Penyanyi Material Girl, Madonna.
Salam
Mungkin anda yang masih muda tak berapa tahu tentang lagu yang pernah dipopularkan penyanyi Amerika, Madonna pada awal tahun 1985, ia itu 'MATERIAL GIRL'. Lagu itu mengisahkan manusia hari ini yang hidup dalam dunia material, hinggakan tak ada apa-apa lagi yang membawa erti selain dari wang-ringgit dan harta benda. Kalau tak ada semua itu, diri seolah-olah tiada harga.
Sungguh ke?
Mungkin betul lah tu, kerana hari ini, bila ada duit, orang pandang mulia pada kita. Bila tiada apa-apa, tak ada siapa pun yang nak ambil tahu atau mahu kenal dengan kita.
Malah, kebanyakan waktu, kasih seorang ibu juga mampu untuk berubah. Menyayangi anak-anak yang berduit, yang tiada itu tak bererti baginya. Nauzubillah. Tetapi pada hakikatnya inilah realiti.
Bila kita berharta, banyaklah kenalan dan banyaklah kawan. Ada sahaja yang ingin kenal dengan kita. Tetapi kalau kita tidak ada semua itu, tinggallah kita seorang diri, seolah-olah sudah berada di dalam kubur yang gelap lagi sunyi.
Kenapa agaknya manusia mudah jadi begitu?
Mungkinkah kita dididik begitu oleh mak ayah kita? Kita dianggap berjaya bila mampu jadi kaya? Kalau tak berwang, kita menjadi orang yang hina?
Kesiannya kita.
Kenapa orang tak ambil peduli tentang budi bahasa, tentang apa yang terselit di hati dan tentang keikhlasan hati? Kenapa kita tak ambil kisah tentang 'akhlak' manusia itu sendiri. Bukan tentang apa yang dipakainya tetapi tentang 'jiwa' nya.
Sungguhkah kita akan bahagia kalau kita mempunyai segala-galanya (material)? Atau mungkinkah orang yang bahagia itu merupakan orang yang mampu hidup aman dengan apa seadanya?
'Life isn't about how to survive the storm, but how to dance in the rain.'
Maksudnya, apa sahaja yang kita ada, kalau kita guna dengan baik, akan bahagialah kita. Insya-Allah.
Pagi ini, saya bercadang untuk ke Muzium Negara, nak tengok tinggalan 'Orang Asli' di negara ini. Jadi... bye-bye and hasta la vista...
