Daisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Anak2. Show all posts
Showing posts with label Anak2. Show all posts

Sunday, November 1, 2009

Malam Ahad di Meru

Hmm... kononnya nak melepak dengan geng biasa, rupanya KRZ dah berjanjian dengan rakan nak bantu untuk ice-breaking. Jadi kami ke SK Meru 2, yang asalnya aku pg sekolah anak buah aku SK Jalan Meru 2.
Haha! Aku takde aktiviti melainkan melayan anak2 yang banyak ragamnya.
Ketua kelas yang sibuk dengan payung. Dan penolong ketua kelas yang sibuk juga dengan payung
tapi siap patahkan lagi payung aku tu... huhu...
Kamu memang ganas la dik. So sori ek, KRZ, tak banyak gambarmu
yang sempat kurakamkan.
Hehehe... Anakmu terlalu banyak ragam....
Sampai jumpa lagi nanti ya rakan-rakan...
Bye!

Tuesday, October 27, 2009

Cuba-cuba

Hmm... balik dari Cameron Highland,
aku tak terus bagi anak2ku cuba pakai baju baru.
Saja tunggu KRZ balik dari camping baru aku pakaikan.
Gambar2 ni KRZ yang amik. Tetiba Apiki kata nak 'lat' (solat-sebenarnya).
Kalakar tengok gaya dia, kalau sujud siap terus meniarap.
Siap cium2 sejadah bagai.
Yang gaya ni bangkit dari sujud la kononnya...
Haha! Luculah kamu ni dik....
.
Dan satu lagi montaj pakai baju yang Sue Joshua bagi.
Ngam2 dengan anak2 aku jadi tak boleh simpan raya tahun depan.
Ha! Abish ku pakaikan. Rafiq nak juga beraksi, tapi Fatin leka tengok tv
sampai aku pun kena mrah sebab lindung pandangan dia ke tv.
Hailah anak2.....

Monday, October 26, 2009

Cameron - Memang Berbaloi

Ada berita sedih ni.
.
Tapi aku ceritakan dulu sambungan g lawatan waktu kat Cameron Highland.
.
Selepas puas mengambil gambar di Mardi, kami dibawa ke Sungei Palas, tempat penanaman teh. Perjalanan memang mencabar sampai ada yang buat gaya naik roller coaster! Memang meriah! Haha! Tapi aku memang puas hati kerana mata aku ni sejuk memandang kehijauan di kiri kanan. Sebab tu aku duduk depan sebelah drebar udah gaya konduktor pula kata kawan2ku. Ngeh! Biarkan, janji aku boleh mengambil gambar sepuas hati.
.
Balik ke hotel untuk lunch sebelum sambung kurus pada jam 3.30ptg. Jam 5 dah tamat terus balik bilik menanti masa berlalu untuk menikmati STIMBOT! Sedapnya, tambah pulak da nasi goreng yang memang kegemaran aku tuh.... Mungkin sebab aku makan nasi makanya makan lauk pauk sedikit saja.
.
Makan stimbot ni buat aku teringat pada Acik, pada kenangan lalu yang tak mungkin berulang lagi.... Sapa2 yang terlibat jer paham...eh....T_T sedey tau!
.
Oklah, sambung lagi. Malam lepas stimbot ada satulagi slot kursus. Sama juga pagi2 tu ada sesi penutup serba ringkas dan lepas makan, gerak g Kea Farm cari bekal sikit untuk kawan2. Memang ada duit lebih tapi sebab belum sampai ke umah lagi, aku tak berani nak belanja sangat la. Bimbang terjadi apa2 dan takde uang kan ke payah? Balik2 terus g amik anak2 dan bila tengok muka depa ni, hilanglah penat memandu seharian! KRZ? dia p Kem 1Malaysia di SK Alam Megah. So, takdelah muka beliau dalam ini entri. Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 14, 2009

Baju Oreng... Oreng Lagik!

Aku suka jer anak2 aku pakai baju warna jingga. Nampak ceria!
Tapi sebenarnya warna oren memang memberi semangat pada si pemakainya! Layankan saja gambar2 mereka ini ya! Bye!

Monday, October 12, 2009

Gaya Anak2 di PUB

Haha! Bukan pub untuk berjimbaan <--tiru ayat Acik nih! Tapi kat kemping kat skul. Masing2 ada saja kerja nak dibuat. Tapi Rafiq paling susah pasal tak boleh jauh dari aku. Itu yang buatkan aku terlepas Night Walk malam tu. Ni aku masuk khemah anak2 khas untuk amik gambar Apiki dan aksi Fatin kuambil waktu dia sibuk buat simpulan & ikatan yang ntah apa-apa. Tapi jangan tak percaya kerana mendapat pujian dari Liza katanya agak kemas juga hasil tangan Cik Fatin tu.... Ngeh3.... Percaya atau tidak, camping bukan perkara baru buat anak2 aku. Mana2 tempat yang boleh, akan kubawa mereka. Udahnya nama minat aku ngan KRZ, jadi anak2 haruslah ikut minat sama. Bye!

Saturday, October 10, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSD 1 - 09

Entah, hantu mana yang merasuk, tiba2 ada semangat aku nak mengapdet. Maafkan aku ya kawan2, lama benar aku tinggalkan blog ini. Terbiar sepi tanpa peneman. So sorry eh?
.
Bermula petang semalam, aku bertugas di PUB, SKBSD1. Pertama kali aku sertai walaupun kat skul tu dah masuk tahun ke - 4. Tahun pertama, aku mengandungkan Fatin, tahun kedua Rafiq dan tahun ketiga aku kena p kursus tempat lain plak.
.
Sebenarnya KRZ ajak aku g Pulau Pangkor, meneman dia disamping bercuti dengan anak2. Beliau pun ada PUB juga tapi sambil buat lawatan. Tapi kerana pertama kali aku boleh nak pergi PUN kat skul, aku minta ngan KRZ supaya aku dapat stay. Nasib baik KRZ paham dan ijinkan... gitu.
.
Petang Jumaat i.e semalam dah mula. Mula2 ada briefing pemasangan khemah, dan seterusnya kena la budak2 tunggang terbalik memasang khemah pattern baru. Lawa. Siapa ada pelapik kaki sebelum kasuk khemah, lucu la bebudak ni. Kemudian, Mie dengan penuh semangatnya menyiapkan tripod. Siap dibantu Saiful. Setelah siap dipasang gajet tersebut haruslah di uji ketahanannya dengan meminta 2 budak memanjat! Sah konpom kukuh! Haha! Bila hari petang, makin ramai kawan2 bawak anak sampai ada kawan sanggup volunteer nk jagakan anak2 kalau aku ada kerja malam tu. Udahnya, aku g la menjemput Fatin & Rafiq. Itu yang malam tu agak seronok sikit hati aku sebab ada anak2 ada depan mata kan? Tanglung tu merupakan antara task yang bebudak kena buat. Tajuk aktiviti adalah kembara minda dimana depa kena dapatkan jawapan di check point yang tertentu. Memang dapat kenal budak dengan lebih lanjut melalui aktiviti ni. Siapa pentingkan diri, siapa yang berbudi bahasa, siapa yang degil, semua ada... Haha! Itu memang tujuan g camping. Lepas aktiviti tu, ada refleksi dan 'star' of the night kena ni, lepas tu terus ada perang belon, yang aku pun kena. JAGA kau, SN. Akan tiba giliranmu........ Haha! Bye!

Thursday, September 24, 2009

Gelagat di Car Wash

Haha! Memang lucu! Rasanya itulah pengalaman pertama kami cuci kete dengan anak2 ada sekali. Biasanya time cuci berdekatan umah, kami semua keluar g kedai makan. Punyalah seronok depa bila disembur air... bila kena sabun lagilah seronok.... Hehe! Rafiq terjerit2 siap tepuk2 cermin kereta bila pekerja tu sembur air kat cermin. Adoh! Macam2 perangai korang ek?

Sunday, September 13, 2009

Mesin Tebu

Hari Jumaat macam biasa la mesti singgah Pasar Malam (PM). Seronoknya pegi PM ni barang murah2 dan banyak pilihan. Kalau satu gerai kualiti barang tak best, masih banyak lagi pilihan di gerai lain.
.
Yang tak best, bila sampai bahagian toys, aku kena dukung anak. Haha! Kalau tak depa akan mengamuk sampai dapat. Malas nak layan sebab depa ni bukan main sangat.
.
Ni waktu kami singgah beli sat-a (sate ayam). Bersebelahan dengan gerai jual air tebu. Jadi anak2 sangat hairan melihat tebu dimesin tu. Ok yer, petang2 sikit nanti ku ngapdet lagi. Bye!

Tuesday, August 25, 2009

Topeng Muka

Hari Ahad lepas KRZ bawak aku ngan anak2 jalan di KL. Niat beliu nak meninjau2 peralatan handy untuk aku. Almaklumlah aku dah lulus peksa kan. Jadi harus ada gadget yang bersesuaian la.
.
Pastuh, aku terasa bimbang sebab KL tu satu tempat tumpuan orang ramai. Bukan dari Malaysia saja, dari merata dunia pun ada. Aku mengambil langkah singgah di farmasi terdekat dan membeli topeng muka. Kami pakai dan pakaikan anak2 juga. Pandai juga anak2 tak tanggalkan selagi tak nampak sama ada aku atau KRZ tanggalkan. Yang Fatin pulak, ketika KRZ bukak topeng untuk bertanyakan harga barangan, siap marah lagi, "Ayah, tutup mulut!" Haha! Pandai la sangat. Rafiq ada sikiiit problem nak tanggalkan, sebab gatal agaknya sebab hidungnya naik bintik2 merah sebab besi kat topeng tu kot! Oklah yer, nanti aku sambung lagi. Bye!

Kasut Baru & Murah

Hai semua, apa khabar? Lama rasanya tak ngapdet, kan? Dah dapat kompelin entry gue sekarang berunsur pemalas. Haha! Kadang-kadang tue masa yang diperuntukkan terlalu singkat, aku terpaksa buat kerja lain maka segalanya aku ringkaskan saja. Bukan aku sengaja. Padahal memang hobi dan minat aku nak menulis bagi orang baca. Memang aku suka.
.
Baik, malam yang pergi ke Updown Kota Damansara tempoh hari, aku dengan KRZ memang tak tahu nak beli apa pun sebenarnya. Cadang-cadangnya nak tengok2 mana yang berkenan baru nak beli.
.
Cerita pasal beli ni, biar aku cerita sikit pasal manusia yang aku tak paham apa yang mereka nak. Alkisah ada hamba Allah ni taklah selalu baca blog aku, tapi ada frekuen dia la. Lepas dia baca, dia akan mengeluarkan semula entry dalam blog aku pada orang yang tak baca dengan cara yang begitu menjengkelkan.
.
Mestilah orang yang tak baca tu cerita kat aku. Atau niat org yang tak baca tu nak sakitkan hati aku, aku tak tahulah. WTH?? Sengal! Kalau kamu tak suka, stay away from my blog! Back off! Ko sape nak judge apa2 pun pasal entry aku.
.
Aku buat semua ni bukan aku nak menunjuk2 aku beli barang2 baru. Tak pernah terniat tau nak menunjuk2. Lagi pun rasanya yang aku tunjuk semua barangan murahan, tak pernah pun aku beli barang branded.
.
Tulah orang Melayu, sesama bangsa sendiri berdengki, busuk ati. Bila ngan bangsa lain, pandai pulak nak toleransi! Blah la woi! I don't need u to read my entries! <--- Ok, iklan tamat!
.
Hmmm.... sambung citer. Kami lalu depan gerai kasut2 murah. Siapa ada kasut saiz anak2 aku, maka kami beria2 memilih mana yang cantik. KRZ pilihkan untuk Fatin tapi Fatin ada plihan sendiri. Yang ini pilihannya. Lantas memakai kasut sehingga ke bilik tidur malam tu. Alkisah sampai begitu sekali bataksnya. Haha! Mau tak batak, dah lama aku tak belikan kasut. Last aku belikan belum dia umur 2 tahun. Memang susah nak cari kasut saiz Fatin.
.
Besar sikit dari baby, kecik sikit dari kanak2. Rafiq punya saiz pulak, saiz baby. Actually ada jer jual kat kedai,tapi nak bagi adil, beli apa2 mesti sama2. Sorang dapat baju, 2-2 akan dapat. So, kat kedai biasa kasut Fatin takde, jadi malam tu belikanlah untuk depa. Ni pulak kasut Rafiq, simple dan kemas jugak. Tambah lagi satu murah! Memang boleh beli kasut mahal, tapi tak berbaloi kerana mereka cepat besar dan nanti pakai sekejapan saja dah tak muat. Bila dah tak muat walaupun masih baru, itu dinamakan membazir yer....
.
Untuk orang berduit, takpelah, untuk orang macam kami, terpaksa berpada-pada. Hm, amacam? Ok ker sesekali baca entri panjang gini? Hehe! Jumpa lagi nanti, Wassalam.

Sunday, August 16, 2009

Malam Minggu : Boshan

Malam tadi keluar agak lewat dalam jam 10. KRZ kekonon nak g Shah Alam, pastuh aku kata la geng pakat p Umbai makan2.
.
Kenapa kami tak pegi? Pasal KRZ kata tak berapa sedap sebab dia pernah rasa lebih sedap tapi nun jauh di Pulau Pinang. Dan dia berjanji dengan diri sendiri nak mengajak depa makan kat satu tempat yang gerenti sedap! Tunggu yer kawan2.
.
Jenjalan sekitar OU sekejapan (tak masuk pun) dan lantas terasa boring dan beransur pulang. Takut jugak nak g tempat2 awam tengah2 kes Selesema Babi semakin menular ni, jadi balik saja.
.
Sebelum sampai umah, KRZ kata nak makan dulu. Aku ikut saja, dia yang makannya. Aku teringin laicikang lantas makan sepuas hati. Dan gambar yang aku nak tunjuk ngan korang ialah Rafiq yang ala2 batak gunakan straw ABC KRZ. Berkerut2 mukanya, menyedut dan menahan sejuk. Hehe! Fatin? Sibuk nak duduk kat baby chair, bukan nak duduk sangat, nak main jer lebih...

Wednesday, August 12, 2009

DSLR sudah sihat!

Haha! Yes! Sebab masih ada warranty, kata org kat kedai Canon tersebut, sudah ganti baru chip ke board 1000D. Lega aku Canon dah sihat.
.
Susah tau amik gambar guna digital kamera biasa. Guna phone pun susah jugak. Cadangnya KRZ nak jual sebab dia nak amik siri lain yang lebih power.
.
Tapi tulah, ada ke orang nak bila tau ia dah pernah rosak? Kalau tak ada yang mau, aku simpan je. Dulu kata KRZ nak bagi aku sebab aku kan blogger.
.
Tapi aku belum boleh tumpu untuk belajar guna lagi. Processor dalam kepala otak aku ni masih lagi Pentium III. Kena buat satu2. Sekarang aku nak persiap diri nak mula kelas awal September. Panjang pulak bebelan aku yer.
.
Ni gambar lepas balik collect 1000D kesayangan. Anak2 leka tengok tv. Jam ni pulak, dapat free (kata KRZ). Fatin mintak jam waktu kat One Utama tadi. Tu yang sampai2 umah KRZ pakaikan. Yang kelakar tu, mata tak beralih dari tv.... hailah anak.....

Tuesday, July 14, 2009

Sepetang Bersama Anak2

Pada suatu petang,
sedang aku dan anak2 melepak2 depan tv sambil melayan cerita The Cat, Rafiq tertidur,
Nak tengok gayer nyer.... hehehehe!
Saksikan....

Aksi Anak2 Malam Tadi....

Inilah kerja anak2 aku bila kami dalam bilik Rafiq a.k.a bilik komputer (kata KRZ: Bilik Kebal)... Aku ngan KRZ sibuk siapkan kerja, depa sibuk sepahkan mainan... Apa2 sajalah, janji tak ganggu kami buat kerja.... hahaha!

Wednesday, June 17, 2009

Anak2ku di pagi Sabtu

Kekononnya kursus persediaan RAE tu pagi, jadi kami siap2 la pagi. Tetiba, rupanya malam. Ini juga satu kekelakaran KRZ la. Suka baca sms tak abis. Ada 2-3 kali jugak, kejadian malam disangka pagi... dan sebaliknya! Lucu weh!!!!!
Aku siap Fatin dengan sepit kecik2.
Dan Rafiq pun nak jugak. Tu yang ada satu sepit kat rambut dia...
Hehehehhe!
Sampai jumpa lagi.
Babai!

Tuesday, June 16, 2009

Sweet Memories....

Sweet Memories....

Blog Log

BlogCatalog