Gedung Sate di Kota Bandung
Salam semua
Alhamdulillah, saya dah pun balik dari Bandung! Ole-ole Bandung, Air Bandung, Mi Bandung... haha, macam-macam ada. Memang Bandung dah banyak berubah sejak kali terakhir saya ke sana. Sekarang ini, Bandung bertambah macet, bertambah sibuk dan bertambah menarik. Namun, kota itu bertambah hebat. Tak rugi kalau ke sana (terserempak dengan pelakon Malaysia masa kat sana - tak ingat namanya). Kami pula, macam tak cukup masa. Iyalah, bukan lama mana kami ke sana. Mana lagi nak ke majlis perkahwinan, mana lagi nak jalan-jalan. Apa pun, rombongan kami sangatlah enjoy ke sana. Selain dari kaum kerabat lain dari Malaysia, rombongan kami sahaja dah 12 orang. Alhamdulillah, sepupu kami Ahmad Basweedan sudah sediakan satu van besar (macam mini bas rupanya) yang muat untuk 14 penumpang dan dengan kenderaan itulah kami bergerak dengan kumpulan yang besar. Kumpulan kami menginap di Aston Braga. Bukan itu sahaja, malah kami melihat kumpulan lain dari luar Bandung, siap datang dengan bas lagi untuk ke majlis perkahwinan. Ada yang datang dari Surabaya, ada dari Madura, dari Bali, dari Malang, dari Sumatera, tentunya ramai yang datang dari Jakarta. Semuanya diuruskan oleh sepupu kami Ahmad.
Majlis perkahwinannya (Acara Perkahwinan - kata orang Indonesia) berjalan dengan lancar dan penuh gemilang, maklumlah sepupu kami Ahmad Basweedan merupakan orang berada di kota Bandung. Saya tak sempat nak muatkan gambar di entri ini (Bila free nanti saya akan letakkan). Pengantin (anak perempuan Ahmad) ialah Fairus (seorang doktor) dan berkahwin dengan Arif Rahman (seorang arkitek). Semua persiapan bagaikan berada di Indera Kayangan, maklumlah Fairus merupakan anak sulung dan the only girl.
Kami sekeluarga hanya mampu untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Ahmad Basweedan, semoga dia dipanjangkan umur dan bertambah murah rezeki, semoga keluarganya selamat dunia akhirat, Ameen.
PS: saya ketemu Rasya Aleeya (sudah berumah tangga) dan juga Misyal dan Dr. Firas (juga sudah berumah tangga), antara anak-anak sepupu yang saya pinjam nama mereka untuk watak-watak novel saya.