Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, October 26, 2011

Adikku Pun Berubah

Salam semua

Hari ini hari Rabu dan tentunya bagi mereka yang bukan beragama Hindu, sedang duduk relaks-relaks atau mungkin makan angin dan menghabiskan hari libur bersama keluarga.

Hari ini, saya ingin bercerita tentang keluarga. Biar dicincang sekalipun, air yang mengalir tak akan terputus. Begitulah hebatnya ikatan silaturahim kalau diikutkan teori dan lumrah hidup. Pun  begitu, ada kalanya perjalanan hidup kita tidaklah semudah teori alam. Air yang mengalir deras sekalipun, kalau diletak penahan, akan terputus jua. Ahli keluarga kita adalah manusia juga, dan masing-masing ada egonya, ada perasaan, ada sifat-sifat negatif dan positif dalam diri. Kerana semuanya manusia  biasa, maka tidak larilah daripada melakukan kesilapan. Tahu-tahu, masing-masing sudah tidak betegur sapa. Menjadi lagi rumit bila ada yang suka  menyucuk, suka menyampai-nyampai dan suka buat andaian dan cerita. Maka akan terputuslah ikatan silaturahim.

Alhamdulillah, hari ini adik saya dan isterinya berangkat ke tanah suci Mekah untuk tunaikan ibadah Haji. Saya masih ingat lagi kenakalan adik saya ini ketika dia masih remaja. Adik saya memang nakal 'tahap gaban' hinggakan semua orang kenal dia, terutama cikgu-cikgu sekolah kami di Sekolah Menengah Clifford. Malah, suatu ketika dahulu, semasa sedang membesar, dia pernah tinggal dengan saya dan suami dan ketika itu, saya jadi letih dengan kenakalannya yang payah untuk dikawal. Namun, saya yakin dia akan berubah dan Ahamdulillah, Tuhan telah ubahkan dia untuk jadi insan yang lebih baik, murahkan rezekinya, mencerahkan laluannya. Saya bersyukur di atas kurniaan Allah SWT. Hari ni, adik saya telah jadi insan yang kami hormati. Dia bukan sekadar tidak lupa pada teman lama, dia juga tidak lupa kepada guru-gurunya terutama guru disiplinnya.

Semoga adik saya dilindungi Allah SWT dan selamat dunia akhirat.