Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, April 02, 2008

Berpesta Lagi?

Setiap kali musim pesta buku, semua penerbit, pengedar, penulis, pembaca dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan dunia buku akan sibuk buat seketika. Mungkin ada yang ternanti-nanti kerana ketika inilah masing-masing dapat diskaun yang baik bagi setiap pembelian buku dan mungkin juga ketika inilah ramai pembaca yang datang untuk berjumpa dengan penulis kesukaan mereka. Apa-apapun, saya melihat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini sebagai satu platform untuk memperkenalkan produk dan juga untuk bertemu dengan bakal pengedar selain daripada berpeluang untuk bertemu dengan pembaca yang sentiasa memberi sokongan.

Sepanjang penglibatan saya dalam dunia penulisan, iaitu sejak tahun 2004, saya tak pernah lagi tak hadirkan diri di tapak Pesta Buku. Saya memang seronok untuk bertemu dengan orang lain yang juga terlibat dalam dunia buku dan sama-sama bertukar fikiran dan pandangan tentang apa lagi yang boleh kita sama-sama lakukan bagi mengembangkan dunia buku ini.

Saya juga sentiasa seronok untuk bertemu dengan pembaca-pembaca saya yang sentiasa memberi saya idea, memberi saya sokongan dan semangat untuk terus menulis. Saya berdoa agar Tuhan panjangkan umur, berikan saya kekuatan dan semangat untuk terus menulis dan melibatkan diri dalam dunia penulisan ini.

Buat semua pembaca kesayangan saya, datanglah... kerana andalah saya masih teguh di sini, alhamdulillah.