

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah kepada kami, tak kiralah melalui emel atau mesej SMS. Ramai juga yang nak tahu apa gelaran cucu untuk..... nya.
Soalan cepumas!
Okeylah... macam biasalah kan, saya suka cari yang ada kelainan. Sebenarnya dah lama saya gunapakai nama itu, buat cucu-cucu saudara yang dah ada. Saya guna 'LOLA' perkataan Tagalog (Filipina) untuk grandmother. Dan suami saya pula... HABIB (perkataan Arab untuk yang tersayang), lama-lama nanti cucu mesti kata 'BEB'... ha lagi best tu. Macam kawan. Lola and Beb... bukan Datuk dan ..... atau Datin.
Apa pun, saya tidaklah obses dengan kelahiran cucu pertama ni. Tulis masih terus tulis, sayang... cucu, cucu le. Ada dua lagi yang akan hadir tahun ini, insya-Allah pada bulan November ni. Jadi, saya kena relaks-relaks... tarik nafas panjang-panjang. Hehe
Okeylah... semalam saya ke Seremban, ada urusan peribadi dan semasa ke sana saya berborak-borak dengan Liza, seorang teman yang tinggalnya di Lenggeng. Macam-macam yang kami bualkan, terutama tentang tanah pusaka dan harta benda yang selalu menjadi rebutan saudara-mara. Saya rasa ramai yang mengalami keadaan ini.
Sebetulnya, saya paling tak suka keadaan di mana adik-beradik bertelingkah hanya kerana harta atau tanah yang menjadi peninggalan ayah atau datuk dan nenek.
Aduhai... saya memang tak suka benda-benda macam ini. Saya dan suami, kami juga ada ibu bapa yang tinggalkan harta mereka, dan kami tak ambil kisah pun. Kalau ada yang nak bagi, bagilah, kalau tak kami tak ambil peduli pun. Bagi kami, harta dan wang ringgit boleh dicari dan kalau ada rezeki, akan adalah buat kami. Kalau bukan rezeki, yang ada di tangan pun akan diambil pergi. Tak payahlah berebut-rebut dan bermaki hamun. Akhirnya bila kita mati, tak ada pun kita bawa tanah atau harta tu. Semuanya kita tinggal juga.
Okey lah... seronok lagi cerita pasal cucu agaknya... hehe.