Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, May 18, 2011

Aku Suka Dia, Tapi Dia Pula...

Salam

Asyik tersasul aje. Ingatkan hari ini hari Isnin, rupa-rupanya dah hari Rabu. Maklumlah semalam cuti umum, padahal saya memang duduk di rumah aje. Ahli keluarga yang pergi kerja... hehe.

Semalam, kami dikunjungi teman anak saya lagi. Kali ini, kawannya seorang lelaki dari Italy. Seperti yang saya pernah khabarkan, Faiz (anak sulung saya) memang banyak kawan semasa berada di luar negara, dan kini, rakan-rakannya cuba datang untuk melawatnya di sini pula. Dulu, Faiz yang rajin ke tempat mereka. Hari ini, kawannya yang bernama Ricardo sudah pun pergi ke Kota Kinabalu. Dia mahu berehat-rehat di sana.

Okeylah, pagi ini mood saya ingin bercerita tentang perasaan 'tak tentu rasa' bila kita tak tahu sama ada orang yang kita suka itu sebenarnya suka juga pada kita.

Kenapa saya bangkitkan soal ini? Sebabnya, ramai yang dah rasa dan selalu juga ada yang bertanya pada saya. Nak buat macam mana?

Saya suka dia, tapi dia...

Huhu... susah ya, sebab dulu-dulu saya tak rasa sangat benda-benda macam ni. Masa saya budak-budak, adalah juga rasa macam suka pada seseorang, tapi tak pernah serius pun. Sekadar 'berangan'angan' saja dan perasaan itu terus hilang bila ada orang lain yang menarik minat saya. Tapi, semuanya dari jarak jauh sahaja. Malah, memang tak pernah jadi apa-apa pun.

Masa penghujung umur 16 tahun, saya bertemu dengan 'suami saya' dan sejak itu, tak ada dah orang lain. Jadi, tak adalah rasa macam mana orang lain pernah rasa. Saya dan suami, kami sama-sama suka, jadi memang tak ada masalah (masalah tentang rasa lah).

Ni nak cerita pasal hal tadi, kisah 'jatuh hati' pada orang yang mungkin tak beri respons yang positif. Nak kata dia tak suka, tak juga, sebab mungkin dia rajin melayan kita. Nak kata dia suka sangat pun payah juga, sebab dia tak tunjuk 'komitmen' nya. Ada benda dia berahsia, tak mahu berterus terang. Jadi, kita pun macam terumbang-ambing. Kita asyik tertanya-tanya, dia suka pada aku ke tidak? Dia nak serius kawan dengan aku ke tidak? Dia nak 'couple' dengan aku ke tidak?

Kadang-kadang, dia rajin menghantar mesej pada kita. Kalau kita batuk sikit ke, atau hidung beringus ke, dia macam 'concern'. Nak ambil tahu. Nanti dia tanya kita, "Dah makan ubat?" atau, "Dah pergi klinik ke?"

Kita pun sejuk hati. 'Dia suka kat akulah kot. Kalau tak, buat apa nak sibuk-sibuk tanya pasal aku?'

Tapi, lepas tu dia macam tak ambil kisah pun. Ada kala, dia menyepi, kadang-kadang sampai berminggu. Lepas tu, dia menjelma lagi. Kata dia, dia sibuk sikit, ada urusan keluarga. Kita pun okeylah, tak nak tuduh apa-apa.

Kita berkawan balik, macam biasa. Hantar-hantar mesej lagi.

Lepas dua minggu, sekali lagi dia menyepi. Kita pun jadi bingung, tak tahu mengagak perasaannya. Suka betul-betul ke, atau tak!

Adoi... kadang-kadang kita jadi susah nak tidur sebab fikirkan halnya. Bukannya apa, sebenarnya kita dah suka pada dia, cuma tak tahu macam mana nak berterus terang. Dia pula, macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada.

Okeylah, kalau tanya pada saya, saya kata dia belum bersedia. Mungkin dia suka pada kita, tapi mungkin juga dia sedang berada dalam keadaan yang tak tentu lagi. Mungkin juga ada orang ketiga, atau ada masalah keluarga, atau ada masalah dirinya. Apa pun, yang pasti dia juga terumbang ambing. Tidak tahu apa yang ada pada rasanya. Suka betul-betul pada kita atau pun tidak. Mungkin sekali sekala dia memang rindukan kita, tapi masalahnya, dia memang tak tahu.

Lebih baiklah kita tidak menaruh harapan.

Setakat itu sahaja... hehe, harap-harap anda yang membaca entri ini tidak berada dalam keadaan yang seperti itu.

Aku suka dia, tapi dia pula...