Tengah hari ini, saya akan ke Bangkok. Walaupun dunia sedang kecoh dengan penyakit pelik yang sedang tersebar dan juga negara Thai dikatakan masih dalam keadaan darurat, namun kerana perancangan sudah diaturkan, saya dan anak-anak tetap akan ke sana. Insya-Allah kami berdoa agar kami dilindungi Allah SWT dan kerana itu perasaan takut kami tepiskan sahaja.
Sebagai penulis, saya ke negara seberang, bukan sekadar untuk merehatkan diri dan melawat tempat yang menarik, tetapi seperti biasa, lawatan saya ke negara itu ada maksud yang tertentu berkaitan dengan penulisan buku saya yang akan datang. Orang kata, "Sambil menyelam, minum air". Kerana itu juga, blog saya ini tidak akan diupdatekan sehingga, insya-Allah Selasa depan.
Ini bukanlah kali pertama saya ke sana, tetapi sudah lama juga saya tak ke sana dan saya percaya banyak yang sudah berubah. Apa-apa pun, saya akan bercerita sebaik sahaja saya kembali nanti.
Selamat menyambut Hari Pekerja. Semoga kita bertenaga dan menjalankan tanggungjawab kerana-Nya.