Saya selalu mendapat e-mel daripada pembaca novel-novel saya. Biasanya mereka seronok berbual-bual dengan saya. Sekadar bercerita-cerita sahaja. Kadang-kadang pula, ada juga yang menyampaikan permintaan. Ada yang minta saya tulis cerita sedih-sedih, ramai yang suka saya tulis episod-episod yang romantik, yang menikam jiwa, ada yang mahukan unsur-unsur lucu.Ramai yang mahu saya bawa mereka ke luar negara. Ada juga yang suruh saya tulis karakter yang berkerjaya seperti mereka(pembaca), misalnya jururawat, guru dan macam-macam lagi. Bagi saya, saya akan cuba menunaikan permintaan mereka, tetapi kadang-kadang memang sukar untuk buat semuanya. Bukan apa, kadang-kadang fakta tak cukup untuk saya buat begitu, terutama tentang kerjaya. Biasanya saya tulis apa yang saya familiar, kalau tak, memang saya tak berani. Takut tak nampak real!
Ramai yang tertanya-tanya tentang novel yang sedang saya siapkan ini. Ah, satu rahsia! Yang pasti kali ini saya akan membawa pembaca ke tempat lain... hahaha... ada unsur Hindustan kot! Tukar-tukar baju, menyanyi dan menari!