektif mereka berada di dunia. Seolah-olah tanpa hiburan, mereka mungkin akan mati.

Mungkin ada di antara anda yang membaca, kurang percaya dengan apa yang saya tulis ini. Namun inilah realiti hari ini. Penyakit atau budaya hendonism sudah meresap dalam banyak jiwa dan diri manusia, tentunya manusia jahil yang tidak tahu apa erti hidup sebenarnya. Dalam kehidupan seharian mereka, itulah yang mereka cari, iaitu apa-apa yang boleh membuat mereka terhibur dan kerana terlalu ralit dengan hiburan dan apa-apa yang berkaitan dengannya, mereka abaikan segala tanggungjawab yang sepatutnya hadir dalam insan yang bergelar manusia.

Di mana silapnya? Saya berani katakan bahawa budaya ini hidup sejak mereka 'baby' lagi. Ibu dan ayah membesarkan mereka tanpa didikan yang sebenar. Tidak ada pengetahuan agama, tidak diajar tanggungjawab yang perlu diamalkan setiap hari pada semua yang berada di sekelilingnya dan dengan pembesaran yang begitu, tanpa ilmu, tanpa pengetahuan, tentulah manusia jahil ini akan terus jadi jahil sekalipun sudah dewasa.

Hidup mesti ada makanan mewah, mesti ada kereta mewah, mesti ada seks, mesti ada parti, mesti minum-minum, mesti ada perempuan (bagi lelaki), mesti dapat tidur banyak dan bila-bila masa, mesti ada duit dan boleh berjoli. Bagi mereka, ilmu dan pelajaran itu adalah untuk mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai hidup. Tanggungjawab untuk bagi makan anak isteri adalah sesuatu yang membebankan dan menyusahkan hidup. Hormat orang tua dan masyarakat adalah satu cerita dongeng.

Mungkin ada yang tergelak membaca tulisan ini, tapi inilah realiti yang wujud di dunia hari ini. Bagi mereka yang berada dalam budaya 'hendonism', memang seronok kalau dapat menyusahkan orang lain. Suka kalau ada yang sengsara. Bagi mereka, dunia ini adalah untuk orang-orang seperti mereka.

Namun... sekalipun mereka dapat rasa semua yang nikmat ini, ia akan berakhir satu hari nanti. Bila tiba masanya nanti, mungkin ketika itulah mereka akan teringat pada Tuhan dan teringat bahawa sehandal atau sehebat mana sekalipun mereka itu, mereka akan kecundang juga. Wallahuaklam.

Wassalam.