Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, May 19, 2011

Seronoknya Bila Bergosip


Salam

Saya nak tergelak membaca sebuah novel ni, novel yang datangnya dari luar. Kelakar lah pulak. Bayangkanlah, kadang-kadang akibat manusia yang suka sangat bergosip, benda kecil dah berubah jadi besar. Benda yang tak ada apa-apa, bertukar jadi panas. Begitulah mulut orang, bila dengar satu kisah, ditambah-tambah lagi dan akhirnya cerita asal dah jadi benda lain. Kalau tak terkawal, memang hal kecil dah jadi hal besar. Yang peliknya, kebanyakan orang memang suka percaya. Benda tak elok tu lah yang seronok disebarkan, benda baik-baik jarang hendak dihebahkan!

Berbalik kepada novel tadi, alkisahnya seorang pemuda ini dah terjatuh di tempat kerjanya dan kebetulan, tempat kerjanya agak jauh juga dari rumahnya. Jadi, macam-macam cerita telah disebarkan dan ketika cerita itu sampai pada ibunya, konon-konon si pemuda sudah jadi koma dan lumpuh. Apa lagi, si ibu pun tumbang, pengsan! Pada hal, anaknya itu sedang dirawat dan apa yang menimpanya hanya sekadar luka-luka kecil sahaja.

Huhuhu... beginilah keadaannya kalau kita yang mendengar apa-apa berita main terima bulat-bulat sahaja. Ada ketika, apa yang kita dengar itu kita tak patut ambil begitu sahaja. Kalau nak percaya, semak baik-baik. Entah-entah, apa yang disebarkan orang hanya sekadar khabar angin yang tidak sah.Mungkin yang tukang sebar itu ada agendanya sendiri. Kalau kita main terima sahaja, ada kemungkinan kita akan terasa diperbodohkan nanti.

Kalau kisah selebriti, orang ramai memang seronok menghebahkan cerita mereka. Tak kisahlah betul atau tidak. Kadang-kadang, ada juga cerita yang sangat mengaibkan. Kisah-kisah dalam kelambu pun disebarkan orang ramai.

Tapi, ada kala, kisah orang biasa-biasa pun hendak dipanaskan. Tambah kalau kita tak suka pada orang yang kita ceritakan itu! Yang peliknya, orang yang menokok-tambah cerita itu tak rasa bersalah pun. Sebabnya, gosip panas yang disampaikan kepada orang lain bukan merupakan cerita tentang dirinya sendiri, tapi kisah orang lain. Memang seronok kalau dapat bergosip tentang orang! Kalau mengenai dirinya, tentu dia tak akan cerita pada orang lain. Kalau nak cakap pun, kisah yang baik-baik sahaja yang dipaparkan.

Kalau kita memang suka bergosip, kenapa tidak kita gosip sahaja kisah baik-baik tentang orang lain? Mesti jauh lagi baik daripada bercerita yang tak elok pasal orang.

Wallahua'lam.