Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, September 12, 2011

Ohh Haram...


Salam semua

Maaflah sebab banyak hari juga tak update blog ini, maklumlah... musim raya ni, alahai banyak pulak aktivitinya. Tapi tak apa, saya percaya semua orang pun busy jugak... hehe! Mula dari hari Jumaat yang lepas, kami kesibukan. Seperti biasa, hujung minggu, itulah masanya kita nak melawat dan dilawati. Apa lagi, saya pun itulah kerjanya, kesibukan sentiasa. Apa pun, Alhamdulillah masih ramai yang ingat pada kita. Bagusnya Syawal, kerana kita akan berhubungan dengan mereka yang dah lama kita tak jumpa.

Malam Sabtu tu, entah kenapa, saya seronok pulak nak tengok drama kat TV, mungkin tertarik dengan iklan drama atau mungkin tertarik kerana tahu pelakon 'Aqasha' yang akan berlakon pada malam itu. Secara keseluruhan, drama yang berjudul 'Ohh Haram' tu memang berkesan. Jalan ceritanya banyak menegur dan mengingatkan kita, atau apa yang saya katakan sebagai  'drama sarcastic'. Ia juga buat saya tergelak. Yang terasa alim pun kena, yang tak alim lagilah terkena. Tetapi itulah realiti hidup kita, ramai yang terlupa akan kepentingan agama lalu mendahulukan perkara remeh dan yang tak penting, malah kerana tak ambil kisah, banyak yang haram dihalalkan. Dalam begitu, yang terasa alim pula, kadang-kadang tak pandai nak bawa diri. Bukan berjaya untuk berdakwah, kadang-kadang membuat orang lain lagi menjauhkan diri. Apa pun, saya rasa Erma Fatimah berjaya juga menonjolkan sesuatu yang berkesan dalam hidup kita seharian. Yang pasti, ramai mungkin akan marah dan terasa. Tapi tak apalah... kalau nak bagi orang tak terasa pun, apalah gunanya.

Pada hujung minggu juga, saya sempat mengintai-intai beberapa artikel yang diedarkan teman-teman di alam maya ini. Ada beberapa artikel yang saya baca saya rasa sangat menarik. Artikel yang boleh buat kita cermin diri lalu terus mahu lakukan sesuatu yang positif. Kadang-kadang, bila kita rasa yang diri memnpunyai banyak masalah, kita terlupa untuk fikirkan bahawa masalah itu datang untuk kita selesaikan, bukan untuk kita rasa bahawa diri teranaiya dek masalah yang datang. Malah, kalau kita fokus pada apa yang baik yang boleh kita lakukan, adalah jauh lebih baik daripada fikirkan apa yang kita tak mampu lakukan.

Ada seorang teman menghantar sebuah video yang menceritakan betapa besarnya galaksi yang dicipta Allah SWT, membuatkan kita terasa bahawa kita terlalu kecil. Malah, masalah kita juga merupakan sesuatu yang kecil sahaja. Cuma bila kita besarkan, yang kecil jadi rumit. Tapi kalau kita anggap bahawa ia hanyalah kecil, kita akan mampu mengatasinya, insya-Allah.

Semoga di pagi Isnin ini, kita akan mulakan hari-hari kita dengan fikiran yang positif. Selagi ada nafas di badan, hargailah masa kita dan hiduplah dengan semangat yang positif, semoga kita menjadi manusia yang tenang. Insya-Allah.

Wassalam.