Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Monday, September 19, 2011
Fobia vs Paranoid
Salam dan selamat pagi
Semalam, memang havoc dan sangat sibuk. Biasalah kan, selagi tak habis syawal, selagi itulah orang Malaysia berhari raya, termasuklah saya dan ahli keluarga. Semalam, kami ke kawasan Gombak, ke rumah anak saudara suami, lepas itu ke rumah adik saya dan akhirnya ke rumah seorang lagi adik saya yang membuat 'open house'. Walaupun agak letih juga, tetapi seronok sebab dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama dan juga ahli keluarga yang kita jarang-jarang jumpa. Berkenalan juga dengan orang baru, termasuk orang yang kita selalu dengar nama tapi tak pernah jumpa!
Okeylah, pagi ni saya nak bersembang tentang maksud fobia dan paranoid. Kalau tengok di kamus, maksudnya tak banyak sangat bezanya, kedua-dua membawa maksud kepada 'takut' atau ngeri atau gerun, tetapi paranoid lagi berat, kerana paranoid melibatkan perasaan yang menokok-tambah. Malah, paranoid merupakan satu penyakit yang ada kaitan dengan 'hati' dan 'otak' kita.
Fobia itu merupakan satu tabiat atau perasaan yang mungkin semua orang ada, kalau tak banyak sikit. Misalnya, fobia pada ketinggian, fobia pada binatang yang berbulu atau berkulit licin. Fobia pada kelajuan. Dalam banyak hal, fobia boleh kita tepiskan dengan lebih mudah. Ia perlukan latihan dan keberanian untuk membuangkan perasaan itu.
Suatu ketika dahulu, saya sangat fobia dengan bunyi guruh dan berlaku kilat. Sekarang ni dah kurang dah. Saya juga tak suka dengan binatang yang mempunyai kulit licin macam ular, atau berkerutu macam katak. Sekarang ni, saya dah okey dengan katak. Dengan ular saya masih fobia. Saya juga fobia dengan ketinggian dan sekarang ini dah kurang, cuma kadang-kadang datang juga perasaan gerun tu. Sebab itulah saya tak suka roller coaster atau cable car. Suatu ketika dahulu, saya juga fobia dengan 'driving', rasa macam nak langgar aje. Tapi sekarang, alhamdulillah dah lama okey.
Namun, bagi mereka yang paranoid, kadang-kadang payah nak buang atau tepis. Biasanya orang yang paranoid, payah nak berkawan dengan orang lain kerana dia suka bersyak-wasangka. Apa pun, kalau kita sedar bahawa diri kita mempunyai penyakit 'paranoid', berusahalah untuk berubat. Bila kita melatih diri untuk membuang tabiat ini, insya-Allah ia akan pergi.
Subscribe to:
Posts (Atom)