Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

May 28, 2014

DURRAHHANDBAGZLOVERS : Beli Handbag Online

Pelbagai jenis handbag berjenama yang boleh didapati dengan harga murah kepada sesiapa yang berminat :)

Gred AAA dan price dalam lingkungan RM100 - RM 250.

Untuk maklumat lanjut boleh follow Instagram #durrahhandbagzlovers dan Facebook.

Sesuai untuk kegunaan harian dan bergaya di hari raya..Nak dekat dah ni...:)

Berikut beberapa sample handbag :




COACH


GUCCI





MK

Bermacam-macam lagi pattern dan warna yang ada di Instagram dan Facebook. Sesiapa yang berminat bolehlah klik-klik...:)

September 27, 2012

Dewan Warisan Kelab Warga Emas, Seksyen 24

Majlis pertunangan pun dah sudah..jadi sekarang masa untuk urusan perkahwinan pula..kena plan awal-awal..kalau tak terkejar-kejar..banyak list yang kena buat...nak kena cari dewan, tempah pelamin, katering, photographer dan barang hantaran(x perlu booking, budget sendiri..:))..

"Nak kena cari dewan"??Nie sebab majlis perkahwinan kami nanti, dah decide nak buat kat dewan..untuk kedua-dua belah pihak sekali...boleh jimatkan kos skit...:)..Sebenarnya kami telah terlewat untuk booking dewan di area Shah Alam ni..boleh dikatakan kebanyakkan dewan telah penuh di booking untuk tarikh-tarikh yang menarik dan cuti sekolah..

Jadi, kami perlu cari dewan yang bersesuaian dan  mesti memenuhi syarat-syarat seperti berikut :-
  • Ada aircond
  • Keluasan mengikut budget masing-masing
  • Ada bilik persalinan
  • Dewan berada dalam keadaan baik
  • Harga yang berpatutan
Jadi, setelah survey, kami memilih Dewan Warisan Kelab Warga Emas yang berlokasi di seksyen 24, Shah Alam..berhampiran dengan kolam memancing. Dewan masih dalam keadaan baik, parking rasanya cukup kot...cukup syarat-syarat seperti diatas..

Tapi harga sewa dewan boleh tahan juga lah..RM3700 sehari...sesiapa yang ada ahli keluarga menjadi ahli kelab warga emas dapat diskaun RM500..tapi tak tau lah sampai bila-bila ke or untuk certain period je..tapi setelah bertanya dengan lebih lanjut dipejabat mereka(Office mereka bersebelahan dengan dewan tersebut)..kira ok lah..sebab harga sewa tu termasuk dengan meja bulat (40), meja buffet(x pasti) dan siap dengan alas meja serta kerusi..berpadanan dengan harga kot..bagi aku lah...:)

Berikut gambar-gambar yang sempat diambil..Kami dah booking dewan tersebut..kena bayar deposit RM500..:)

Pintu masuk.

 
Dirasmikan pada 30 Mei 2009. Baru lagi ni..

Bilik persalinan. Pihak dewan bagi 2 bilik.

 Ruang dalaman. Boleh tahan juga luas.



June 5, 2012

Salasilah Keturunan Nabi dan Rasul


Nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi dan rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menjadi model kepada umat islam seluruh alam.

Berikut gambar mengenai nabi dan rasul mengikut turutan..tapi gambar x berapa jelas plak..snap gambar kat rumah kampung..dah berpuluh-puluh tahun gambar ni masih kukuh melekat kat dinding...:)

November 9, 2011

Bekerja Lebih Dari 8 Jam Sehari

 (sumber : aidanfoley)

Kajian menyatakan separuh daripada rakyat Malaysia bekerja melebihi 8 jam sehari. Kajian ini dilakukan oleh Regus iaitu penyedia tempat kerja flesibel terbesar didunia. Kebanyakkan pekerja membawa balik kerja-kerja mereka ke rumah dan cuba menyelesaikannya sebelum tengah malam.

Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.

Ermm..mungkinkah aku juga termasuk dalam pekerja yang melebihi 8 jam bekerja..hehe..Rasanya kajian ini memang betul. Ramai yang aku lihat bekerja melebihi masa. Sehinggakan aktiviti riadah/sosial/keluarga ditinggalkan/diabaikan. Nie sebab ramai yang jadi bujang terlajak...andartu..masalah keluarga..anak-anak terabai..dan bermacam-macam lagi gelaja sosial.


Sumber : Kosmo

November 3, 2011

Seluar Dalam Ratu Victoria Dilelong

(sumber : Kosmo)

Ermm..seluar dalam lama pun orang boleh lelong kan. Tapi kalau beli mesti letak dalam frame dan wat perhiasan kan..:)

LONDON - Seluar dalam berwarna putih yang pernah dipakai oleh Ratu Victoria (gambar kecil) dari Britain dijual pada harga £9,375 (RM47,019) dalam satu lelongan di Edinburgh kelmarin.
Harga jualan itu lebih tiga kali ganda daripada jangkaan asal.
Seorang pembeli rahsia membeli seluar tersebut dalam lelongan barang yang terdapat di dalam Rumah Lama Battersea, London.
Rumah Lama Battersea itu merupakan kediaman keluarga Forbes yang terlibat dalam bidang perniagaan penerbitan.
Ratu Victoria memerintah dari 20 Jun 1837 hingga 22 Januari 1901.
Pemerintah Britain itu berkahwin dengan sepupunya, Putera Albert pada 1840. - Agensi

Sumber : Kosmo

September 28, 2011

TM Presents EveryoneConnects with MY FM 2011



MYFM & TM kini kembali menemui anda di Leisure Mall, Cheras pada 30 September hingga 2 Oktober 2011. Kolaborasi ini yang dinamakan TM Presents Everyone Connects with MyFM 2011 merupakan kesinambungan kepada kolaborasi antara TM dan My FM, stesen radio Cina nombor satu Malaysia yang berlangsung dengan jayanya pada tahun 2010.
TM Presents Everyone Connects with MYFM ini akan di penuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung yang pastinya terdiri dari pelbagai kaum terutamanya kaum Cina. Para pengunjung juga akan turut berpeluang membawa pulang barangan eksklusif dari TM dengan setiap langganan dan pembelian barangan TM yang terpilih.
Acara kemuncak akan berlangsung pada hari Ahad,  2011 di mana para penyampai radio MyFM akan tampil untuk menemui para peminat mereka. Persembahan dari artis-artis tempatan  kaum Cina akan turut diadakan. Para pengunjung akan berpeluang memenangi Smartphone Blackberry dengan melanggani sebarang pakej UniFi atau Broadband & Phone 1mbps dan ke atas sewaktu  sesi “Bonus Bonanza”.
Jangan lupa temujanji anda bersama TM & MYFM pada tarikh, waktu dan tempat-tempat berikut:-
NO
VENUE
EVENT DATE
1
Leisure Mall, Cheras
30 September - 2 Oktober
2
Jusco Bukit Tinggi, Klang
14 - 16 Oktober
3
Sutera Mall, Johor Bharu
28 - 30 Oktober
4
Aeon Bandaraya Melaka
4 - 6 November
5
The Mines
11 - 13 November


September 22, 2011

KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2011


Sukan ekstrim KL Tower International Jump Malaysia 2011 kembali lagi. Acara kali ke-11 ini akan menyaksikan seramai lebih 100 orang para penerjun antarabangsa dan tempatan yang terdiri daripada Australia, New Zealand, Ireland, Switzerland, Finland, USA, Russia, Ukraine, Sweden, Oslo, Chile, United Kingdom, Holland, Norway, France, Poland, Germany, Nerthelands, New Zealand, Canada, England, Jepun dan Malaysia mempamerkan aksi-aksi menarik dan mendebarkan untuk tatapan pengunjung Menara Kuala Lumpur.

Tiket-tiket eksklusif ke Pelantar Terbuka untuk menyaksikan terjunan ekstrim ini boleh diperolehi di Kaunter Tiket bermula dari 28 September sehingga 2 Oktober 2011 mulai jam 9.00 pagi hingga 9.30 malam. Dengan 15 minit pengalaman menyaksikan penerjun secara langsung, pengunjung boleh membeli tiket-tiket ini serendah dari RM100.00 hingga RM150.00 untuk tontonan waktu siang dan RM150.00 hingga RM200.00 untuk tontonan waktu malam.

Pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana para penerjun ini mempersembahkan aksi-aksi yang mendebarkan dari Pelantar Terbuka dengan ketinggian 310 meter dan hanya mengambil masa enam saat sahaja untuk membuka payung terjun tersebut.

Acara sukan ekstrim ini akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh              : 28 September - 2 Oktober 2011
Masa               : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat            : Menara Kuala Lumpur
 
Marilah berkumpul ke Menara Kuala Lumpur dan menyaksikan sendiri aksi-aksi yang mendebarkan daripada para penerjun yang luar biasa ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-2020 5499 atau layari laman web www.menarakl.com.my