Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, May 25, 2011

Taat Pada Cinta Si Dia

Sekadar Hiasan

Salam

Pelik bin ajaib kalau hati masih sayang kepada 'si dia' yang tak pernah tunjukkan keikhlasan. Macam tak percaya bila kita dengar ada orang masih mahu taat kepada 'cintanya' walaupun cintanya itu kaki pukul, suka memaki-hamun dan mungkin selalu mengganggu jiwa dan fikirannya.

Ada orang masih sanggup setia dan menunggu walaupun tahu 'cintanya' itu suka menipu. Tak pernah kata benar dan tak pernah pun 'committed' dengan janji atau perhubungannya. Namun, orang itu masih sanggup terima segala alasan yang diberi melalui kata-kata manisnya

Ada orang sudah pun bertunang dan tak mahu hampakan harapan ibu bapa, lalu teruskan sahaja pertunangannya walaupun tahu 'si dia' memang jenis yang tak berguna.

Sanggupkah kita teruskan pertalian dengan 'si dia' yang jenis seperti itu? Mahukah kita menjadikan 'si dia' pasangan hidup kita sehati sejiwa hingga akhir hayat nanti? Mampukah kita hidup bersamanya hingga nafas kita berhenti? Mungkinkah?

Atau dari awal lagi kita sudah tahu dan dapat mengagakkan yang pertalian itu tak mungkin akan bertahan lama, namun kerana menurut kata hati, kita sanggup teruskan dan berharap sangat-sangat agar 'si dia' akan berubah.

Memang pelik bin ajaib kalau ada orang yang boleh merasakan bahawa lelaki atau pun perempuan yang tidak tahu apa itu keikhlasan, akan mampu untuk berubah.

Mungkin ada yang akan berubah, tetapi berapa persen agaknya?

Beranikah kita untuk teruskan perhubungan sebagai sepasang kekasih atau tunang untuk bertukar jadi pasangan suami dan isteri?

Bolehkah kita bertahan nanti sedangkan kita dah nampak dan tahu risikonya?

Tanyalah pada diri kita. Berbaloikah pengorbanan kita itu?